Menunggu Atau Menjemput Jodoh




"Sudah lama benar menunggu, tetapi tidak bertemu juga calon yang sesuai."

"Saya sudah lama menintai dirinya, tetapi tiada jodoh juga akhirnya..."

"Sudah lama benar menanti, tetapi tiada juga yang sudi."


Antara ungkapan dan ayat-ayat sedih sering terdengar.

Cukuplah bersedih. Apa guna kita terus hanyut dalam kesedihan yang tidak membawa apa-apa hasil?

Cuba fahami dengan baik istilah 'menunggu' dan 'menjemput'. Adakah sama maksudnya?

Contoh mudah. Seorang wanita berkenan kepada seorang lelaki. Dia menyukai lelaki itu dalam diam. Hari demi hari berlalu, dia menunggu sahaja sambil melihat sang lelaki dari kejauhan.

Dia menunggu sambil berkhayal, membayangkan dapat bina hidup yang indah-indah dengan lelaki tersebut. Membayangkan punya anak yang soleh dan comel, membayangkan punyai waktu yang sentiasa romantis dengan sang suami kelak.

Menunggu sambil berangan, nak pula baca novel-novel yang lagha. alahai... Akhirnya, pelajaran dia merosot. Kerja tak tahu ke mana. Solat tidak khusyuk, ibadah dengan Allah kucar-kacir, hubungan dengan keluarga tidak mesra. 

Kerana apa? Sebab, terlalu banyak berkhayal mengingati lelaki yang dicintai dalam diam. Kesudahannya, lelaki itu berkahwin dengan orang lain, tidak sedikit pun ingin memandang kepada dirinya.

Apakah penantiannya itu sama dengan menjemput?

Contoh kedua. Seorang lelaki yang menyukai seorang wanita dalam diam. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa keistimewaan. Rupa paras juga cuma biasa-biasa. Tetapi dia  tidak ingin berputus asa berusaha. Lelaki tersebut bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Dengan keputusan yang cemerlang, dia mendapat kerja yang baik.

Bersungguh pula dia bekerja mencari rezeki yang halal, di samping meningkatkan diri dengan ibadah dan doa yang tak pernah putus. Meningkatkan amalan dan ilmu agama. Kerana dia sedar, dia akan menjadi pembimbing bagi isterinya kelak dan pencarian nafkah adalah menjadi tanggungjawab yang wajib baginya. 


Dia tidak menawarkan kata-kata cinta dan rayuan tetapi dengan segala persiapan diri dan iman akhirnya dia pergi menjemput jodohnya, melamar wanita tersebut dengan persetujuan yang terindah. Segalanya akan berkahir dengan baik kalau kita lakukan sesuatu ikhlas kerana Alllah.

Nampak tak perbezaannya?

Kita berada di contoh yang mana?

Tepuk dada tanyalah hati :-)




Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg