6 TIPS BUAT ORANG SELESA BERGAUL DENGAN KITA
Sahabat adalah orang yang hampir dengan kita selepas keluarga kita, jadi sayangilah sahabat kita dan hormatilah mereka kerana mereka juga insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Mungkin banyak yang mereka kongsikan dengan kita, tetapi mungkin juga dalam tidak kita sedari, banyak perkara telah membuat mereka berkecil hati dengan tindakan kita yang sentiasa mengambil mudah di dalam banyak perkara.
| |
KALAU KITA DUDUK DI RUMAH SEWA, RAJIN-RAJINKAN DIRI UNTUK BUAT KERJA BERSAMA-SAMA | |
Bila kita duduk sebumbung ni, kita perlu belajar cara untuk mengekalkan keharmonian antara satu sama lain. Kita jangan lah sentiasa berharap atau mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Kita masing-masing perlulah lah memainkan peranan masing-masing. Contohnya, melakukan aktiviti mengemas rumah bersama-sama, setiap orang melakukan tugasan masing-masing. Setelah menggunakan dapur contohnya, teruskanlah mengemas ruangan tersebut, kerana mungkin lepas ni ada orang lain pula yang ingin menggunakan dapur tersebut. Selain itu, sekiranya anda ada menggunakan barang-barang milik teman serumah sila cuci bersih barang tersebut dan kemaskan semula. Selain itu, sekiranya anda jarang menggunakan dapur, tetapi gemar membawa pulang makanan yang siap di masak, mungkin anda tidak perlu untuk mengemas dapur, tetapi rajinkanlah diri untuk membuang sampah dan jangan dibiarkan tong sampah itu penuh dan berbau. | |
| |
KALAU TUMPANG KERETA KAWAN, JANGAN LUPA HULURKAN DUIT MINYAK | |
Pernah tak anda naik kereta kawan-kawan?? Kalau jawapannya tu selalu… Anda ringankanlah tangan untuk menghulurkan sedikit sumbangan minyak kepada kawan tersebut. Mungkin juga dia segan untuk memintanya daripada anda. Memanglah itu bukan kereta anda, tetapi cuba bayangkan, bayaran bulanan kereta, road tax, cuci kereta, servis dan 'maintainance', insurans dan lain-lain lagi, semua tu memerlukan komitmen kewangan. Selain itu, mereka juga perlu membayar minyak dan tol, tetapi anda naik secara percuma sahaja. Ingat, bukan kita sahaja ada bebanan komitmen, orang lain pun ada berhadapan dengan masalah seperti ini. Mungkin dia mengambil komitmen ini untuk berdikari dan agar tidak membebankan pihak lain. | |
| |
BILA ADA DUIT, BERSEGERALAH DALAM MEMBAYAR HUTANG | |
Kadang-kadang langit tak selalu cerah, ada masa kita diuji dengan kesempitan wang ringgit. Mungkin pada masa itu, kita memerlukan bantuan kawan-kawan untuk menyokong kehidupan kita. Kawan-kawan yang baik pastinya tidak akan sanggup melihat kawannya sedih atau dihimpit kesusahan hidup. Bersyukurlah kita memiliki kawan-kawan seperti ini. Sebagai menghargai kawan anda, setiap kali anda mempunyai lebihan wang sila jangan sesekali melengah-lengah kan untuk membayar hutang anda. Ketepikan dulu perbelanjaan yang tidak penting. Hutang tu wajib di bayar. Walaupun selepas mati sekali pun, harta tu tetap di dahulukan untuk melunaskan hutang, selepas itu barulah difaraidkan. | |
APABILA BERJANJI SILA TEPATI MASA | |
Untuk yang suka berjanji untuk sebarang temujanji, sila belajar dan berusaha untuk tepati masa. Hormati masa orang lain, dan mintalah maaf seandainya terlambat. Jangan diulang-ulangg untuk kali yang berikutnya. Tak kisah lah itu teman baik anda atau sesiapa pun, kita perlulah menghormati masa orang lain. Sekiranya kita mempunyai perkara penting untuk didahulukan, sila maklumkan lebih awal supaya mereka tidak tertungggu-tunggu. Sekali-sekala itu mungkin dapat difahami oleh pihak lain, tetapi sekiranya tiap kali temu janji di buat ada sahaja alasan yang dicipta, itu mungkin berpunca daripada tabiat anda sendiri dan anda cubalah belajar untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. | |
| |
HORMAT PRIVACY ORANG LAIN | |
Untuk bagi orang berasa selesa, sila jangan tingkah laku anda dan hormatilah privacy orang lain. Jangan menggunakan barang orang lain sesuka hati. Mintalah kebenaran mereka terlebih dahulu, terutamanya apabila menggunakan barangan kesayangan mereka. Jangan sesekali meminjam barangan yang mereka tidak pernah sebut di depan anda atau barangan yang mempunyai sentimental value buat diri mereka. Tolanglah sensitif sedikit dengan perkara seperti ini. Mereka mungkin segan untuk menolak permintaan anda sekiranya anda minta secara depan-depan. Selain itu, sebelum masuk ke bilik atau pejabat orang lain, belajar untuk ketuk pintu atau minta izin terlebih dahulu sebelum masuk. Jangan sesekali memasuki bilik orang lain sesuka hati. Orang lain mungkin terganggu untuk menyelesaikan tugasan atau sebarang perkara. | |
| |
JANGAN MEMBUAT BISING | |
Sekiranya tingggal di dalam rumah yang mempunya ramai orang, janganlah menjerit atau memanggil-manggil nama kawan lain dengan nada yang tinggi kerana sangat mengganggu orang lain yang sama-sama berada di tempat tersebut. Apa salahnya, sekiranya anda ringankan kaki untuk bangun dan memanggil kawan anda tu dalam jarak yang lebih dekat. Selain itu, jangan lah selalu ketawa berdekah-dekah atau terlalu kuat sehingga bunyi boleh menembusi bilik orang lain. Cuba bayangkan dengan keadaan sekarang ni, ramai di antara kita yang work from home. Hormatilah privacy orang lain. Mungkin sahaja kawan anda itu sedang meeting dengan top management atau client besar. Mungkin mereka akan berasa tidak selesa dengan bunyi-bunyi atau suara-suara yang kuat itu. |
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)