Cara Menukarkan Format Dokumen Kepada PDF


Format PDF adalah suatu format yang lebih selamat sekiranya kita hendak menghantar sesuatu dokumen melaui email. Selain itu, format PDF jugak sesuai digunakan untuk tujuan printing dokumen di kedai. Format ini tidak akan mengubah kedudukan tulisan, margin atau gambar yang ada di dalam dokumen tersebut.

Manakala untuk Word dokumen pula, akan ada sedikit perbezaan apabila kita membuka dokumen tersebut di komputer yang lain. Ini mungkin menyebabkan hasil kerja anda menjadi tidak kemas dan kelihatan seperti kerja yang tidak siap atau kerja yang dibuat "last minute".


Untuk pelajar awas yer!!! sekiranya anda menghantar thesis untuk di print di kedai pastikan anda menukarnya kepada format PDF terlebih dahulu, supaya anda tidak membazir wang atau kehilangan markah yang banyak apabila format thesis anda sudah tidak menepati standard yang telah ditetapkan untuk program anda. Jangan sia-siakan masa 3 tahun anda dengan hasil thesis yang tidak memberangsangkan akibat daripada format yang tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Jadi pastikan anda menukarkan format dokumen tersebut kepada format PDF terlebih dahulu. Masalah akan timbul sekiranya anda menggunakan lap top atau komputer yang mempunyai perisian yang agak lama kerana kebanyakkan perisian yang lama tidak mempunyai kemudahan untuk menukarkan format dokumen kepada format PDF. Anda boleh menukarkan format dokumen tersebut secara memuat turun sambungan FromDocToPDF dengan menekan link di bawah.





Sekiranya anda ingin lakukan secara atas talian sahaja ,  SILA KLIK DI SINI UNTUK MENUKARKAN DOKUMEN SECARA ATAS TALIAN di Smallpdf.com.




Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg