8 MANFAAT AIR UNTUK ANDA


Kepentingan air putih untuk tubuh manusia memang tidak boleh dipertikaikan lagi, berikut adalah beberapa peranan dan manfaat air putih terhadap kesihatan badan kita.
1. Penghilang Dehidrasi dan Haus
Ini mungkin manfaat paling utama dari air putih iaitu menghilangkan rasa haus, Sekiranya kita kekurangan air putih, akan terjadinya dehidrasi atau kekurangan cairan yang seterusnya akan mengganggu sistem badan sekiranya dibiarkan berlanjutan. Minum banyak air putih akan menghilangkan dan mencegah terjadinya dehidrasi.

2. Menjaga Keseimbangan Cecair Dalam Badan
Sekitar 60 % dari tubuh manusia terdiri dari air. Pengambilan air yang mencukupi akan mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan, yang membantu proses mengangkut nutrisi di dalam badan, mengawal suhu badan, mencerna makanan, dan masih banyak lagi.
3. Mengawal Kalori dan Menurunkan Berat Badan
Kajian menemukan bahawa terdapat hubungan antara pengambilan air putih dengan penurunan berat badan. Apa penyebabnya? Seperti yang dianjurkan, sebelum mengisi perut kosong dengan makanan, kita disarankan minum air terlebih dahulu,air akan membantu anda untuk cepat merasa kenyang, dan anda akan makan dalam kadar yang sedikit. Pengambilan makanan dalam kadar sedikit menghasilkan kalori lebih rendah dan akan memberi kesan  pada penurunan berat badan.
4. Penghasilan Tenaga
Apa yang terjadi jika anda tidak mengambil air yang cukup, terutamanya ketika melakukan aktiviti lasak? Kesan pertama yang dirasakan tentu adalah dahaga dan letih. Otot yang kekurangan air tidak akan dapat bekerja optimal yang menyebabkan terjadinya keletihan.
5. Proses Perkumuhan
Bagaimana kita berpeluh atau buang air kecil tanpa bantuan air? padahal kedua proses ini adalah salah satu mekanisme tubuh dalam membantu mengbuang bahan kumuh atau toksin dari dalam badan. Air putih dapat membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan jika diambil secara mencukupi.
6. Menjaga Fungsi Ginjal
Pernah mendengar penyakit batu ginjal, gagal ginjal? penyebab utamanya adalah kekurangan cairan atau yang sering kita dengar dengan istilah kurang minum. Perlu kita ketahui, ginjal memproses 200 liter darah setiap hari, menyaring keluar limbah dan mengangkut urin ke kandung kemih. Namun, ginjal memerlukan cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan bahan kumuh yang tidak diperlukan dalam di badan, 
7. Mengingkatkan Fungsi Otak
Minum air putih minimal 2 litter satu hari dapat meningkatkan fungsi otak, air akan membantu meningkatkan konsentrasi dan kelancaran sistem saraf di otak.
8. Melancarkan Sistem Peredaran Darah
Air dapat membantu meningkatkan dan mempelancar sistem peredaran darah manusia. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu dalam proses membekalkan nutrisi dan oksigen ke seluruh anggota badan. Sekiranya peredaran darah adalah baik, sel-sel badan akan menerima nutrisi yang secukupnya dan kesihatan organ-organ akan terjamin. Apabila dalaman kita sihat, kulit kita akan kelihatan berseri-seri, segar dan awet muda selalu.




Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg