TIPS MEMPERBAIKI KEWANGAN KAMU



 1. CATAT SETIAP PENDAPATAN YANG KAMU PEROLEHI DARIPADA SEBARANG AKTIVITI

Korang perlu merekod setiap perdapatan yang anda perolehi seperti gaji dan bonus atau sebarang pendapatan sampingan lain menerusi kerja ‘part time’ atau perniagaan online. Jumlah duit ini adalah pendapatan yang korang perolehi. Pendapatan yang korang perolehi ini perlu dipantau sebaiknya kerana ia menjadi kayu ukur untuk kadar perbelanjaan bulanan anda.

 

2. CATAT PENGELUARAN PADA SETIAP BULAN

Selain daripada mencatat duit masuk, anda juga haruslah mencatat setiap perbelanjaan yang telah digunakan daripada pendapatan tadi. Duit keluar termasuklah, sewa, bayaran bulanan kereta, bayaran balik pinjaman PTPTN, dan perbelanjaaan untuk keperluan lain. Anda rekod kesemuanya perbelanjaan tersebut tak kisah lah menggunak cash, card atau online transfer sekalipun, anda perlu rekod kesemua perbelanjaan yang di buat.

 

3. BUAT PERHITUNGAN SEMULA

Setiap bulan, anda perlu melakukan semakan atau perhitungan semula berkenaan duit yang keluar dan masuk. Adakah perbelanjaan kelura lebih tinggi daripada pendapatan anda. Sekiranya hal itu berlaku secara berterusan adalah bahaya kepada diri anda, anda perlu mengawal perbelanjaan anda sebaiknya untuk mngelakkan perbelanjaan yang terlalu tinggi. Elakkan menggunkan duit simpanan kecemasan anda. Duit tersebut perlu di gunakan bila kedaan mendesak sahaja bukan untuk keperluan yang tidak penting.


4. SENARAIKAN PENGELUARAN UNTUK KEPERLUAN ATAU KEMEWAHAN

Kaji balik perbelanjaan anda. Asingkan perbelanjaan yang merupakan keperluan dan perbelanjaan yang bukan keperluan. Sekiranya perbelanjaan bukan keperluan itu tinggi, anda perlu mengawal perbelanjaan anda sebaiknya supaya tidak tersalah langkah. Utamakan komitmen dan bukan komen orang lain berkeaan gaya hidup kita. Kita hidup bukan untuk mendapat perhatian daripada orang lain. Sekiranya kita mempunyai kemampuan, tiada masalah untuk kita berbelanja lebih.

 

5. KURANG PERBELANJAAN DAN TINGKATKAN SIMPANAN

Setelah mengasingkan perbelanjaan tadi. Cuba asingkan perbelanjaan yang tidak diperlukan dan wang tersubut di jafdikan simpanan. Sekiranya anda, tiada caruman KWSP, anda perlu menyimpan lebih banyak untuk manfaat di hari tua dan waktu-waktu kecemasan.

 

6. MELABUR

Sekiranya anda, mempunyai ilmu dalam pelaburan, anda boleh memilih melabur di dalam unit trust contohnya. Anda perlu berhati-hati dan jangan pula terjerumus ke dalam skim cepat kaya atau sebagainya. Sekiranya, anda mempunyai minat untuk berniaga, anda boleh juga mengembangkan wang simpanan tersebut dengan menjadikan wang simpanan itu sebagai modal pelaburan anda.

Comments