Posts

Showing posts with the label TIPS

Tips Berhadapan Masalah Rambut Gugur

Image
Rambut adalah mahkota setiap wanita. Tak kisah lah, kerinting, lurus atau rambut kepok-kepok sekalipun, kita mestilah menjaga rambut kita dengan cara yang betul untuk elakkan masalah rambut gugur. Melainkan kalau korang suka imej botak, mungkin masalah rambut bukanlah masalah yang besar untuk anda. Di sini ada beberapa tips yang sis nak kongsikan di sini. Sebelum ni sis pun pernah terjebak dengan permasalahan rambut gugur akibat daripada salah faham akan cara menggunakan produk penjagaan rambut dengan betul. Pada awalnya, sis tidak berhadapan dengan masalah rambut gugur atau sebagainya. Rambut sis sangatlah senang diuruskan, guna jari pun boleh!!! hehe Tapi masalah itu timbul apabila sis mula menitik berat kan penjagaan rambut dalam rutin harian sis. Sebelum ni cara penjagaan rambut sis sangat senang, sis tak suka pakai minyak rambut, atau apa-apa yang lain yang perlu diletak pada rambut. Pada masa tu, memang sis tak ada masalah rambut. Setiap hari sis pastikan rambut sis dicuci dengan...

SIMPANLAH EMAS

Image
Simpanan emas bukanlah suatu perkara yang ganjil dikalangan masyarakat hari ini. Masyarakat hari ini tidak sahaja membeli emas untuk tujuan digunakan sebagai barang perhiasan diri semata-mata tetapi menjadikan emas tersebut sebagai aset mereka. Bagi mereka yang masih belum menyimpan emas masih belum terlambat untuk memulakannya daripada sekarang. Sekiranya ada lebihan wang dan anda tiada komitmen lain dalam masa 2-3 ini, tiada salahnya anda memilih untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli emas dan menyimpan emas tersebut. Sekiranya anda gemar memakai barang perhiasan diri yang berasaskan emas, anda boleh sahaja membeli emas dalam bentuk barangan perhiasan seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya. Sekiranya anda tidak gemar memakai barang kemas sebagai perhiasan diri, anda boleh sahaja membeli emas 999 seperti gold bar dan menyimpannya dibank atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan menyimpan emas. Apa yang perlu anda lakukan adalah meneliti segala hitam putih yang ada seb...

TIPS SIMPAN SAYUR KEKAL SEGAR DALAM PETI AIS KECIL

Image
Mengemas dan menyusun barang-barang ke dalam peti ais yang kecil agak tidak mudah. Kalau tidak kena caranya peti ais akan bersepah-sepah.  Ni untuk yang ada peti ais sendiri, yang duduk menyewa sis faham agak sukar untuk mendapat kerjasama semua pihak. Masing-masing ada cara tersendiri. So dalam peti ais tu normal la macam-macam barang.  So kemaslah mengikut kesesuaian.. Esok-esok bila dah ada peti ais sendiri korang kemas la sepuas-puasnya ikut citarasa mata korang. Nak pakai set tupperware ke nak pakai warna tema ke.. Suka hati korang la. Asalkan korang tak kacau orang lain sudahlah. So, back to the topic..  Untuk peti ais yang kecil banyak faktor yang kena ambil kira termasuklah size tupperware atau apa-apa bekas yang nak digunakan. First, bila dah balik daripada shopping barang-barang dapur tu, asingkan barang-barang yang hendak dimasukkan ke dalam peti ais tu. Lepas tu, yang mana berada dalam bungkusan tu keluarkan dan masukkan ke dalam bekas yang berses...

ATASI MASALAH KULIT

Image
Banyak faktor kepada kemunculan jerawat yang tidak diundang ini, Kadang-kadang boleh terjadi disebabkan oleh faktor pemakanan, persekitaran, hormon, toksin dan sebagainya. Untuk mengatasinya korang boleh beli krim anti-jerawat daripada farmasi yang berdekatan dan sapu pada bahagian berjerawat setiap malam selepas membersihkan wajah. Insya Allah tak lama kelamaan surut la tu.. Jangan sesekali gatal-gatal tangan nak picit ke apa ke karang kalau berparut lagi payah nak hilangkan parut-parut hitam tu. Tetapi kalau kes jerawat teruk,  sampai bengkak dan kadang-kadang sampai tahap korang nak sujud ketika solat tu pun rasa macam sakitnya tu ya Allah... Hanya Dia je yang tahu sakitnya macam mana, disarankan untuk berjumpa dengan pakar kulit, nanti mereka boleh suggestkan rawatan-rawatan yang tertentu yang bersesuaian dengan korang. Dan korang jugak tak boleh selindungkan apa-apa, contoh tersalah pakai produk ke, habit makan korang ke atau apa-apa la.. sebab diorang perl...

5 LANGKAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

Image
Kegemukan atau berat badan yang berlebihan adalah suatu keadaan yang sangat menakutkan bagi seseorang wanita. Pelbagai cara dilakukan untuk mengatasi masalah kegemukan ini. Antaranya mengamalkan diet seimbang, melakukan senaman secara rutin dan tak kurang juga yang begitu obses untuk menurunkan berat badan dengan cepat dengan cara memakan ubat kurus. Apa yang sis ingin kongsikan adalah, pilihlah cara yang terbaik buat anda. sekiranya anda dilahirkan sebagai seorang yang mempunya kadar metabolisma yang rendah, anda disarankan agar tidak makan  secara berlebihan melainkan anda gemar melakukan aktiviti senaman. So, lemak yang baru nak terbentuk akan terbantut disebabkan rutin senaman anda itu. Selain itu, seseorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan perlu kurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat. faham dan hadam yer!!! Bukan beerti tidak mengambil langsung, tetapi kurangkan pengambilan supaya tidak berlaku pertambahan lemak dan dalam masa yang sama dapat m...

MINUM 3 LITER AIR SEHARI

Image
🌹 Minum 2 gelas air, sebaik sahaja bangun dari tidur dapat mengaktifkan dan mencergaskan organ dalaman. (petua awet muda nie tau, rugi tak ikut, hihihi) 🌹 Minum air 1 gelas selepas solat subuh. 🌹 Minum air 1 gelas sebelum mandi. 🌹 Minum air 1 gelas Selepas mandi dapat membantu mengurangkan tekanan darah rendah. 🌹 Minum air 1 gelas selepas solat zuhur 🌹 Minum 2 gelas air 20 minit, sebelum makan, membantu sistem penghadaman 🌹 Minum 1 gelas air selepas solat asar 🌹 Minum 1 gelas air sebelum mandi petang. 🌹 Minum 1 gelas air selepas solat maghrib 🌹 Minum 1 gelas air selepas solat isyak 🌹 Minum 1 gelas air sebelum tidur, mampu menggelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam. hasilnya?? 3 liter air berjaya dihabiskan...  Selamat mencuba tips mudah dan berkesan ini :-)

Ketahui BMI (Body Mass Index) untuk mengelakkan masalah kegemukan

Apa itu diet seimbang dan bagaimanakah cara mengira BMI ?  Diet seimbang adalah pengambilan makanan mengikut keperluan badan masing-masing. Pengambilan makanan haruslah terdiri daripada pelbagai kelas makanan seperti karbohidrat, protin, vitamin, lemak , dan pelbagai mineral penting.  Ramai orang menganggap diet itu adalah menahan lapar. Tanggapan tersebut adalah silap sama sekali. Diet tidak semetinya perlu menahan lapar. Ia bergantung kepada keperluan diet harian masing - masing. Keperluan diet seorang atlit atau buruh binaan tidak mungkin sama dengan keperluan diet seorang pekerja pejabat atau seorang pegawai bank.  Setiap orang haruslah merancang diet yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Sekiranya tidak pasti apakah diet yang perlu diamalkan bolehlah merujuk kepada pihak yang lebih pakar untuk mendapat nasihat dan panduan yang lebih spesifik. Secara am nye, kita boleh menentukan diet kita dengan cara memastikan BMI ( Body Mass Index ) kita berada...