5 SEBAB PASANGAN ATAU ORANG SEKELILING DIAM DENGAN KITA

  

 




1. KECIK HATI

 

Antara perkara yang sering menjadi punca pasangan atau orang sekeliling mula berdiam dengan kita adalah disebabkan mereka telah berkecil hati atau tersinggung dengan diri kita. Permulaan yang menyebabkan hal ini terjadi, apabila kita bercakap tanpa berlapik atau mungkin kita gagal mengawal emosi dan melepaskan kata-kata yang tidak sepatutnya  kepada pihak yang tak sepatutnnya dan menyebabkan mereka berkecil hati. Selain daripada itu, ia mungkin terjadi sisebabkan oleh tuduhan atau kata-kata yang tidak betul kepada pasangan atau orang sekeliling kita.  

 

So, kita perlulah sentiasa menjaga hati mereka denngan menggunakan bahasa yang baik. Jangan mudah membuat tuduhan tanpa sebarang usul periksa. Sekiranya terdapat keraguan, kita boleh bertanya terlebih dahulu kepada pihak yang boleh dipercayai dan membuat siasatan terlebih dahulu. Jangan sesekali kita mendengar daripada satu pihak sahaja dan terus membuat kesimpulan sendiri tanpa usul periksa kerana impaknya sangat besar kepada pihak yang tidak bersalah.

 

Sekiranya anda mendengar perkara yang tidak baik berkenaan pasangan seeloknya anda bertenang dahulu. Cuba tarik nafas dalam-dalam, fikir baik-baik apakah pernah selama ini dia pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya selama ini. Kita sebagai manusia, kadang-kadang ada masanya kita terlalu lemah dengan emosi dan sekiranya kita tidak berpaut di dahan yang betul kita mungkin tepaut pada ranting yang rapuh dan bila-bila masa sahaja akan patah.

 

Sebaiknya letak kebergantungan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui. Janganlah berprasangka buruk dengan takdir Allah. Berdoalah dan minta kepada-Nya supaya kita beroleh petunjuk dan mohonlah bantuan dan jalan penyelesaian yang baik. Sekiranya kesilapan itu berpunca daripada diri kita sendiri, segeralah memohon maaf dan berusaha memperbaiki semula keadaan dan jangan dibiarkan keadaan yang keruh itu menjadi semakin keruh disebabkan oleh ego sendiri.

 

2. MEMERHATI

Kadang-kadang pasangan atau orang sekeliling kita tiba-tiba berdiam diri  adalah disebabkan mereka sedang memerhati. Mungkin mereka tidak mahu membuat sebarang kesimpulan awal, tetapi mereka mengambil langkah untuk memerhati keadaan dan tindakan seterusnya akan menyusul selepas itu.


Adakalanya, mereka diam kerana mereka sedang berfikir, di mana kedudukan sebenar perkara yang terjadi itu. Apakah hal itu terjadi disebabkan silap mereka atau kesilapan itu berpunca daripada anda. Sekiranya perkara ini jarang sekali berlaku, in Syaa Allah keadaan yang keruh akan kembali jernih sekiranya ada salah satu pihak cuba muhasabah diri dan sentiasa bertenang dalam kebanyakkan hal.


Tetapi awas, sekirannya perkara ini dah terlalu banyak kali terjadi, kemungkinan ini akan jadi pemerhatian yang terakhir dan pemerhatian ini akan membawa kepada kesimpulan yang mungkin memerlukan satu keputusan yang besar untuk di buat.


3. TENANGKAN HATI

Ada juga diantara kita yang suka memilih untuk berdiam untuk tenangkan hati. Bercakap atau berdebat dengan pasangan dalam kedaan beremosi bukanlah satu perkara yang baik untuk kedua-dua belah pihak.

 

Berdiam diri mungkin membolehkan pasangan kembali tenang dan dapat berbincang dalam keadaan emosi yang terkawal. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, kita masing-masing cenderung untuk mempertahankan diri masing-masing dan mungkin menyebabkan ada di antara kita yang terkesan dengan situasi tersebut. Maka waktu itu berdiam diri adalah lebih baik untuk keua-dua belah pihak.

 

Apabila kedaan kembali stabil, berbincanglah secara matang. Masing-masing boleh meluahkan atau menyatakan perasaan masing-masing yang sebenarnya. Kadang-kadang perkara ini terjadi hanyalah berpunca daripada perkara kecil sahaja, tetapi setelah ditahan terlalu lama dan dan disimpan di hati tanpa penjelesan yang sewajarnya menyebabkan keadaan menjadi semakin rumit.


4. TAK ADA HATI / TAWAR HATI

Antara punca lain yang menyebabkan pasangan atau orang sekeliling kita berdiam dengan diri kita adalah  mereka sudah tawar hati dengan diri kita. Mungkin selama ini mereka sudah terlalu lama menahan perasaan dan akhirnya mereka sudah tidak mahu mengambil tahu akan perkara tersebut kerana perasaan mereka sudah mula tawar hati dengan kita.

 

Kedaan ini adalah tidak bagus untuk kita, sebaiknya elakkanlah membuat pasangan atau orang sekeliling kita tawar hati dengan diri kita. Masing-masing haruslah jujur dengan satu sama lain dan sentiassa mendoakan sama satu lain. Setiap kali kita berasa ada perkara yang tidak kena dengan pasangan kita, kita perlu mengambil inisiatif untuk bertanya kepada satu sama lain. Apabila kita prihatin kepada pasangan kita, pasangan kita akan mudah untuk jujur dan menceritakan apa yang terbuku di hati mereka. Sewaktu itu. Anda jangan sesekali kritik atau condemn mereka, waktu itu mereka memerlukan support daripada anda.

 

Tidak semestinya anda perlu menyokong 100% apa yang mereka rasakan. Cuma belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia pada masa itu. Kebiasaan setelah meluahkan perkara yang sudah terbuku di hati tu, mereka akan jadi sedikit tenang. Mungkin tadi, mereka kedengaran seperti marah-marah atau sedih, itu adalah cara mereka mengekspresi emosi mereka ketika itu. Sekiranya anda dapati, pasangan anda sudah mula bercakap dengan nada yang sepatutnya dan emosinya kelihatan lebih stabil, waktu itulah anda perlu memainkan peranan anda.





Apabila pasangan sudah tenang, anda gunakan waktu ini untuk membantu mereka. Waktu ini mohonlah kepada Allah semoga anda dipermudahkan urusan. Semoga dapat menyampai kan kata-kata dengan jelas dan difahami dengan baik oleh mereka. Seterusnya anda nasihatilah mereka sebaiknya dengan mengunakan bahasa yang baik dan berlemah lembut lah dengan mereka dalam kedaan ini.

 

5. LAPAR

Selain daripada perkara di atas, anatar faktor lain yang menbyebabkan pasangan atau orang sekeliling kita tiba-tiba berdiam dengan diri kita adalah disebabkan oleh perut kosong atau lapar. Dalam keadaan ini, sesiapa sahaja termasuk diri kita lebih cenderung untuk berdiam diri. Kebanyakkan kita kan berasa sangat tidak bermaya.

 

Sekiranya kita mendapati pasangan atau orang sekeliling kita yang kebiasaannya aktif tiba-tiba berdiam diri mungkin disebabkan mereka sedang menahan lapar. Sekiranya,  mereka dah terlalu penat, berikan mereka air yang manis untuk mereka minum. In syaa allah perut mereka yang kosong akan terisi dan mereka akan lebih bertenaga.

 

Sekiranya mereka, masih dalam kedaan yang masih terkawal, anda boleh mengajak pasangan anda untuk makan. Nanti bila dah dapat makanan kebiasaanya akan kembali aktif dan cergas seperti kebiasaannya.

 

 

 

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg