CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENGELUARAN DARIPADA AKAUN 2 KWSP ANDA : E-LESTARI

Kepada yang mempunyai simpanan KWSP anda bolehlah mengeluarkan simpanan daripada akaun 2 anda. Langkah ini adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebagai usaha untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat.


Kepada sesiapa yang masih belum membuat permohonan dan masih tak pasti cara-cara untuk buat permohonan boleh rujuk langkah-langkah berikut :




Semoga penerangan di bahagian bawah ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam proses anda membuat permohonan. 


1) Log masuk laman web rasmi KWSP

Pastikan anda sudah berdaftar untuk membolehkan anda menggunakan aplikasi secara online. Kerana aplikasi ini memerlukan anda untuk mendapat kan nombor TAC sepertimana anda ingin melakukan transaksi secara atas talian. 


2) Klik pengeluaran atau 'withdrawal'

Setelah berjaya log masuk. Terus ke bahagian pengeluaran. 


3) Klik permohonan baru

Setelah berjaya masuk, anda akan masuk ke bahagian yang ada senarai permohonan, sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan pengeluaran, bahagian tersebut akan kosong. Klik untuk permohonan baru. 


4) Isi maklumat

Isi maklumat yang dipinta dengan lengkap. Buat semakan supaya maklumat adalah lengkap dan betul. 


* pastikan akauan bank masih aktif

* masukkan amaun yang ingin dipohon, had masksimum adalah RM500.00, sekiranya ingin memohon kurang daripada RM500.00 boleh sahaja. 

* Permohonan ini akan dibuka selama 12 bulan sahaja bermula pada April 2020 sehingga Mac 2021. Tidak semestinya anda wajib terus memohon, sekiranya budget masih mencukupi untuk belanjawan anda, anda boleh membuat permohonan pada bulan yang berikutnya. Tetapi diingatkan, anda tidak boleh untuk membuat permohonan untuk bulan yang sudah terlepas kerana had permohonan pengeluaran adalah maksimum RM500.00 sahaja sebulan. 

* tempoh pemprosesan untuk simpanan KWSP di salurkan ke akaun bank anda mengambil sedikit masa, jadi rancanglah kewangan anda sebaiknya. 

* pengeluaran adalah tertakhluk kepada baki simpanan di dalam akaun 2. Pastikan baki anda bersesuaian dengan permohonan anda. 



5) Masukkan nombor TAC

Seterusnya buat pengesahan dengan memasukkan nombor TAC. Setelah berjaya, skrin pengesahan akan dipaparkan. Dan permohonan ini akan disenaraikan untuk di proses. 






Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg