5 JENIS SAHABAT YANG KAMU PERLU ADA


  

1. MEMPUNYAI IMPIAN YANG BESAR

 Sekiranya kamu bersahabat dengan mereka yang mempunyai mimpi yang besar, mereka akan sentiasa mengajakmu untuk bercita-cita memiliki sesuatu yang kadang tak terfikir oleh dirimu sendiri. Dengan mereka kamu akan berasa gembira untuk bercita-cita besar kerana mereka tidak akan memperlekehkan cita-cita-mu. Kebiasaannya mereka sentiasa membayangi untuk memiliki perkara-perkara yang dianggap besar di dalam hidupmu.

 

2. SEDIKIT GILA-GILA DAN MENCERIAKAN

Sahabat yang sedikit gila-gila ini akan membuat stress mu berlalu pergi begitu sahaja. Mereka tidak gemar mmembuat sesuatu di dalam tekanan dan mereka gemarkan sesuatu yang santai. Pasti ada sahaja idea atau perkara yang akan lakukan untuk menceriakan keadaan. Bersama mereka, keadaan yang tegang pun boleh menjadi lucu. Mereka gemar menceriakan sahabat mereka dangan lawak jenaka mereka.

 

3. TERSANGAT RAJIN

Kamu juga perlu memiliki sahabat yang rajin. Orang yang rajin, akan cuba mengejjar impian mereka. Mereka akan berusaha keras dan serius dalam mengejar impian mereka. Apabila kamu mempunyai sahabat sebegini , kamu secara tidak langsung akan turut bersama-sama berkerja keras demi mencapai impian dan cita-cita kamu. Sahabat begni biasanya konsisten dan tidak mudah patah semangat. Mereka juga percaya bahawa impian dan cita-cita hanya akan diperolehi jika diiringi dengan usaha.

 

4. SUKA MENDORONG

Bersahabatlah dengan mereka yang sering mendorong mu untuk mencapai cita-citamu. Mereka akan sentiasa poisitif dan akan memberikan kata-kata semgat kepadamu. Mereka tidak akan pernah jemu untuk mendorongmu menjadi lebih baik dari masa ke masa. Mereka ini kebiasaanya jugak bersifat positif dan kadangkala ada masanya membuatkanmu dirimu sedikit tertekan. Tetapi mereka tidak akan meninggalkan dirimu di saat jatuhmu, mereka akan setia untuk menyokongmu.

 

 

5. SEORANG YANG DISIPLIN

Kamu memerlukan sahabat yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana mereka yang disiplin sangat teliti dengan pengurusan waktu mereka. Mereka mempunyai target mereka sendiri. Mereka akan mengejar segala cita-cita dan komitmen supaya dapat di selesaikan pada masa yang tepat. Mereka juga sangat berpegang kepada janji. Jnagn sesekali ingkar pada janji, kerana mereka mungkin serik untuk mempercayai janji mu itu.

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg