REVIEW : AIKEN TEA TREE OIL PRODUCTS - SKIN CARE

Sis sudah mencuba Aiken Tea Tree Oil Skin Care ni semenjak daripada zaman student lagi. Lepas tu, sis ada mencuba beberapa produk lain. Pada awalnya semuanya memberi kesan positif, kulit kelihatan lebih baik. Tetapi, lama kelamaan akibat daripada amalan yang suka bertukar produk ni menyebab kan sis berhadapan dengan masalah kulit. Jerawat muncul sedikit demi sedikit dan beterusan. 


Apabila jerawat muncul, macam biasa la kita orang perempuan ni memang tak dapat nak menahan perasan membuak-buak ini, memang rasa nak picit-picit dan nak hilangkan jerawat daripada bermastautin kat muka kita ni. Kalau boleh nak hilangkan dalam sekelip mata semua cela-cela tu. Samalah dengan sis, sis pun macam tu lah, konon-konon nak picit sikit-sikit jer..  Tapi lepas tu, sedar-sedar satu muka dah merah-merah dan bengkak. Lepastu menyesal berparut-parut pulak muka, asalnya jerawat tu tak de la obvious sangat kat muka, tapi lepas dah picit-picit muka dah bengkak-bengkak, sebatu pun boleh nampak. 


Lepastu menyesal la kejap, kira tak nak sentuh dah la muka ni. Tapi lepas tu tetap jugak picit-picit jerawat lagi sebab asyik muncul je jerawat baru. Masa tu rasa geram dan terfikirlah, mungkin ada tersalah pakai produk yang tidak bersesuaian. Sebab dah campur-campur produk so, sis jadi tak sure yang mana tak bersesuaian sebenarnya. 


So, sis reverse la balik ke masa dulu-dulu. Teringat zaman student dulu pakai Aiken sebab senang nak beli dan harganya bersesuaian la dengan kemampuan seorang student kan. Kemudian sis pergi ke Watson dan beli produk Aiken ni. Sis start balik pakai, bermula dengan pencuci muka dengan pelembap. Kemudian sis beli toner, ubat jerawat dan losyen. 



REVIEW: AIKEN TEA TREE OIL FACIAL CLENSER

Aiken Tea Tree Oil Facial cleanser ni bersesuaian dengan kulit sis. Kulit sis jenis yang berminyak. So sis tak ada masalah hadapan dengan masalah kekeringan kulit ke apa. So apa, yang sis amalkan waktu proses mencuci muka janganlah kita sental kuat-kuat muka kita. Kulit kita perempuan ni, agak halus berbanding  dengan kaum lelaki so, tak boleh sental kuat-kuat macam korang sental kuali tu. Cuci jer perlahan-lahan, jerawat tu tak akan hilang dalam 1 satu hari. Ada proses dan tempoh masa yang perlu dilalui.



REVIEW: AIKEN TEA TREE OIL TONER




Aiken Tea Tree Oil Toner sis pakai macam toner lain jugak. Tuangkan sedikit pada tisu kapas. Kemudian, sapukan pada seluruh wajah setelah membersihkan muka. So, kalau ada sisa solekan kat wajah korang tu,  nanti korang akan perasan sisa solekan tu akan melekat pada tisu kapas tu. Akan nampak sedikit kekekuningan. 



REVIEW: AIKEN TEA TREE OIL PIMPLE CREAM



Sis pakai Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream tu kat bahagian jerawat tu je. Sapu-sapu je sampai menyerap. Teksturnya sedikit pekat dan rasa melekit sedikit. Sis sapu perlahan-lahan kat jerawat tu. Jerawat surut setelah beberapa hari. Sis belum pernah cuba ada lagi satu produk Aiken iaitu tea tree oil tu. Kawan sis pernah cuba, dia cakap yang tu kalau di sapu pada jerawat, jerawat lagi cepat surut. 



REVIEW: AIKEN TEA TREE OIL MOISTURISER





Untuk kulit berminyak, agak sukar untuk kita mencari pelembap yang bersesuaian. Tersilap pakai, kulit menjadi semakin berminyak dan melekit. Aiken Tea Tree Oil Moisturiser ni agak sesuai untuk kita yang mempunyai masalah kulit berminyak. Sis hanya menyapu tipis sahaja pada wajah. Pada satu ke dua pertama kali pemakaian pelembab tu  rasa macam tak best dan nampak macam tak serasi, rasa macam tak menyerap ke kulit pun ada. Tetapi lepas dua minggu camtu, kulit rasa lebih baik. Sapuan tipis sudah mencukupi. 


REVIEW: AIKEN TEA TREE OIL FACE & BODY DAY LOTION



Untuk siang hari, selepas menyapu tipis pelembap sis akan menyapu Aiken Tea Tree Oil Face & Body Lotion kat wajah. Kadang-kadang nak cepat jadikan losyen untuk tangan dan kaki jugak. Caranya senang jer, sama jugak macam pakai pelembap tu sis sapukan je pada seluruh wajah. Sekiranya perlu berada di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari digalakkan untuk anda memakai pelindung UV yang mempunyai kandungn SPF yang lebih tinggi kerana losyen Aiken mempunyai SPF yang rendah sahaja (SPF 25). 


Lepastu baru lah sis pakai bedak dan yang lain-lain. Biasanya sapu nipis-nipis sahaja. Lagi banyak kita sapu kat wajah, lagi banyak la masa yang kita perlukan nak bersihkan wajah. Sometimes, kalau perlu buatlah double cleansing atau boleh pakai any tools yang sesuai untuk membersihkan wajah kerana mencuci biasa tidak mencukupi. Sebolehnya, elakkan lah memakai foundation atau concealer yang keterlaluan, fokus kepada penjagaan kulit dahulu. Kerana kulit yang sihat tidak memerlukan anda bersolek tebal dan lagi menjimatkan wang anda. 


Itu sahaja review daripada sis. Kepada siapa yang ada masalah yang sama mungkin boleh mencubanya. Tetapi produk ni bukan lah untuk tujuan mencerahkan kulit atau menghilangkan kedutan pada wajah. Sekiranya kulit berparut akibat daripada tindakan memicit jerawat tu tak mudah untuk dihilangkan parut hitam tersebut. Masa yang diambil untuk jerawat surut lebih cepat berbanding nak hilangkan kesan parut. Kebiasaanya, kalau jerawat yang tak dipicit lagi senang dirawat dan tidak meninggalkan parut pada kulit kita.


Tetapi untuk penjagaan harian atau untuk kulit remaja sis cadangkan boleh mencuba produk Aiken Tea Tree Oil Skin Care ini. Kesannya bukanlah boleh nampak dalam tempoh yang cepat tetapi jika digunakan secara rutin ia membantu untuk memperelokkan keadaan kulit kita. Kalau anda sejenis yang suka kulit putih atau nak gebu gebas dan nak kesan cepat tu ini bukanlah produk yang sesuai. Cuma bagi sis, produk ni senang digunakan dan dibersihkan untuk solat, senang diperolehi, harga yang agak murah dan boleh pakai lama. Apapun kesan pemakaian adalah bergantung kepada keadaan kulit dan jenis kulit masing-masing. Selamat mencuba untuk yang berminat untuk mencubanya. 


Comments

  1. nak tanya kalau pakai moisturiser Aiken tu kan pastu rasa gatal ii kat muka tu kenapa yaa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry awak baru perasan... rasa gatal-gatal macam mne tu.. awal-awal atau macam mne yer? keviasaan kalau kita cuba produk akan rasa tak selesa sikit awal-awal tu..

      Delete
  2. Toner tu kena pakai berapa kali ek sehari....dan bile waktu die?

    ReplyDelete
  3. Biasanya disarankan 2 kali sehari.... Ikut rutin mencuci muka awk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)