Cara Perbaharui Lesen Memandu

Hai uowwls sekalian dah pergi renew lesen ke??? 



Di sini sis kongsikan cara untuk renew lesen kenderaan yer.. maybe rasa macam simple je... tapi untuk yang pertama kali nak renew lesen tu mesti risau sebab tak tahu macam mana kan. Mesti macam2 soalan yang ada terlintas kat fikiran tu kan. so... mungkin sikit sebanyak perkongsian ini boleh menjawab persoalan uowlls tu..


Bila perlu renew lesen memandu?

Cuba tengok tarikh tamat tempoh dekat lesen memandu tu. Bole di renew awal,  kalau tak silap 6/7 hari lebih awal pun bole. Untuk maklumat terkini better uowlls call direct pihak JPJ.


Kat mana nak renew lesen memandu?

Bole renew di kaunter JPJ. Kat mana tu?? kena pergi  bangunan JPJ la... so nanti ada ruangan tertentu yang diorang khas kan untuk renew lesen. Tapi amik no giliran dulu sebelum tunggu tu yer . Antara alternatif lain bole ke UTC atau ke pejabat pos. 


Ada bayaran nak renew lesen memandu tak?

Renew setahun = RM 30
Renew 2 tahun = RM60
Renew 3 tahun = RM90
Renew 4 tahun = RM120
Renew 5 tahun = RM150

Bole renew minimum 1 tahun, & maksimum bole renew untuk 5 tahun terus. So, untuk yang sgt sibuk renew la untuk tempoh masa yang lama. Tapi sis nak ingatkan jangan terleka pulak, ada kes, aunty ni dia terlupa renew lesen sehingga beberapa tahun... nak tak nak lesen dia kena perbaharui balik dengan cara mengambil lesen semula. Parah tak parah ?? Nak kena masuk kelas memandu balik dalam usia yang dah senja2 ni faham-faham la perasaan tu macam mana. 


Nak kena bawak apa semasa renew lesen memandu?

  1. Kad Pengenalan
  2. Lesen memandu yang dah nak tamat tempoh tu
  3. Duit secukupnya
  4. Gambar ( optional, kalau rasa gambar kat ic tu tak kachak atau tak lawa )


Diharapkan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk uowlls yang nak renew lesen kenderaan tu :-)

Comments

  1. 16 haribulan ini baru renew.. hihiihh

    ReplyDelete
  2. Saya hari tu wallet hilang. Gelabah bila first time wallet hilang. Semua kena buat baru termasuklah lesen. Terus renew 5 tahun haaaa

    ReplyDelete
  3. Saya bagi adik renew kan je sebab dia keje dkt myeg. Hehe. Tp dulu setiap tahun akan ke JPJ. Selamat JPJ sebelah pejabat je. Pergi lagi2 cepat siap.

    ReplyDelete
  4. Kalau akak kan diberi pilihan akak nak amik yang 5 tahun terus..x payah pening nak renew every year kan..senang la adik leh renew kan...

    ReplyDelete
  5. my lesen still yang lama punya with the transparent paper. but 2018 tu kena tukar dah.

    ReplyDelete
  6. Buat 5 tahun terus. Aman sikit. Xyah serabut fikir kan 😉

    ReplyDelete
  7. Baca post ni baru gigih nak tengok lesen memandu sendiri sampai bila expired! Haha

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah renew... takut jer bawa kereta kalau x ada lesen!

    ReplyDelete
  9. dah renewed last year 10 hari setelah my birhday on September 3017, ambil setiap 2 tahun je tu je yang mampu sebab masih belum ada kereta sdn bhd walaupun dah ada lesen sejak dari 2011.. hehe... mungkin 3 tahun lagi habis bayar yang bezza husband nak belikan kereta baru untuk wife dia wehoo. :)

    ReplyDelete
  10. bagus entri ni.. sebab ada juga yang baru 1st time dapat lesen dan tak tahu cara-cara nak renew untuk tahun seterusnya.. entri ni sangat membantu

    ReplyDelete
  11. Senang je nak renew. Leh wat sendiri

    ReplyDelete
  12. apa? boleh bubuh gambar baru rupanya. awak tahu tak muka kita naif sungguh kat IC. nangis mak. nak buat baru la.

    ReplyDelete
  13. wah jadi ingat lisen saya dah expired

    ReplyDelete
  14. Yaya selalu renew setiap 2 tahun. Ada sekali tu terlupa dah expired kelam kabut pergi renew kat Pejabat pos hehe

    ReplyDelete
  15. I always renew every 5 years on my end. I have another 3 years more to go as I recently just did mine.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg