Bantuan Prihatin Nasional Adalah Sebahagian Daripada Skim Rangsangan Ekonomi Yang Akan Disalurkan Kepada Rakyat Pada April Dan Mei
Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia baru sahaja membuat pengumuman mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi sebentar tadi. Pihak kerajaan akan menyalurkan bantuan kepada rakyat menerusi Bantuan Prihatin Nasional.
Bantuan ini akan mula dibayar secara berperingkat bermula April dan Mei 2020. Sebanyak hampir RM 10 billion akan disalurkan kepada rakyat menerusi bantuan ini. Diharapkan penderitaan rakyat dapat dikurangkan.
Bantuan sebanyak RM1, 600.00 akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4, 000.00 sebulan. Bayaran akan dibayar secara berperingkat, RM1,000. 00 akn dibayar pada April dan baki akan dibayar pada Mei 2020.
Selain itu, bantuan ini turut diagihkan kepada golongan M40 sebanyak RM1,000. 00 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan di antara RM4, 000.00 ke RM8, 000.00 sebulan. RM500. 00 akan dibayar pada April dan bakinya pada bulan Mei.
Individu bujang yng berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan kurang daripada RM2, 000. 00 akan menerima bantuan sebanyak RM800. 00.
Manakala individu bujang yang bependapatan RM2, 000.00 dan ke atas akan menerima bantian sebanyak RM500. 00. RM250. 00 akan dibayar pada April dan baki selebihnya akan dibayar pada bulan Mei.
Tidak ketinggalan, para pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM200. 00 seorang dan akan menerima bayaran tersebut pada bulan Mei nanti.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)