Tips Berhadapan Masalah Rambut Gugur
Rambut adalah mahkota setiap wanita. Tak kisah lah, kerinting, lurus atau rambut kepok-kepok sekalipun, kita mestilah menjaga rambut kita dengan cara yang betul untuk elakkan masalah rambut gugur. Melainkan kalau korang suka imej botak, mungkin masalah rambut bukanlah masalah yang besar untuk anda.
Di sini ada beberapa tips yang sis nak kongsikan di sini. Sebelum ni sis pun pernah terjebak dengan permasalahan rambut gugur akibat daripada salah faham akan cara menggunakan produk penjagaan rambut dengan betul. Pada awalnya, sis tidak berhadapan dengan masalah rambut gugur atau sebagainya. Rambut sis sangatlah senang diuruskan, guna jari pun boleh!!! hehe
Tapi masalah itu timbul apabila sis mula menitik berat kan penjagaan rambut dalam rutin harian sis. Sebelum ni cara penjagaan rambut sis sangat senang, sis tak suka pakai minyak rambut, atau apa-apa yang lain yang perlu diletak pada rambut. Pada masa tu, memang sis tak ada masalah rambut. Setiap hari sis pastikan rambut sis dicuci dengan syampu. Sis rasa sangat best dan selesa bila tidur dalam kedaan rambut yang dah di cuci bersih dengan syampu. Selepas tu sis dah tak letak apa-apa pada rambut.
Biasalah, waktu muda-mudi kita muah tertarik dan mudah menerima apa yang orang cakap. Kawan sis adalah berkongsi tips penjagaan rambutnya. Dia menceritakan produk yang di gunakan dan cara yang dia praktiskan. Sis lama kelamaan terikut-ikut dengan cara penjagaan rambut seperti kawan sis ni. Mulalah sis beli produk itu dan ini. Macam-macam produk di beli dan dicuba masa tu.
Lama kelamaan rambut sis mula jadi kering dan mudah gugur. Bayangkan lepas jer mandi, kalau sikat rambut tu, memang boleh nampak betapa banyaknya rambut yang melekat pada sikat rambut sis dan kat lantai pun banyak. Keadaan tu berlaku berterusan sehingga bertahun-tahun. Mulanya sis menganggap sis sedang berhadapan dengan maslah yang disebabkan oleh faktor hormon atau pun faktor usia kerana sis dah cuba pelbagai produk penjagaan rambut, tetapi masalah tak juga selesai, malah jadi makin teruk.
Tak payah cakaplah produk apa, boleh dikatakan macam-macam produk yang ada dekat drugstore ataupun yang muncul kat kat skrin televisyen tu sis beli dan cuba. Sangat gigih!!! Daripada tonik, krim rambut, vitamin rambut macam-macam sis beli dan pakai. tapi masalah tetap tidak selesai. Rambut gugur makin menjadi-jadi. Kadang-kadang jadi risau la jugak kan, kita kan perempuan kalau tak ada rambut macam tak kena jer kan. Memanglah bila kita keluar kita pakai tudung tiada siapa akan nampak aurat kita, rambut kan aurat. Tapi, secara peribadi waktu di rumah, waktu kita perlu membuka tudung, mestilah kita akan berasa tidak selesa apabila melihat banyak rambut gugur di atas lantai. Ataupun ditegur oleh ahli keluarga atau kawan-kawan kerana masalah rambut gugur kita jugak telah membuatkan mereka turut tidak berasa selesa. Melainkan anda rajin nak 'stanby' vakum kat sebelah anda setiap masa mungkin tak menjadi masalah kepada orang lain.
Sis ada jugalah buat rawatan salon pada masa tu, tetapi tak adalah terlalu kerap sangat, memandangkan banyak duit nak kena 'spend'. Bila, rambut panjang kos rawatan jadi makin tinggi. lagi panjang rambut, lagi mahal kos nye. lama-lama sis tak dapat nak bertahan, sis potong pendek dan berharap keadaan akan berubah. Orang cakap, bila rambut pendek rambut kurang gugur. Itu silap sebenarnya, nampak macam kurang kat lantai sebab rambut tu dah pendek, tapi masalah gugur tu tetap masih tak dapat ditangani.
Sangat lama sebenarnya sis berhadapan dengan masalah rambut gugur ni, sampai daripada rambut panjang, sis potong pendek, kemudian panjang balik, pendek balik, panjang balik begitulah keadaan sis. Masa tu pun sis masih belum berputus asa untuk mencuba pelbagai produk sebagai ikhtiar namun masih belum dapat menyelesaikan masalah rambut gugur ni.
Adalah suatu hari tu sis tak tahu nak buat apa, sis rasa bosan sangat2 dan sis pun keluar la kejap untuk cari barang rumah. Kemudian sis lalulah dekat sebelah salon ni kemudian sis rasa nak gunting rambut sis. Sis pun masuk lah sana cakap nak gunting rambut sis.
Bila dah duduk dekat kerusi yang nak kita duduk untuk potong rambut tu, datang lah satu wanita cina, beliau 'in charge' untuk potong rambut sis. Kemudian dia tanya sis nak potong macam mana rambut sis ni. Sis pun teragak-agak nak jawab sis cakap lah nak potong pendek, tapi sis sayang sebenarnya rambut sis yang panjang tu. Kemudian dia tanya sis apa masalah rambut sis sebenarnya. Sis pun ceritalah masalah rambut kering dan gugur yang sis hadapi tu. Masa tu sis beranggapan sis berhadapan dengan faktor usia dan faktor hormon la masa tu.
Kemudian wanita cina ni tadi suggest untuk sis buat scan kulit kepala dulu untuk tengok keadaan kulit kepala sis. Masa buat 'hair scanning' wanita ni cakap kulit kepala sis sedikit berminyak, dan minyak ni telah menyumbat liang-liang rambut sis. Sis pun dapat melihat sendiri pada skrin yang kulit kepala sis berminyak, dan anak-anak rambut yang baru nak tumbuh tak dapat keluar dengan baik disebabkan oleh liang rambut tersumbat.
Wanita cina ni tanya apa sis nak buat sekarang masih mahu memeotong rambut atau tidak. Sis bertanya lah kalau sis potong rambut boleh selesai ke masalah rambut sis ni. Wanita itu, dengan telus menjawab mungkin tidak akan selesai, kerana masalah sis mungkin disebabkan oleh liang-liang rambut yang tersumbat ni. Dan masalah ini yang perlu diselesaikan.
Wanita ni pun menyoal sis dengan beberapa soalan dan sis menjawab jujur la masa tu memandangkan dah banyak berhabis wang untuk membeli produk penjagaan rambut. Beliau bertanyakan cara sis menjaga rambut sis. Sis ceritalah yang sis sudah pun berikhtiar dengan pelbagai produk tapi tak berhasil. Setelah mendengar jawapan sis, beliau menjelaskan fungsi dan cara penggunaan barang yang sis gunakan itu dengan kaedah yang betul. Ternyata sekali apa yang dia terangkan tu memang sangat tak sama dengan apa yang sis praktikkan.
Secara asasnya kulit kepala haruslah sihat, so rambut pun akan sihat sama. Kulit kepala haruslah dicuci bersih setiap hari dengan syampu yang bersesuaian. Sekiranya mahu meletakkan perapi, hanya perlu letak dibahagian bawah sahaja (paras bahu ke hujung) dan jangan sesekali meletakkan perapi di bahagian atas kepala. Perapi sifatnya sedikit berminyak, apabila kita meletakkan perapi selepas bersyampu, perapi tadi akan menempel pada bahagian kepala dan menyumbat liang rambut. Memang selepas mandi tu kita rasa, rambut kita wangi, segar, lembut kononnya rambut kita menunjukkan tanda-tanda yang sihat lah tu. Itu perasaan kita sahaja tau. So, siapa yang praktiskan macam ni tolonglah lah hentikan segera yer kalau anda sayangkan rambut anda.
Kemudian wanita tadi bertanya lagi pada sis, ada tak pakai tonik. Mestilah jawapan sis ada pakai. Dia menjelaskan bahawa tonik sangat bagus untuk membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan kuat. Sis pun beranggapan mungkin tonik itu tak bersesuaian atau tak berkualiti. Tapi salah tafsiran sis tu. Yang tak bersuaian dan tak berkualiti tu datangnya daripada cara penjagaan sis yang salah tu. Berbalik pada step sebelum tu, sebelum ni sis suka letak perapi banyak-banyak sampai terkena kulit kepala kerana beranggapan rambut sis akan menjadi cepat sihat tapi malangya tidak sama sekali. Bilamana perapi tadi dah mengambil ruang dan menyumbat liang-liang rambut, bagaimana tonik tadi nak menjalankan peranannya. Tonik tadi sudah tidak boleh bertindak seperti sepatutnya kerana terhalang oleh sisa perapi rambut tadi. Jadi nutrient atau apa sahaja vitamin yang ada di dalam tonik tadi tidak dapat sampai ke saluran yang betul dan menyebabkan rambut tidak mendapat nutrient tersebut.
Sis daripada kecil sebenanya suka sangat cuci rambut dengan menggunakan syampu pada setiap hari. Disebabkan sis dah terjebak dengan cara penjagaan yang rambut yang tak betul ni, sis pernah sanggup untuk tidak mencuci rambut beberapa hari kerana percaya pada mitos kononnya, rambut akan gugur jika kita gemar mencuci rambut dengan menggunakan syampu setiap hari. Tetapi hal itu sama sekali tidak benar. Apabila kita tidak mencuci rambut setiap hari kulit kepala kita akan berminyak dan mudah memerangkap debu dan habuk-habuk halus yang ada dipersekitaran kita, hasilnya rambut akan menjadi semakin bermasalah. Debu-debu ini akan menyebabkan semakin banyak halangan dan menyumbatkan liang rambut kita.
Kadang-kadang sis dulu suka sangat pakai tonik berkali-kali, pagi la, petang la. Kononnya rambut akan cepat sihat. Malangnya tidak berlaku seperti itu. Cara yang sis praktikkan itu tidak betul. Tonik boleh dipakai setelah kita mencuci rambut dengan bersih. Mula-mula kita perlubersihkan kulit kepala kita dengan syampu barulah kita memakai tonik. Wanita ini juga mengajar sis bagaimana hendak bersyampu dengan cara yang betul. Caranya pamkan 1-2 kali syampu ke tapak tangan. Syampukan rambut anda, gosok kan sedikit kepala dengan menggunakan jari. Sekiranya syampu tadi tidak menghasilkan buih yang cukup jangan sesekali menambah syampu lagi ke rambut anda.
Bila buih terlalu sedikit, bersihkan dahulu syampu tadi dengan air yang bersih dan bilas sehingga bersih. Kemudian ulang step tadi, pamkan 1-2 kali syampu dan cuci bersih rambut anda. Pastinya kali ini buih kelihatan lebih banyak daripada tadi. Sekiranya buih-buih syampu sudah memadai tak perlu ulang lagi step tadi, anda hanya perlu 'continue' gosok kulit kepala anda supaya minyak-minyak yang terkumpul dan menyumbat liang pori dapat dibersihkan.
Setelah itu bersihkanlah syampu tadi dengan air. Kalau ingin meletakkan perapi letak di bahagian hujung rambut sahaja. Kemudian biarkan sebentar dan bilas dengan air. Lapkan rambut anda. Semasa rambut setengah separa basah, bolehlah letakkan tonik kepada kulit kepala anda dan urutkan perlahan sehingga tonik meresap ke dalam kulit kepala. Ulang langkah ini untk beberapa bahagian kepala anda, terutamaya bahagian yang banyak mengalami rambut gugur.
Setelah meletak tonik, anda bolehlah keringkan rambut anda menggunakan kipas atau 'hair dryer'. Setelah itu, sekiranya ada ingin meletakkan minyak rambut, letak sedikit sahaja, setitik jer macam tu kemudian gosokkan pada tapak tangan dan sapu kan ke bahagian hujung rambut sepeti mana anda memakai perapi tadi. Dulu pun sis suka letak minyak rambut banyak-banyak, walaupun sis tak berapa gemar sebenanya memakai minyak rambut sebenarnya, tetapi disebabkan nak bagi rambut tu sihat sis pun letak la banyak-banyak. Ternyatalah tak betul cara sis tu.
Korang cubalah lakukan step ni secara rutin. Dalam masa seminggu, korang dah akan nampak hasilya sekiranya korang sememangnya tidak ada masalah dengan faktor hormon atau sebagainya. Rambut gugur menjadi semakin kurang. Rajin- rajinkanlah untuk cuci rambut korang dengan syampu paling kurang pun 1 kali sehari. Dan praktiskanlah cara yang betul. Insyaa Allah ikhtiar ni akan berhasil. Sebenarnya tak perlu pun nak ,spend, duit yang terlalu banyak untuk produk itu ini. Teknik dan cara penggunaan yang betul perlu dipraktikkan.
Sangat bersyukur dipertemukan dengan wanita ini. Beliau tak loket untuk berkongsi petua. Sebelum ini, kalau ke salon rambut lain, pastinya mereka menyuruh untuk datang secara kerap. Tetapi wanita ini, tidak menyarankan begitu, dia menyarankan sis untuk praktiskan penjagaan rambut yang betul, dan boleh juga ke salon 1 kali sebulan untuk buat rawatan kulit kepala atau kalau ada bajet yang lebih boleh juga mencuba rawatan yang lain, tetapi yang penting sekali rutin harian mestilah dipraktiskan dengan betul.
So, untuk seiapa yang berhadapan dengan masalah ni selamat mencuba. Semoga duit kita, masa kita tidak terbuang dengan perkara yang tidak menguntungkan insyaa Allah. Salam sayang daripada sis semoga korang happy selalu.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)