TIPS MEMPERBAIKI KEWANGAN KAMU
1. CATAT SETIAP PENDAPATAN YANG KAMU PEROLEHI DARIPADA SEBARANG AKTIVITI Korang perlu merekod setiap perdapatan yang anda perolehi seperti gaji dan bonus atau sebarang pendapatan sampingan lain menerusi kerja ‘part time’ atau perniagaan online. Jumlah duit ini adalah pendapatan yang korang perolehi. Pendapatan yang korang perolehi ini perlu dipantau sebaiknya kerana ia menjadi kayu ukur untuk kadar perbelanjaan bulanan anda. 2. CATAT PENGELUARAN PADA SETIAP BULAN Selain daripada mencatat duit masuk, anda juga haruslah mencatat setiap perbelanjaan yang telah digunakan daripada pendapatan tadi. Duit keluar termasuklah, sewa, bayaran bulanan kereta, bayaran balik pinjaman PTPTN, dan perbelanjaaan untuk keperluan lain. Anda rekod kesemuanya perbelanjaan tersebut tak kisah lah menggunak cash, card atau online transfer sekalipun, anda perlu rekod kesemua perbelanjaan yang di buat. 3. BUAT PERHITUNGAN SEMULA Setiap bulan, anda perlu melakukan semakan atau...