6 PERKARA YANG ANDA PERLU SIMPAN SEBAGAI RAHSIA

  

 


1. YOUR LOVE LIFE / KISAH PERCINTAAN ANDA

Semua orang mengidamkan kehidupan cinta yang romantis dan bahagia. Tetapi, kita perlulah berwaspada, tak semua orang gembira dengan kebahagaian yang kita ada. Kita sendiripun tidak disarankan untuk bercinta sebelum berkahwin, sekalipun sudah bertunang, kita tidak digalakkan untuk menghebahkan pertunangan tersebut sehinggalah tiba masanya untuk kita membuat hebahan untuk menjemput yang lain ke walimatul urus kita.


Sebenarnya garis panduan dalan Islam sangat menjaga maruah diri kita. Sekiranya berlaku apa-apa yang tidak sepatutnya di sepanjang tempoh pertunangan tersebut, pasangan tersebut boleh memilih untuk memutuskan ikatan pertunangan tersebut dengan hati yang terbuka. Pertunangan bukan bermakna anda perlu berkahwin dengannya. Tetapi pertunangan adalah suatu ikatan yang mampu menjaga kerukunan dalam perhubungan tersebut. Tetapi masing-masing perlulah memahami makna ikatan yang dianjurkan di dalam Islam.


Sekiranya, ikatan yang di bina itu terputus di tengah jalan, sekiranya kita melaksanakan pertunangan tersebut sewajarnya, kita tidak perlu berasa malu atau berasa aib dengan perkara tersebut. Sebaliknya bersyukur kerana anda dilindungi oleh Allah, dan anda tidak terus meneruskan perhubungan dengan orang yang tidak sepatutnya. Bila kita bertunang secara senyap-senyap ini, hanya melibatkan ahli keluarga sahaja, jadi perkara ini tidak sampai ke pengetahuan umum.

 

2. YOUR INCOME / PENDAPATAN ANDA

Pendapatan anda kenapa perlu dirahsiakan?? Untuk mengelakkan berlakunya fitnah. Sekiranya anda berpendapatan besar, mungkin sahaja ada yang menghampiri anda dengan niat untuk mengambil kesempatan sahaja dan bukanlah ikhlas semata-mata untuk menerima kelebihan dan kekurangan anda.

 

Anda tidak perlu menghabiskan wang anda kepada mereka yang tidak sepatutnya. Secara am-nya mereka perlu tahu status anda, apakah anda amempunyai pekerjaan, komitmen atau tanggungan tertentu. Namun begitu anda tidak perlulah kongsikan terlalu detail untuk kebaikan anda sendiri. Tidak semua perkara perlu dikongsikan dengan orang lain.

 

Kadang-kadang bila mempunyai pendapatan yang lebih sedikit daripada orang lain boleh menyebabkan ada pihak luar yang salah faham. Kadang-kadang kita juga mempunyai komitmen seperti bayaran balik pinjaman PTPTN, rumah, kereta, bil, pembelian gadget untuk kemudahan bekerja, tanggungan lain seperti ibu bapa atau adik beradik yang sedang kesempitan dan lain-lain.

 



Anda perlulah bijak dalam menguruskan rahsia kewangan anda supaya tidak ada pihak yang mengambil kessempatan atau menyalah ertikan perbelanjaan anda. Tetapi jangan lupa untuk menunaikan zakat dan bersedekah, ingat yer harta itu bukan kita sahaja yang punya, tetapi ada hak mereka yang lain untuk dikongsikan.

 

3. YOUR NEXT MOVE / LANGKAH ANDA YANG SETERUSNYA

Perancangan seterusnya seeloknya perlah dirahsiakan dahulu daripada pihak luar. Nama pun perancangan, dan ia memerlukan proses untuk diselesaikan. Susun perancangan anda sebaiknya, dan pastikan gol dapat dicapai dalam jangka masa yang bersuaian.


Jangan sesekali berkongsi perancangan anda dengan mereka yang tidak sepatutnya kerana risau ada duri dalam lipatan. Berkongsilah perkara-perkara tertentu dengan orang yang sepatutnya sahaja. Mungkin kita tahu, ada yang dalam diam sedang memerhatikan dan mencari strategi untuk menjatuhkan kita. Apa pun kita niatkan baik-baik dan berserahlah kepada Allah semoga Allah redha dan lindungi kita selalu.

 

4. YOUR FAMILY ISSUE / ISU KELUARGA ANDA

Isu kekeluargaan bukanlah suatu isu yang perlu dibincangkan dengan orang ramai, cukuplah perkara tersebut diketahui oleh ahli kelurga yang terdekat sahaja. Kita tidak perlulah berkongsi cerita suka duka keluarga kita dengan ornag luar. Biarlah kita sendiri yang tahu rasa suka, duka, sakit, perit tu.

 

Mungkin dengan perkongsian itu, akan menyebabkan aib pula kepada adik beradik atau inu bapa kita. Sekirannya kita ingin luahkan perasaan atau memerlukan nasihat mintalah daripada pasangan kita dan mengadulah kepada Allah, sesungguhnya Dia lebih mengetahui.

 

5. YOUR FEARS / KETAKUTAN ANDA

Anda tidak perlu menyatakan perihal katakutan anda kepada pihak luar kerana tidak semua mahu mengerti ketakutan yang anda rasakan. Yang lagi meresahkan, mereka menggunakan peluang ini untuk menjatuhkan anda. Mereka menjadikan ini untuk mencari titik kelemahan anda. Setelah mengetahui titik kelemahan anda mereka akan terus bertindak untuk menjatuhkan anda-anda. Berhati-hatilah sentiasa.

 

6. YOUR BIG PLAN / PERANCANGAN BESAR ANDA

Sebagai manusia, kita mesti mempunyai angan-angan atau impian yang ingin di kejar. Sebarang perancangan anda terutamnaya perancangan yang besar seeloknya anda rahsia kan sahaja daripada pihak luar. Contohnya anda ingin mengembangkan perniagaan anda atau anda ingin menamatkan zaman bujang anda, biarlah ia dirancang secara rahsia sahaja, bila tiba masanya barulah anda membuat hebahan atau memaklumkan kepada pihak luar untuk mengelakkan berlakunya sabotaj atau perkara-perkara yang tidak dingini.

 

Sentiasalah bersikap sederhana dan berwaspada selalu, kerana tak semua orang berasa gembira dengan setiap kejayaan atau pencapaian kita. Sentiasa tunduk dan berdoa kepada Allah semoga Allah melindungi kita dalam segala hal.

Comments

  1. Always kena berhati hati... Tetapi pada masa y sama berdoalah selalu

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg