Posts

Showing posts with the label MOTIVASI

5 SEBAB PASANGAN ATAU ORANG SEKELILING DIAM DENGAN KITA

Image
      1.  KECIK HATI   Antara perkara yang sering menjadi punca pasangan atau orang sekeliling mula berdiam dengan kita adalah disebabkan mereka telah berkecil hati atau tersinggung dengan diri kita. Permulaan yang menyebabkan hal ini terjadi, apabila kita bercakap tanpa berlapik atau mungkin kita gagal mengawal emosi dan melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya  kepada pihak yang tak sepatutnnya dan menyebabkan mereka berkecil hati. Selain daripada itu, ia mungkin terjadi sisebabkan oleh tuduhan atau kata-kata yang tidak betul kepada pasangan atau orang sekeliling kita.     So, kita perlulah sentiasa menjaga hati mereka denngan menggunakan bahasa yang baik. Jangan mudah membuat tuduhan tanpa sebarang usul periksa. Sekiranya terdapat keraguan, kita boleh bertanya terlebih dahulu kepada pihak yang boleh dipercayai dan membuat siasatan terlebih dahulu. Jangan sesekali kita mendengar daripada satu pihak sahaja dan terus membuat kesimpulan sendiri t...

6 TIPS BUAT ORANG SELESA BERGAUL DENGAN KITA

Image
  Sahabat adalah orang yang hampir dengan kita selepas keluarga kita, jadi sayangilah sahabat kita dan hormatilah mereka kerana mereka juga insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Mungkin banyak yang mereka kongsikan dengan kita, tetapi mungkin juga dalam tidak kita sedari, banyak perkara telah membuat mereka berkecil hati dengan tindakan kita yang sentiasa mengambil mudah di dalam banyak perkara. Di sini ada beberapa tips untuk dikongsikan untuk membantu merukunkan persahabatan antara kita dan sahabat. Sahabat baik adalah sahabat yang akan menerima kebaikan dan keburukkan kita, selain itu sahabat yang baik adalah sahabat yang saling memanfaati antara satu sama lain KALAU KITA DUDUK DI RUMAH SEWA, RAJIN-RAJINKAN DIRI UNTUK BUAT KERJA BERSAMA-SAMA Bila kita duduk sebumbung ni, kita perlu belajar cara untuk mengekalkan keharmonian antara satu sama lain. Kita jangan lah sentiasa berharap atau mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Kita masing-masing perlulah lah memai...

Ikhlaskan Diri Dan Syukur Selalu

Image
Dalam kehidupan hari ni terlalu banyak perkara yang menjadi tumpuan dan kesukaan masing-masing sehingga kita hanyut dan lupa mengucap syukur kepada-Nya. Kita sering mengucap syukur bila beroleh sesuatu yang jelas terlihat di mata kasar, tetapi kita sering terlupa akan nikmat yang begitu besar yang telah Allah berikan kepada kita.  Kita nampak orang lain bergaji besar, berkereta besar, berumah besar, tetapi kita tak nampak, yang Allah dah berikan pelbagai nikmat kepada kita. Allah anugerahkan kita tubuh badan yang sihat tanpa perlu kita mengeluarkan perbelanjaan perubatan yang berpuluh ribu untuk kita berdiri dan berjalan. Sedangkan ada di luar sana sudah berhabis puluhan ribu, malahan sudah hampir kehabisan wang, tetapi belum lagi diizinkan oleh Allah untuk berdiri dan berjalan. Sedangkan kita yang mampu berdiri dan berjalan ini, boleh berjalan ke sana sini, tetapi lupa mencari haluan yang membawa kepada jalan Allah. Kita sering melihat apa yang orang lain ada, tetapi kita tak seda...

SIMPANLAH EMAS

Image
Simpanan emas bukanlah suatu perkara yang ganjil dikalangan masyarakat hari ini. Masyarakat hari ini tidak sahaja membeli emas untuk tujuan digunakan sebagai barang perhiasan diri semata-mata tetapi menjadikan emas tersebut sebagai aset mereka. Bagi mereka yang masih belum menyimpan emas masih belum terlambat untuk memulakannya daripada sekarang. Sekiranya ada lebihan wang dan anda tiada komitmen lain dalam masa 2-3 ini, tiada salahnya anda memilih untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli emas dan menyimpan emas tersebut. Sekiranya anda gemar memakai barang perhiasan diri yang berasaskan emas, anda boleh sahaja membeli emas dalam bentuk barangan perhiasan seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya. Sekiranya anda tidak gemar memakai barang kemas sebagai perhiasan diri, anda boleh sahaja membeli emas 999 seperti gold bar dan menyimpannya dibank atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan menyimpan emas. Apa yang perlu anda lakukan adalah meneliti segala hitam putih yang ada seb...

HIDUP AKAN INDAH BILA KITA BERSYUKUR

Image
Dalam hidup ni, macam-macam ujian yang Allah berikan. Ada yang diuji dengan kesusahan, ada yang diuji dengan kemewahan harta, ada yang diuji dengan sakit dan lain-lain lagi. Sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari daripada ujian ini. Kita akan diberikan ujian untuk menentukan tahap keimanan kita. Sekiranya keimanan kita teguh, insya Allah Tuhan Yang Menciptakan kita ni akan mengangkat darjat kita di sisinya dan sebaliknya akan berlaku jika kita tewas dengan ujian.  Setiap daripada kita diberikan ujian yang tidak sama. Tetapi bersesuaian dengan kemampuan kita. Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan ujian yang terlalu berat seperti mana yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul. Bilamana ujian ini dilalui dengan penuh rasa kehambaan kepada Ilahi, insya Allah akan membuahkan rasa syukur dan meningkatkan keimanan kepada Allah.  Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Boleh jadi, apa yang kita hajati itu belum tiba masanya untuk Allah makbulkan permintaa...

PERSEDIAAN DALAM MENEMPUH CABARAN DI ALAM PEKERJAAN

Image
Setelah bertahun-tahun kita keluar mencari ilmu, semenjak daripada kecil hinggalah dewasa, kini tibalah masanya untuk kita melangkah ke fasa baru. Sekarang tibalah masanya untuk kita berkecimpung dalam dunia kerjaya. Banyak yang telah kita dengar tentang dunia kerjaya ini, ada yang menarik dan ada yang menyedihkan . Tetapi apa yang paling penting, adalah bagaimana anda melangkah masuk ke dunia kerjaya anda. Apakah sudah berjaya melangkah atau masih mencari pintu-pintu yang masih dibuka atau apakah pintu seakan sudah tertutup buat anda? Semoga ada ruang dan peluang untuk setiap daripada kita memiliki kerjaya idaman. Semoga Allah membuka jalan yang terbaik dan mengaturkan langkah kita ke arah yang terbaik buat diri kita. Jangan berputus asa, berdoalah dan mintalah kepadanya semoga Dia memberikan kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Ingatlah manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya.  Sebaiknya kita berusaha u...

SUKA DUKA DI TAHUN 2020

Image
Suka duka kita di tahun 2020 ni hanya Allah SWT yang tahu. Semoga Allah memberikan kita rahmat dan mempermudahkan segala urusan kita. Semoga Allah memberikan kita ketenangan dan kemenangan menangani ujian hidup kita. Semoga kita diberikan kekuatan untuk terus berprangsangka baik dengan ujian daripada-Nya. Selain daripada permasalahan wabak, banyak sebenarnya ujian-ujian lain yang Allah uji kita. Allah uji kita untuk bersabar dan patuh pada arahan pemimpin demi kesejahteraan rakyat dan negara. Allah uji kita dengan ujian ekonomi, banyak operasi perniagan terpaksa dihentikan, majikan diuji dengan kredibiliti dan keadilan dalam kepimpinannya dan usahanya untuk membantu pekerjanya, yang mungkin nampak kecil usahanya, tetapi walau tak terlihat di mata yang lain tapi Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Para suri rumah juga mungkin teruji dengan permintaan anak-anak dan suami yang inginkan masakan yang pelbagai. Teruji melihat keadaan rumah yang bersepah-sepah. Pada kebi...

ATASI MASALAH KULIT

Image
Banyak faktor kepada kemunculan jerawat yang tidak diundang ini, Kadang-kadang boleh terjadi disebabkan oleh faktor pemakanan, persekitaran, hormon, toksin dan sebagainya. Untuk mengatasinya korang boleh beli krim anti-jerawat daripada farmasi yang berdekatan dan sapu pada bahagian berjerawat setiap malam selepas membersihkan wajah. Insya Allah tak lama kelamaan surut la tu.. Jangan sesekali gatal-gatal tangan nak picit ke apa ke karang kalau berparut lagi payah nak hilangkan parut-parut hitam tu. Tetapi kalau kes jerawat teruk,  sampai bengkak dan kadang-kadang sampai tahap korang nak sujud ketika solat tu pun rasa macam sakitnya tu ya Allah... Hanya Dia je yang tahu sakitnya macam mana, disarankan untuk berjumpa dengan pakar kulit, nanti mereka boleh suggestkan rawatan-rawatan yang tertentu yang bersesuaian dengan korang. Dan korang jugak tak boleh selindungkan apa-apa, contoh tersalah pakai produk ke, habit makan korang ke atau apa-apa la.. sebab diorang perl...

5 LANGKAH UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

Image
Kegemukan atau berat badan yang berlebihan adalah suatu keadaan yang sangat menakutkan bagi seseorang wanita. Pelbagai cara dilakukan untuk mengatasi masalah kegemukan ini. Antaranya mengamalkan diet seimbang, melakukan senaman secara rutin dan tak kurang juga yang begitu obses untuk menurunkan berat badan dengan cepat dengan cara memakan ubat kurus. Apa yang sis ingin kongsikan adalah, pilihlah cara yang terbaik buat anda. sekiranya anda dilahirkan sebagai seorang yang mempunya kadar metabolisma yang rendah, anda disarankan agar tidak makan  secara berlebihan melainkan anda gemar melakukan aktiviti senaman. So, lemak yang baru nak terbentuk akan terbantut disebabkan rutin senaman anda itu. Selain itu, seseorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan perlu kurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat. faham dan hadam yer!!! Bukan beerti tidak mengambil langsung, tetapi kurangkan pengambilan supaya tidak berlaku pertambahan lemak dan dalam masa yang sama dapat m...