Iktibar kisah Masyitah dalam menegakkan Agama Islam

Nama Masyitah adalah nama yang tidak asing lagi buat kita semua. Beliau merupakan srikandi dan pejuang Islam yang sangat berani dan yakin dengan agama yang diaanutinya. Keimanannya menjadi saksi kematiannya dan ahli keluarganya yang lain.


Di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah menjadi saksi melihat kebesaran Allah iaitu Tuhan Semesta Alam. Antara peristiwa yang membawa tanda tanya di hati Rasulullah adalah dari mana datangnya bau yang sangat harum sehinggakan baginda berasa begitu aneh sekali. Jibril memperjelaskan bahawa mereka sedang melewati makam Masyitah yang mana bau harum itu adalah datangnya daripada makam tersebut.


Masyitah adalah pendandan kepada putri Firaun. Beliau menyembunyikan keislamannya supaya tidak diketahui oleh Firaun yang zalim itu. Pada zaman itu, rakyat jelata dipaksa untuk menyembah Firaun dan mengangkat diri Firaun sebagai tuhan. Sesiapa yang ingkar pada arahan Firaun akan dibunuh hidup-hidup dengan kejam dan tanpa belas kasihan.


Pada suatu hari, sewaktu menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat tersebut terlepas daripada tangannya dan jatuh ke lantai, Masyitah tika itu, kehilangan tumpuannya lantas terus menyebut nama Allah tanpa disedarinya. Kalimah tersebut didengari oleh puteri Firaun itu. Puteri Firaun terus mendesak beliau untuk menyatakan perkara yang benar dan meminta Masyitah untuk mengisytiharkan keislamannya. Puteri Firaun berasa marah kerana Masyitah sungguh berani menentang ayahandanya dan tidak mahu mengakui bahawa Firaun adalah tuhan dan baginya hanya Allah SWT sahaja satu-satunya Tuhan yang layak disembah oleh seluruh makluk. 


Peristiwa tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan Firaun yang zalim itu, lantas Firaun berasa begitu marah dan ingin menghukum Masyitah dan ahli keluarganya. Firaun mengarahkan pengikutnya untuk memasak minyak sehingga menggelegak untuk menghukum Masyitah dan ahli keluarganya. 


Satu persatu anak-anak Masyitah diangkat dan dilemparkan ke dalam minyak yang panas tersebut. Tetapi  hal itu sedikitpun tidak menggugat keimanan Masyitah. Masyitah masih teguh beriman kepada Allah yang Maha Esa. 


Tiba pula giliran, anak kecil Masyitah yang masih kemerahan, tiba-tiba hati Masyitah berasa sedikit sayu kerana berasa kasihan melihat anak kecilnya itu. Dengan kekuasaan Allah, bayi Masyitah tiba-tiba berkata-kata kepada Masyitah dan meyakinkan Masyitah untuk meneruskan keimanannya kepada Allah. 


Peritiwa aneh tersebut menjadikan keyakinan Masyitah kepada Allah menjadi semakin teguh. Tidak terjangakau oleh akal fikirannya, bahawa bayi sekecil itu boleh berkata-kata dan mengesakan Allah. Beliau percaya, Allah ada bersamanya tika itu dan Allah sedang menyaksikan keimanannya. 


Masyitah sedikit pun tidak gentar waktu itu hanya menanti hukuman diberikan. Akhirnya, Masyitah dan bayinya turut dimasak di dalam minyak yang panas menggelegak itu. Kulitnya habis terbakar dan hancur di dalam minyak itu. Namun begitu, kematiannya itu membawanya ke pintu syurga. Minyak yang panas tadi, yang digunakan untuk menzalimi Masyitah dan anak-anaknya tiba-tiba mengeluarkan bau yang sangat harum. Masyitah pergi meninggalkan dunia di dalam keadaan diredhai Allah dan darjatnya diangkat. Kematiaannya sangat dimuliakan Allah. 





Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg