Tips Menghadiri Temuduga

Setelah berhempas pulas belajar dari usia  seawal 5 tahun dan hinggalah berjaya mengenggam segulung ijazah diawal usia 20-an, tibalah masanya kita menduduki  ujian yang  sebenarnya yang mana memerlukan persediaan mental dan fizikal yang kuat. Apa yang kita belajar di dalam kelas sebelum ini  kebanyakkan adalah teori sema-mata dan praktikalnya agak kecil dari segi nisbahnya. Dan lebih kurang 5% sahaja teori ini diaplikasikan dalam bidang kerjaya. Selebihnya adalah memerlukan korang untuk bersifat lebih fleksibel, dan mampu bertindak mengikut kesesuaian keadaan.


Hari temuduga adalah hari penting untuk anda. Jadi, gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin. So di bawah ini, aku akan ulaskan beberapa perkara penting berkenaan persediaan am untuk menghadiri temuduga.


>> Resume yang baik
Sediakan 1 resume yang terbaik yang mana dapat menonjolkan potensi diri korang kepada syarikat tersebut. Ini adalah penting, kerana pemilihan warna atau cara penyampaian detail diri yang baik memudahkan sesi interview berjalan dengar lancar. Ini memudahkan  penemuduga untuk membaca sepintas lalu detail korang, dan tertumpu kepada point-point yang penting sahaja sambil mereka menilai cara komunikasi dan kecekapan korang menjawab soalan  mereka.


>>Kenali  syarikat tersebut
Luangkan sedikit masa untuk membuat sedikit research berkenaan syarikat tersebut. Korang perlu peka dan tahu apakah jenis industri syarikat tersebut. Sekurang-kurangnya korang perlu tahu tentang  bisnes mereka, seperti produk atau servis yang mereka ada. Cuba cari maklumat yang ringkas dan padat. Sekurang-kurangnya di sini menunjukkan bahawa korang mempunyai minat untuk berkerja di syarikat tersebut. Dan sekiranya penemuduga memberikan anda ruang untuk bertanya, tanyalah hal-hal berkaitan syarikat seperti matlamat syarikat dan kaitkan jugak dengan  matlamat yang korang harapkan dari syarikat tersebut.  Biarlah matlamat korang  terlihat seiring sejalan dengan matlamat syarikat itu sendiri.





>>Sediakan dokumen yang deperlukan
Pastikan file dan dokumen yang diminta disediakan dengan lengkap. Ataupun sebelum menghadiri temuduga tersebut korang boleh menghubungi syarikat berkenaan untuk bertanyakan berkenaan dukumen yang diperlukan. Labelkan portfolio korang dengan kemas supaya senang untuk mereka membuat semakan.


>>Datang awal ke tempat temuduga
Pastikan korang mendapat rehat secukupnya, dan datang awal ke tempat temuduga. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku semasa dalam pejalanan ke tempat temuduga, adakah akan terperangkap dengan kesakan lalu lintas, atau tiba-tiba ada roadblock atau tayar pancit, atau mungkin jugak tersilap alamat. Sekiranya korang datang awal korang mungkin dapat menyelamatkan peluang yang ada dan mengelakkan diri korang daripada terlepas menghadiri temuduga tersebut. Sekiranya korang betul-betul ada hal emergency yang memerlukan sesi temuduga tu ditunda ke waktu lain, maklum kan kepada mereka. Insya Allah mungkin boleh dipertimbangkan.


>>Berpakaian kemas
Pastikan rambut disikat dengan kemas atau memakai tudung yang kemas tidak perlu berfesyen keterlaluan melainkan korang menghadiri audition untuk mencari model atau sebagainya. Kenali budaya syarikat tersebut, mengambil tahu bagaimana etika pakaian staf syarikat berkenaan. Sekiranya menghadiri temuduga kerajaan wajib untuk korang berpakaian formal seperti bertali leher, kemeja, kasut atau baju kurung bagi perempuan. Sekiranya korang menghadiri temuduga swasta, ada sesetengah tempat tidak memerlukan anda berpakaian terlalu formal dan mereka kebiasaan tidak suka imej  yang  sebegitu. So cari pakaian yang ringkas tetapi kemas, seperti blouse dan seluar tetapi masih berkasut, jangan terlalu sempoi yer.. dan ingat!! di hari temuduga bukanlah hari raya yer.. Cuba pilih warna yang membuat orang selesa melihat korang, bukannya warna-warna yang terlalu terang atau pakaian yang sarat dengan labuci semua tu.





>>Kawal emosi anda
Yakin dan percaya bahawa korang layak untuk jawatan tersebut. Jangan terlalu bebankan diri korang dengan berfikiran negatif. Gunakan peluang yang ada sebaiknya. Korang tidak perlu hipokrit, tunjukkan diri korang yang sebenar, tetapi tidaklah bermakna sehingga memerlukan korang membuka aib sendiri. Maksudnya tunjuk bahawa korang selesa dengan situasi tersebut. Bercakap biarlah terang dan jelas. Fikir dahulu sebelum jawab tetapi jangan mengambil masa terlalu lama untuk menjawab soalan tersebut. Jawapan haruslah ringkas tetapi padat dengan mesej,  hmmm.. tapi tolong jangan merapu. Buatkan si penemuduga selesa dengan diri korang jugak penting. Tunjukkan kelebihan yang korang miliki tetapi bukannya secara over confident yer, tetapi tunjukkan yang korang mampu memberi komitmen secara besyarat.  Bersyarat macam mana tu?? Contohnya korang pernah melakukan tugasan tersebut, katakan pada penemuduga tersebut bahawa sebelum ini korang pernah membuat tugasan tersebut dengan baik, cuma bezanya kali ini korang akan melakukan berdasarkan cara syarikat tersebut yang mana korang rasa itu adalah pengalaman baru dan menjadi suatu tarikan kepada korang untuk melakukannya. So nanti, penemuduga akan beranggapan korang mempunyai minat  dan kebolehan yang bersesuaian, tetapi pada masa perlu memberikan sedikit  ruang untuk korang untuk sesuaikan diri dengan keadaan syarikat.


Semoga tips di atas dapat membantu korang di hari temuduga. Dan selepas temuduga rajin-rajinkanlah diri untuk membuat follow up. Inyaa Allah mana tahu ada rezeki kan. Yang penting kita dah usaha selebihnya tawakal. 


Comments

  1. Good tips untuk orang yang nak hadiri temuduga. Memang berdebar-debar rasanya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ni. ramai fresh grad skang ambil mudah tentang hal 2 ni

    ReplyDelete
  3. Kepada anda yang sedang bertungkus lumus pergi interview boleh la gunakan tips ni sebagai panduan..

    ReplyDelete
  4. Bagus perkongsian ni..bolehlah suh anak baca nanti bila dia dah abis kolej

    ReplyDelete
  5. memang bagus tips-tips ni, sejak dua menjak ni, ramai yang datang temuduga tak menghiraukan tatacara dan tatahias diri mereka.

    ReplyDelete
  6. Thank you for the tips. Mmg penting untuk graduan tahu mengenai resume nie. Sbb most of them xtahu resume yg berkesan utk dapatkan job

    ReplyDelete
  7. First impression tu penting. Jadi pakaian kemas memang wajib. Extra tips sis, kena confident dengan diri sendiri jugak.

    ReplyDelete
  8. Tips yang bagus ni. Sesuai untuk budak-budak lepasan yang nak mintak kerja. Sekarang ni makin ramai yang hadir ke interview sambil lewa je,.

    ReplyDelete
  9. thanks for the tips. good luck to all in interview

    ReplyDelete
  10. Tips yang berguna utk mereka yang nak mnghadiri temuduga..

    ReplyDelete
  11. tq for share info.. lama dah tak ber inteview nie gugup jugak kadang2..

    ReplyDelete
  12. tips yang baik kakak, kadang suka gugup kalau mau temuduga

    ReplyDelete
  13. Tips yang bagus buat sehabis baik. The rest, kalau ada rezeki, dapatla position yg nak..

    ReplyDelete
  14. yup. and also to ask questions, not just answer whatever being asked.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  15. Bagus info dan tip ni, bukan saja untuk graduan yang baru nak mula cari kerja, untuk mereka2 yang nak upgrade nak mohon kerja tempat baru pon boleh manfaatkan info ni.
    Thanks for sharing dik
    12 Tip Untuk Memulakan Bisnes Online 2018 Dengan Konfiden

    ReplyDelete
  16. wow menarik sangat tips ni, I pernah dah pergi temuduga banyak juga yang berjaya dan ada 2 juga tak berjaya, so far pergi temuduga memang pengalaman yang tak pernah dilupakan ;)

    ReplyDelete
  17. Be well prepare when go interview. Punctual is give a good impression to interviewer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg