Simpanlah Duit Dengan Bijak
Simpanlah Duit Daripada Sekarang Kenapa sekarang?? Sebab esok kita pasti lagi macam mana hidup kita, apakah masih bekerja di tempat yang sama, dinaikkan pangkat, dipindahkan cawangan atau mungkin hilang pekerjaan. Rancanglah kewangan anda mulai sekarang. Sekurang-kurangnya di masa akan datang kehidupan anda lebih terjamin. Gaji Hanya Cukup-cukup Makan Je Simpanlah ikut kemampuan. Biarlah bermula daripada jumlah yang kecil, nanti anda sudah dinaikkan pangkat atau mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik anda mungkin boleh gandakan jumlah simpanan anda itu. Usahakan untuk tanamkan tabiat menyimpan. Pepatah melayu ada mengatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Walaupun anda sudah ditahap buluh, usahakanlah untuk kawal belanjawan anda itu kerana apa yang anda lakukan akan menjadi contoh kepada anak-anak yang masih di tahap rebung itu. Jangan tunggu gaji RM8000 baru nak menabungnya, kalau sekarang pun anda gagal untuk kawal perbelanjaan anda,...

Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)