ATASI MASALAH KULIT




Banyak faktor kepada kemunculan jerawat yang tidak diundang ini, Kadang-kadang boleh terjadi disebabkan oleh faktor pemakanan, persekitaran, hormon, toksin dan sebagainya.


Untuk mengatasinya korang boleh beli krim anti-jerawat daripada farmasi yang berdekatan dan sapu pada bahagian berjerawat setiap malam selepas membersihkan wajah. Insya Allah tak lama kelamaan surut la tu.. Jangan sesekali gatal-gatal tangan nak picit ke apa ke karang kalau berparut lagi payah nak hilangkan parut-parut hitam tu.




Tetapi kalau kes jerawat teruk,  sampai bengkak dan kadang-kadang sampai tahap korang nak sujud ketika solat tu pun rasa macam sakitnya tu ya Allah... Hanya Dia je yang tahu sakitnya macam mana, disarankan untuk berjumpa dengan pakar kulit, nanti mereka boleh suggestkan rawatan-rawatan yang tertentu yang bersesuaian dengan korang. Dan korang jugak tak boleh selindungkan apa-apa, contoh tersalah pakai produk ke, habit makan korang ke atau apa-apa la.. sebab diorang perlu kaji puncanya dulu barulah mereka boleh mencadangkan kaedah rawatan yang bersesuaian.


Kadang-kadang masalah dalaman turut memberi kesan kepada kesihatan kulit. Kalau dalaman tak sihat, kulit akan kelihatan kusam, pucat dan tak bermaya. Dan sekiranya dibiarkan, ia mungkin akan mengundang lain-lain permasalahan jugak.




So, bila mana korang pakai skin care pun macam masih tak der kesan.. cam gitu jugak kulit korang. Padahal, dah pakai produk mahal. Tengok orang lain pakai produk tu oke je, cantik jer.. siap jd flawless lagi.. hmm.. tapi korang?? Apa dah jadi?? ^&(#!#$(


So maybe korang ada masalah lain yang melibatkan dalaman, so kalau ada masalah dalaman ni kenalah sihatkan bahagian dalaman dulu. Kena bersihkan toksin yang berkeladak dahulu dengan cara detoks. Atau pun mungkin disebabkan oleh paras hormon yang tidak seimbang, so kes macam ni better refer pada doktor yang bertauliah sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan atau jamu-jamu tertentu. Silap perawatan buruk padahnya nanti. Be careful yer.. 


Nanti bila dalaman dah sihat.. Insya Allah luaran tu akan memancor-mancor jadinya.. kulit pun nampak bersih, jerawat pun jarang singgah.


Cuma usaha tu kena lah konsisten, Takkan baru try seminggu dah berharap hasil yang tip top. Korang bayangkanlah kalau sebuah rumah banglo yang sedia cantik dengan perabot lengkap, korang hanya tukarkan warna cat dan ubah kedudukan perabot pun.. hasilnya rumah tu terus nampak lagi cantik kan..






Tapi kalau sebuah pondok korang nak upgradekan supaya mendapat result yang sama  dengan banglo tadi pastinya korang rasa agak mustahil jika tiada pengeluaran kos atau peruntukkan masa yang secukupnya betul tak? sudah tentu memerlukan lebih banyak masa  dan kos yang lebih tinggi diperlukan kerana ada banyak pengubahsuaian perlu dibuat.


Begitulah diibaratkan dalaman korang... kalau dah 25 tahun berkeladak dengan toksin, takkan dalam masa 1 hari boleh bersih sepenuhnya usus korang tu. Badan jugak mengambil masa untuk bertindak balas dengan perawatan yang korang sedang lakukan.


Perawatan dalaman ni mengambil masa yang berbeza untuk setiap orang, ada orang hasilnya cepat kelihatan, ada orang hasilnya lambat. Bergantung kepada permasalahan masing-masing. Kuncinya KONSISTEN!!!











Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg