Disaat buntu amalkan lah amalan ini semoga Allah memberikan kita jalan.





Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada ujian kehidupan. Setiap daripada akan menerima ujian yang berbeza-beza. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, tidak akan ditimpa ujian kepada hamba-Nya itu malainkan bersesuaian dengan kemampuan hambanya. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan kita dianugerahkan akal supaya kita tidak hanya mengikut kemahuan hati semata-mata tetapi berfikir dengan pertimbangan akal yang waras.


Walau apa pun yang terjadi, samada baik atau buruk pasti ada sebabnya dan yakinlah dengan kekuasaan Allah. Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi dan diciptakan untuk menjalankan ibadat kepada-Nya. Ingatlah bahawa Allah itu maha melihat akan keadaan hamba-Nya. Sekiranya Dia mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku, Dia juga mampu mengubah apa sahaja keadaan mengikut kehendaknya. Maka berdoalah dan mintalah kepada-Nya jalan untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda. Sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa dan tiada apa yang ada di dunia ini boleh menandingi kekuasaan-Nya.




Allah meyuruh hambanya meminta kepadanya melalui jalan sabar dan solat. Sentialah berbaik sangka dengan takdir Allah, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya Allah itu maha Mengatur dan pasti Dia merancang hal-hal yang jauh labih baik daripada apa yang kita pinta. 


Ketika kita kebuntuan dan seolah-olah tiada siapa dikalangan teman-teman mu yang dapat menenangkan dirimu, maka usahlah bersedih kerana temanmu itu juga makhluk Allah, boleh jadi Allah tidak mengerakkan hati mereka untuk membantu dirimu kerana Allah sedang mendidik mu untuk bersandar terus kepada kekuasaan-Nya  dan bukan dengan makhluk-Nya. Makluk lain itu hanyalah perantaraan sahaja. Segala apa yang terjadi adalah datang di atas kehendak-Nya. 






Amalkanlah ayat ini, semoga kita sentiasa meletakkan pergantungan kita hanya kepada Allah dan buka pada makhluk ciptaan-Nya.  Semoga kita membuat penyerahan jiwa kita hanya kepada-Nya. Semoga kita dilapangkan daripada masalah dan dibukakan jalan kepada masalah yang tidak pernah selesai dan diberikan kesembuhan daripada sakit yang sekian lama, di bukakan pintu rezeki dan di muliakan oleh Allah. 

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg