CARA MEMUKUL ISTERI YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM
Islam adalah agama yang sangat menitik beratkan ajaran dan saranan yang baik dan berhemah. Islam mengajar umatnya untuk berakhlak baik dan tidak menyalahi hak orang lain atau menindas kaum yang lemah. Islam menyuruh suami dan isteri saling berlemah lembut diantara satu sama lain.
Islam mewajibkan seorang isteri mentaati arahan suami selagi mana perkara tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam. Isteri haruslah menunaikan hak suaminya dengan melakukan perkara yang menggembirakan suami dan meninggalkan perkara yang tidak disukai oleh si suami.
Sekiranya isteri itu tidak mentaati si suami, si suami boleh menegur dan menasihati isterinya. Sekiranya tidak diendahkan juga, si suami boleh berpisah tempat tidur. Bahkan si suami boleh memukul si isteri dengan tujuan untuk mendidik si isteri yang sudah tidak taat itu tadi. Tetapi ada garis panduan yang perlu diikuti supaya hak-hak isteri juga terbela.
Si suami tidak boleh memukul si isteri sembarangan. Ada kaedahnya yang perlu dipelajari. Setiap ajaran Islam pasti ada hikmahnya. Suami tidak boleh memukul isteri sehingga menyebabkan isteri tercedera dan terdera emosi dan fizikal.
Suami tidak boleh bertindak zalim dan mengasari seorang isterinya sesuka hati. Walaupun si suami berhak ke atas diri isterinya, tetapi ingat isteri jugak berhak untuk mendapat perlindungan dan pengadilan ke atas dirinya.
Suami tidak boleh memukul isteri dengan kasar dan kuat sehingga meninggalkan kesan pada kulit si isteri. Si suami juga tidak boleh memukul bahagian wajah si isteri dan tidak berhak mencedarakan isteri sehingga menjatuhkan maruah si isteri tersebut. Islam menganjurkan kelembutan di dalam rumah tangga. Pukulan yang dibenarkan adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi pesan kepada si isteri untuk meninggalkan perkara yang tidak disenangi suami itu.
Sekiranya si suami berkasar dan menzalimi isteri, isteri boleh membuat aduan dan mendapatkan pengadilan untuk dirinya. Islam adalah agama yang adil dan tidak memberatkan mana-mana pihak baik suami mahupun isteri. Walaubagaimanapun, Islam sangat mengalakkan perdamaian. Sehinggakan setelah berlakunya penceraian, pasangan suami isteri tersebut masih di benarkan untuk berdamai dan merujuk pernikahan mereka semula (bergantung kepada talak).
Seorang suami dituntut untuk sentiasa menyantuni, berlemah lembut dan sabar dengan kerenah si isteri. Suami perlulah melindungi dan menjaga kehormatan si isteri. Selain itu, seorang suami haruslah mendidik dan membimbing si isteri untuk mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Semoga ikatan pernikahan yang terbina kekal bahagia sehingga ke syurga.
Uitt siap ada cara ek...ermmmm moga dijauhkanlah dari kita semua dan moga rumahtangga kita semua di rahmati Allah...takut nak bacanya...
ReplyDeleteOhh baru tahu.. ada cara rupanya.. tapi rsnya pukul kli dah melampau sgt kot
ReplyDeleteBaru tahu.. sebelum pernah baca si suami pukul teruk si isteri. Allahu.. moga dijauhkan dari perkara sebegitu
ReplyDeleteYup, ada pernh baca, dlaam rumahtangga ni suami dan isteri perlu saling bertolak ansur.. Bab pukul memang tak boleh sampai cederakan isteri. Menegur boleh
ReplyDeleteIslam dah cukup sempurna mengajar cara memelihara rumahtangga.. Islam juga tak menganiaya wanita.. pasti ada panduannya.. yang tak menzalimi isteri tapi sekadar memberi pengajaran.
ReplyDeletePernah baca pasal ni tapi seeloknya tak usah la mula nk angkat tgn ke isteri. Nnt menjadi2 plak.
ReplyDeleteSaya baru tahu tentang ni... Apapun semoga tak ada yang isteri isteri yang perlu dipukul walaupun ada panduan. Semoga semua isteri dan bakal isteri diluar sana taat pada suami dan memperolehi suami baik dan taat Agama Allah.
ReplyDeletesebaiknya berbaik2lah dengan isteri. isteri kalau suami jaga elok insyaAllah baik2 je dia
ReplyDelete