TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

Bidang sumber manusia atau "human resource" lebih menjuruskan kepada pengurusan kakitangan syarikat. Kebiasaannnya kakitangan sumber manusia ni diberikan gelaran "HR". So dalam post ni sis akan menggunakan perkatanaan HR ni sebab lebih ringkas dan senang untuk korang fahami. 



Sis pasti ramai di luar sana yang berminat untuk berkerja didalam bidang admin atau sumber manusia. So, kali ni sis nak kongsikan bagaimana caranya uintuk korang menjadi seorang HR yang berdedikasi dan teliti dalam menjalankan tugas. Untuk adik-adik yang masih tercari-cari identiti seorang HR atau ingin mendalami ilmu HR, sis harap posting ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua.


Untuk skop kerja HR ni ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu dan pelajari. Di syarikat besar, mereka mempunyai ramai staf HR untuk memantau prestasi dan melatih dan memotivasikan para pekerja seiring dengan perkembangan syarikat. Kebiasaan untuk syarikat yang kecil, mereka akan mempunyai minimum seorang HR. Ada banyak tugasan di bahagian HR sebenarnya, antara tugasan yang penting adalah untuk mengira gaji pekerja dengan teliti. Kebiasaanya, pada hujung atau awal bulan, HR akan mula sibuk untuk mengira gaji pekerja. Pengiraan gaji ni perlulah dilaksanakan dengan teliti. Korang perlu mengambil tahu berapa ramai pekerja yang ada supaya tiada tertinggal dalam pengiraan gaji. Dan korang jugak perlu tahu berkenaan jenis-jenis cuti yang mereka ambil dalam bulan tersebut untuk memastikan penolakan atau penambahan dalam kiraan nya nanti.


Contohnya, sekiranya mereka mengambil cuti tahunan, maka gaji mereka tetap berjalan ketika itu dan majikan perlulah membayar gaji seperti biasa. Sekiranya pekerja tersebut tidak mengambil cuti tahunan mereka, tetapi mengambil cuti yang tidak berbayar atau sering disebut sebagai "unpaid leave". Untuk cuti yang tidak berbayar ini, majikan tidak perlu membayar gaji untuk hari cuti tersebut. Sekiranya, berlaku cuti awam atau "public holiday" pekerja tidak perlu hadir bekerja, sekiranya dipanggil untuk berkerja, majikan perlu membayar gaji pekerja "double" atau cuti ganti. Untuk "public holiday" korang kena semak balik samada cuti tersebut jatuh pada cuti wajib atau elektif.


Syarikat perlu merujuk kepada akta semasa berkenaan had minumum bilangan hari cuti awam yang boleh diambil. Hanya ada 5 hari yang wajib diambil setiap tahun oleh setiap syarikat, dan sekiranya majikan memerlukan khidmat pekerjanya pada hari tersebut majikan perlulah membayar "double pay" kepada pekerja tersebut. Selain daripada itu, majikan boleh memilih 6 hari cuti awam mengikut kesesuaian. Untuk 6 hari yang boleh dipilih ini, sekiranya syarikat pekerja dikehendaki hadir bekerja mereka perlu diberikan bayara "double" untuk hari tersebut. Sekiranya syarikat tidak membuat bayaran double untuk hari tersebut, syarikat perlu memberikan cuti ganti kepada pekerja yang terlibat pada hari tersebut. Lain-lain tambahan "public holiday" adalah tertakluk  kepada syarikat itu sendiri.


Kebiasaan untuk hal berkenaan cuti sakit, majikan perlu membayar gaji kepada pekerja tersebut dan pekerja juga perlulah menyerahkan surat sakit kepada HR. HR jugak perlulah berhati-hati dengan cuti sakit tersebut, pastikan salinan yang di terima adalah original atau asli. HR juga boleh membuat panggilan kepada klinik tersebut untuk mengesahkan sijil sakit yang telah diberikan. Sekiranya, sijil itu adalah palsu, tindakan sewajarnya perlu di ambil dan pekerja perlu diberikan amaran dan tidak berhak untuk menerima cuti berbayar untuk hari tersebut.


Di dalam pengiraan gaji korang juga kena tahu berapa gaji pokok setiap pekerja dan berapa elaun yang diperuntukkan untuk setiap pekerja. Mungkin ada pekerja yang menerima elaun kehadiran, elaun sara hidup, elaun telco, elaun jualan atau elaun tanggungjawab yang perlu dibayar pada setiap bulan. Untuk pembayaran elaun tambahan ni terpulanglah pada peruntukkan syarikat itu sendiri. Ada sesetengah syarikat menyediakan elaun dan ada juga tidak.



Selain daripada itu korang juga perlu tahu untuk mengira potongan caruman KWSP dan PERKESO dan korang jugak perlu memastikan potongan tersebut dicarumkan setiap bulan untuk setiap pekerja. Ini adalah sangat penting kepada pekerja anda terutamanya untuk masa sekarang. Korang jugak perlulah memastikan pembayaran dibuat di dalam tempoh masa yang diperuntukkan untuk mengelakkan penalti. Untuk syarikat yang masih mengira gaji tanpa sistem khas, korang boleh rujuk kadar caruman pada website KWSP dan PERKESO. Selain itu tidak digalkkan untuk google sembarangan kerana ada pihak yang menyediakan kemudahan seperti kalkulator yang mana korang hanya perlu isi sahaja nombor dan kalkulator tersebut akan membuat kiraan. Terdapat perbezaan daripada segi item yang perlu dicarumkan untuk KWSP dan PERKESO ni. Selain itu, kalkulator tersebut mungkin tidak dapat memberikan bacaan yang tepat untuk jumlah potongan gaji yang mempunyai had limit yang berbeza. Juga diingatkan kadar caruman untuk warga asing juga berbeza daripada kadar caruman pekerja tempatan. 


Selain itu, korang perlu tahu bagaimana untuk mengira potongan cukai bulanan. Kebiaasaan di syarikat besar, mereka mempunyai banyak tenaga mahir yang dibayar dengan gaji bulanan yang tinggi. Untuk pekerja tersebut, syarikat perlulah membuat potongan cukai bulanan dan dibayarkan kepada LHDN. 


Tetapi, jangan risau teknologi sekarang dan semakin maju. Banyak sistem yang boleh diguna pakai untuk memudahkan untuk pengiraan gaji. Terdapat banyak jenis pakej, bukan sekadar untuk pengiraan gaji sahaja, tetapi ada juga yang mempunyai banyak ciri-ciri khas lain. Dalam pemilihan sistem, pilihlah lah sistem yang diikitiraf dan yang up to date supaya pengiraan gaji tersebut berjalan dengan lancar.


Sis rasa secara asasnya untuk hal pengiraan gaji korang dah boleh tahu macam mana nak buat pengiraan gaji. Selain itu, diingatkan juga record gaji perlu disimpan dengan baik untuk tujuan audit atau semakan daripada pihak berwajib. Di lain lapangan insya Allah sis akan update dan share banyak lagi tip kerjaya kepada korang semua. 

Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan kita semua. Aaminn :)

Comments

  1. Tumpang tanya, saya baru lepasan ijazah HR tapi tiada pengalaman bekerja. Majoriti kerja kosong yang saya cari, pihak majikan lebih kepada pekerja berpengalaman 2 tahun & keatas.
    Apa yang perlu saya buat? Ada cadangan tak yang boleh dikongsi?

    Saya tahu ada banyak lagi kerja lain namun saya ingin mencuba dalam course yang saya ambil walaupun skills saya tidaklah seberapa mana berbanding dengan pekerja yang veteran lagi berpengalaman.

    P/S: Terima kasih atas perkongsian, ianya sangat membantu ingatan kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan kerja hari ni memerlukan kita memiliki pengalaman. Apa yang sis boleh cadangkan awak try hantar permohonan kepada beberapa syarikat dan jangan sesekali putus asa. Sentiasa berdoa dan yakin dengan janji Allah. Orang yang berusaha dan sentiasa redha dengan ketentuan-Nya insya Allah akan dibantu dan diberikan jalan.

      Awak boleh mulakan dgn jawatan rendah terlebih dahulu. Yang penting awak berpeluang masuk ke dalam syarikat tersebut. Setelah masuk ke sana sentiasa alert dengan jawatan kosong y ada dan sentiasa tanamkan dalam diri untuk belajar banyak perkara.

      untuk menjadi HR awak perlu tahu banyak perkara. HR bukanlah tugasan yang biasa-biasa, awak perlu tahu skop-skop kerja yang ada dalam syarikat tersebut awak perlu peka dengan staff dan keperluan syarikat. Awak perlu seimbang di dalam perhubungan dengan staff yang lain dan dalam masa yang sama anda perlu memastikan semuanya seiring dengan hala tuju syarikat. Awak mestilah tegas dan tidak berat sebelah di dalam pergaulan dengan sesama staff.

      dalam masa y sama awak perlu ada kemahiran menggunakan komputer, words, excel.. dan jugak power point... sesetengah company besar memerlukan awak untuk membuat presentation dan byk lagi. Selain itu sediakan portfolio, atau siapkan diri anda dengan dokumen-dokumen HR. Seperti surat tawaran kerja, surat amaran, surat cuti, penyediaan payslip dan banyak lagi.

      Delete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg