5 LANGKAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

Kegemukan atau berat badan yang berlebihan adalah suatu keadaan yang sangat menakutkan bagi seseorang wanita. Pelbagai cara dilakukan untuk mengatasi masalah kegemukan ini. Antaranya mengamalkan diet seimbang, melakukan senaman secara rutin dan tak kurang juga yang begitu obses untuk menurunkan berat badan dengan cepat dengan cara memakan ubat kurus.






Apa yang sis ingin kongsikan adalah, pilihlah cara yang terbaik buat anda. sekiranya anda dilahirkan sebagai seorang yang mempunya kadar metabolisma yang rendah, anda disarankan agar tidak makan  secara berlebihan melainkan anda gemar melakukan aktiviti senaman. So, lemak yang baru nak terbentuk akan terbantut disebabkan rutin senaman anda itu.


Selain itu, seseorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan perlu kurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat. faham dan hadam yer!!! Bukan beerti tidak mengambil langsung, tetapi kurangkan pengambilan supaya tidak berlaku pertambahan lemak dan dalam masa yang sama dapat membantu membakar lemak2 yang ada. Mungkin penurunan berat badan tidak akan berlaku dalam masa yang singkat, tetapi yakin lah akan berlaku pengurangan jika diamalkan secara konsisten. 


Dalam proses  untuk turunkan berat badan ini, sila elakkan minuman bergas dan elakkan memakan makanan ringkas. Sis faham, sangat sukar untuk meninggalkan tabiat ini kerana sis pun adalah salah seorang yang dulunya sangat gemar memakan makanan ringan. Tapi sis cuba secara perlahan2 mengubah cara pemakanan yang tidak sihat ini. 



Pertama sekali sis "reset" minda dengan cara membaca keburukan pengambilan makanan seperti ini. so, bila dah tahu buruk macam tu, secara perlahan2 dapat menggubah persepsi sis untuk memilih makanan yang lebih sihat. tetapi tak semudah itu, setiap kali shopping barang2 dapur, sambil tolak2 troli tu, mata tu kadang2 tak lekang dari memandang rak2 yang tersusun indah dengan pelbagai makanan ringan. so, sis kuatkan hati untuk tolak troli lebih cepat supaya tidak terpedaya dengan bisikan hati tu.. alhamdulillah lama2 kelamaan sis sudah boleh meninggal makanan ringan semua tu.







Adalah lagi bagus sekiranya, kita memakan ulam-ulaman. Khasiat ulam ni memang tak dapat dipertikaikan. Ulam memberikan banyak manfaat kepada badan. Cuba perhatikan sekeliling kita. Orang yang berumur yang suka memakan ulam ulaman kelihatan lebih muda daripada usia sebenar mereka. Selain itu, mereka sukar untuk jatuh sakit. Bukan beerti tidak akan pernah jatuh sakit, sebagai manusia kita tidak dapat lari dari fitrah seorang manusia yer.



lagi satu, sis nak sentuh berkenalan pengambilan air putih. Kebanyakkan wanita hari ini gagal mengambil air yang mencukupi, kesannya kulit kekeringan, kelihatan tidak bermaya dan pelbagai lagi masalah lain. 3/4 daripada kita adalah terdiri daripada air. so sekiranya anda gagal mengambil air secukupnya, sel2 badan tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. sistem peredaran tidak dapat berjalan dengan lancar. so, klu korang makan supplement bergunung2 pun belum tentu akan mendapat kesan yang baik kerana nutrient2 tersebut gagal di alirkan keseluruh badan. silap2 hari bulan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang berfungsi. sayangi lah diri anda yer. 

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg