TIPS SIMPAN SAYUR KEKAL SEGAR DALAM PETI AIS KECIL

Mengemas dan menyusun barang-barang ke dalam peti ais yang kecil agak tidak mudah. Kalau tidak kena caranya peti ais akan bersepah-sepah.  Ni untuk yang ada peti ais sendiri, yang duduk menyewa sis faham agak sukar untuk mendapat kerjasama semua pihak. Masing-masing ada cara tersendiri. So dalam peti ais tu normal la macam-macam barang. 


So kemaslah mengikut kesesuaian.. Esok-esok bila dah ada peti ais sendiri korang kemas la sepuas-puasnya ikut citarasa mata korang. Nak pakai set tupperware ke nak pakai warna tema ke.. Suka hati korang la. Asalkan korang tak kacau orang lain sudahlah. So, back to the topic..  Untuk peti ais yang kecil banyak faktor yang kena ambil kira termasuklah size tupperware atau apa-apa bekas yang nak digunakan.


First, bila dah balik daripada shopping barang-barang dapur tu, asingkan barang-barang yang hendak dimasukkan ke dalam peti ais tu. Lepas tu, yang mana berada dalam bungkusan tu keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dengan kuantiti barang tu. Gunakan bekas yang bertutup supaya kalau ada barang yang dah rosak, tak terkena barang-barang yang lain. 


Contoh, korang beli cili api, saiz cili api ni kecil je, so boleh dimasukkan ke dalam bekas yang kecil je, kat bahagian bawah tu korang boleh lapikan dengan tisu. Sebelum korang masukkan cili api tadi, make sure korang dan buat QA test, hanya yang terpilih sahaja akan dimasukkan ke dalam bekas tersebut. 


Kalau ada terselit yang dah tak segar tu korang asingkan siap-siap sebab yang tak segar ni la yang akan memberi kesan pada yang lain nanti, yang elok pun akan cepat rosak. Nanti kalau korang campur jugak, korang tengoklah nanti, cili api korang akan jadi lembik, buruk, melekit dan tak segar dah lepastu barulah korang sibuk-sibuk nak asingkan. So, ubah tabiat anda tu. Benda yang boleh pakai lama, kita gunalah sebaiknya, lagipun tu kan untuk kita  sendiri gunakan untuk memasak. Kalau sayur tak segar kan rasa hilang mood nak masak tu.


So, untuk sayur-sayuran yang lain korang asingkan macam tu jugak. Boleh masukkan ke dalam bekas atau kalau nak lagi jimatkan space, korang boleh pakai aluminium foil. Korang bungkus dalam tu. So nanti korang susun la cantik-cantik dalam peti ais tu. Bila dah susun cantik-cantik nampak lah tersusun dan kemas nak cari barang pun senang tak adalah bertindih atau sampai rosak atau kecut sayur-sayuran tu. 


Ada beberapa video yang sis nak kongsikan semoga bermanfaat untuk kita semua. Cara diorang kemas peti ais ni agak simple tapi berbaloi untuk kita guna pakai dan manfaatkan setiap ruang yang ada di dalam peti ais kita yang comel itu. 








Kredit kepada Lady Wuri Handayani

Comments

  1. Banyak cara juga nak simpan sayur ye, kalau Sis simpan balut dengan surat khabar atau balut dengan tu plastik buah tu jer... kalau rajin je masuk dalam bekas tupperware, tapi kang penuh plak esbox..

    ReplyDelete
  2. kitorang bior je dalam plastik dia selalunya..kahhhh...malas bebenor nak asing2kan...tapi kitorang beli yang lambat rosak lah kalo tak hari2 masaknya...hihi..thanks for the tip ya!

    ReplyDelete
  3. selalu guna bekas tupperware tapi bahaya jugak sebab kadang2 tak nampak isi dalam pastu terbiar lama. Kadang tu terbeli dua tiga kali. Okay jugak tips ni guna plastik

    ReplyDelete
  4. Ouh patutlah cili padi ku cepat rosak. Cepat kalau ada rosak. Ku tak cepat2 asingkan. Tq share cara nya ya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tq tau ats perkongsian ini. Nanti boleh la guna tips berkesan ni untuk penyimpanan sayir lbh baik. Takde laa sayur cepat rosak ..

    ReplyDelete
  6. Sisyat suka letak dalam tipuware tapi tu la..penuh peti ais tu😅.

    Lapik tisu atas bawah, and sayur mmg tahan lama.

    ReplyDelete
  7. dekat rumah saya pulak sayur tu satu benda yang jarang nampak haha. bolehlah ikut tips2 ni bila ada banyak sayuran dirumah nnti

    ReplyDelete
  8. tk pernh lg simpan sayur potong2 mcm dlm video tu..slalunya mcm balut je..tp mmg suka tgk peti ais yg tersusun

    ReplyDelete
  9. Tq share cara simpan sayur agar tahan lama, macam sis alhamdulillah sayur yang disimpan selalunya tahan lama. Kena pck semula asingkan berapa bnyk kita nak buat untuk sekali masak

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  10. memang penting tahu cara penyimpanan sayur ni, lagi-lagi jenis yang berdaun hijau. cepat rosak

    ReplyDelete
  11. Cili tu memang yaya letak dalam bekas lapik ngan tisu yang dibasahkan sedikit. Letak juga bawang putih 2 3 ulas. Memang tahan lama.

    ReplyDelete
  12. thanks share tips ni. sayur memang mudah rosak, jadi adanya tips ni dapatla membantu kesegarannya

    ReplyDelete
  13. bagus tips ni sebab sekarang pkp selalu beli barang dapur paling-paling pun seminggu sekali je

    ReplyDelete
  14. betul tu !! peti sejuk kakak pun kecik, kena pandai menyusun supaya tak serabut.. hee~ terima kasih untuk tips nya !!

    ReplyDelete
  15. Terima kasib atas tips yg dikongsikan. Penyusunan mmg sgt penting

    ReplyDelete
  16. Sis ada masa simpan dalam surat khabar dan ada yg dalam bekas, tengok2 sayur jugak. Memang selalu lps beli mcm tu le sis buat, tak suka tengok tak tersusun

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg