REVIEW: BIORE UV PERFECT PROTECT MILK SPF 50 PA+++
Sis dah pakai ni bermula tahun lepas (2019) dan sekarang masih setia menggunakannya. Apa yang bestnya tentang produk Biore UV Protect Milk ni kan.. For me.. Sis suka sebab tak mudah nak cari produk yang sesuai dengan my skin, so this one suit with my skin, no irritation and tak menyebabkan jerawat. Kalau menyebabkan jerawat memang awal-awal lagi sis dah stop. Tapi alhamdulillah produk ni tak menyebabkan jerawat.
Sis akan gunakan Biore UV Protect Milk ni selepas memakai moisturiser. Tunggu sekejap, lepas agak-agak moisturiser tu dah menyerap kat kulit barulah mula pakai Biore UV Protect Milk ni. Cara pakai tu macam biasa la amount 2 jari, then sapu dan ratakan pada wajah. Sangat senang nak ratakan pada wajah especially lepas pakai moisturiser.
Biore UV Protect Milk ni, seperti namanya, teksturnya milky sedikit. Pendek citer, senang la nak pakai. Mudah meresap pada kulit dan tak melekit. Kulit akan rasa lembut. Jangan pakai terlalu banyak nanti kalau korang pakai bedak atau makeup tebal, kulit korang akan nampak tak cantik especially kalau korang jenis kulit berminyak atau cepat berpeluh. So, pakai bedak tu nipis-nipis je, nampak skin tu lagi smooth.
Kuantiti 2 jari tu dah memadai. Kalau korang ni mempunyi tangan yang agak besar, tapi muka kecil tu korang agak-agakla. Tengokla kawan-kawan korang yang lain so bandingkanlah jari jemari korang tu, kalau perlu kurangkanlah sedikit kuantiti tu.
Untuk muslimah khususnya, walaupun teksturnya tidak seperti foundation, nampak macam cair je, make sure bila nak berwudhu bersihkan betul-betul. Dekat bahagian belakang botol, ada menerangkan yang produk ni adalah water resistant. Sis cadangkan, boleh bersihkan wajah dengan tisu basah atau make up remover atau makeup remover terlebih dahulu, kemudian cuci bersih dengan pencuci muka.
1 botol ni walaupun nampak kecil, sis pakai tahan 2 - 3 bulan penggunaan. Pakai sebelum keluar rumah jer lah. Kalau kat luar tu lepas solat biasa touch up pakai bedak jer. Maklumlah bag kita kecil jer tak muat nak letak macam-macam. Hehe
Good luck untuk yang nak mencuba. Boleh dapatkan di kedai berdekatan. Sis macam biasa akan ke Watson untuk mencari produk sebegini. Lagipun, nanti akan dapat kumpul point. Hehe
tulah mmg ssh nak cari lotion/skincare yang boleh suitable dengan kita punya skin..sis suka yang jenis tak melekit..
ReplyDeletealaaaa sayangnya dah beli sunblock yang baru. Kalau nampak yang ni, boleh try cuba yang ni pulak. Next time lah hihi
ReplyDeleteFana pakai warna biru. Milky dan cepat meresap. Bagus sangat sebab dia macam poreless. Nak make-up lagi lah smooth je skin.
ReplyDeleteBaguslah bila dah jumpa produk yang sesuai kulit muka. Kgn kerana nak review kita tukar produk t rosak lak kulit.
ReplyDeleteWow!!!!!! SPF 50? That’s good. Thank you for sharing your review about this product.
ReplyDeleteOoo sama Sis juga, memang masuk dalam bag travel, so kalau nak travel, tak payah gasak nak beli ke atau terlupa...memang ready hehehehe..bagus ni, kalau tak pakai beza gilee kulit kena panas..
ReplyDeleteSunblock memang salah satu produk penting sekarang. Mesti kena apply sebelum keluar. Dah lah musim panas kan. Nanti nak Cuba brand biore plak
ReplyDeletesaya pakai yang biore jenis aqua rich. rasa sejuk2 je macam air. hehe. tapi tak pernah try pulak jenis yg mcm ni :)
ReplyDelete