Current drop down list








Sunday, 26 November 2017

Review: Nixoderm Cream


Kadang-kadang tu bila jerawat singgah kat muka.. hmm .. memang waktu yang tak sepatutnya, nak2 bila nak raya, nak pergi kenduri, reunion, masa nak kena jumpa client dan perlu berurusan dengan orang... time2 penting camtu la dia akan datang bertandang tanpa diundang.. hmmm


So, untuk menghalau tetamu yang tak di undang ni... hmm tetamu ke?? #$%%#.. apa-apa lah..


So, sebagai jalan penyelesaiannya calit sikit krim Nixoderm ni dan sapukan rata pada bahagian jerawat tu. Insya allah cepat surut..


Nanti lama-lama parut tu akan hilang sendiri.. tak payah risau. Dan tak perlu picit jerawat tu nanti kesan parut lagi teruk kat kulit, jika tak bernasib baik jerawat jadi makin teruk.



Lagipun krim Nixoderm harga tak mahal sangat.. kalau tak silap yang saiz kecik tu dalam beberapa ringgit je. Walaupun kecik je bole pakai lama. Kalau setakat nak sapu kat jerawat yang datang singgah sekali sekala tu, beli yang saiz kecik tu pun dah memadai. Bole beli di Guardian atau kedai-kedai biasa pun kadang-kadang ada jual.

Cara Menggunakannya :-

Cuci bahagian yang berkenaan dengan air suam dan sabun yang tidak memedihkan. Sapukan Nixoderm pada bahagian berkenaan pada waktu malam dan pagi.


Boleh Digunakan Untuk :-

Jerawat, bintik hitam, gatal, ruam, kurap (Ditulis pada bahagian bawah bekas)


* Aku hanya cuba dekat jerawat je... Aku berpuas hati dengan kesannya. Kalau untuk masalah lain aku kurang pasti macam mana kesannya. Sebenarnya kawan aku yang recomend kan ni, kawan aku tu pun pakai kat jerawat jugak.



No comments:

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

Lazada Online

Jom Shopping On9 Di LAZADA