Takdir & Pilihan





Setiap manusia dikurniakan ruang dan peluang. Kita boleh memilih untuk menulis jalan hidup kita sendiri, kerana kebanyakkan apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil daripada pilihan kita sendiri. Sekiranya kita memilih untuk mendapatkan sesuatu dengan cara berusaha bersungguh-sungguh insya Allah kita akan berjaya memilikinya kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang berusaha untuk mengubahnya sendiri. Pokoknya kita perlu berusaha. Insya Allah sekiranya usaha itu dilakukan dengan ikhlas insya Allah diizinkan-Nya tetapi sekiranya Dia tidak menginzinkannya terjadi maka bersabarlah mungkin itu bukan yang terbaik buat dirimu. Dia lebih mengenali hambanya, dan ingat lah manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah  merancang dengan cinta-Nya.


Sekiranya kita malas dan cepat putus asa, kita bukanlah berada di jalan yang betul untuk mencapai cita-cita kita, tetapi sekadar berangan-angan kosong sahaja. Kita sering mendambakan apa yang orang lain miliki, seperti kereta, rumah, gadget, percutian mewah dan sebagainya. Mungkin cita-cita kita dan mereka adalah sama untuk miliki semua itu. Tetapi perbezaannya adalah mereka berusaha untuk mendapatkan kehendak mereka, sedangkan kita.. usaha baru sedikit sudah berputus asa.. dan mengatakan kita telah berusaha.. tapi belum rezeki... dan itulah alasan yang sering diucapkan. Ingat yer... rezeki itu  tidak pernah tersalah alamat...





Sememangnya Allah telah menetapkan rezeki kita sebelum kita dilahirkan lagi ke dunia ini. Tetapi itu adalah sesuatu ketetapan yang boleh diubah dengan ikhtiar. Bagaimana pula kalau Allah telah menetapkan kamu memiliki sesuatu benda itu. Tetapi kamu sendiri tidak berusaha mendapatkannya, makanya kamu sendiri tidak akan memperolehinya. Bayangkan, disaat orang lain bangun bersiap seawal pagi untuk keluar mencari rezeki, sedangkan kamu masih enak berselimut. Apakah itu layak dipanggil usaha??


Cubalah sesekali kita perhatikan kejayaan orang lain dari sudut positif. Contohnya... Jangan hanya melihat kejayaan mereka sahaja, tetapi lihat pada usaha mereka juga. Selain itu, lihat lah kepada kekangan dan kesusahan mereka sewaktu mereka hampir-hampir rebah. Mereka tidak pernah berputus asa dan mereka yakin dengan usaha yang lebih kuat mereka pasti akan berjaya. Dan disebabkan itu mereka mampu bangkit berdiri semula dan miliki segala apa yang mereka miliki hari ini. Dan kemudian barulah bandingkan dengan diri kita, apakah kita pernah berusaha sehingga ke tahap itu?? jawapan ada dalam diri kita sendiri.


So semuanya adalah berpunca daripada pilihan kita sendiri. Bagaimana untuk membuat sesuatu keputusan dan memutuskan satu pilihan?? Bergantung pada naluri hati dan akal fikiran kita. Hati yang bersih dan akal yang cerdas sudah tentu membantu kita untuk membuat pilihan yang terbaik. Periksa balik apakah makanan rohani dan jasmani kita, apakah makanan seimbang dan lengkap atau ia berupa racun pada hati kita sendiri??



" Ketahuilah didalam badan manusia ada seketul daging,
sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh anggota badan, 
sekiranya buruk daging itu maka buruklah seluruh anggota badan. 
Itulah hati kita. "



Jaga hati dan jagalah iman, selagi mana hidup kita berpegang kepada al-Quran dan sunnah insya Allah hidup kita akan tenang sentiasa dan sentiasa berasa cukup dengan apa yang kita miliki. Ketenangan itu sendiri adalah sesuatu yang sangat bernilai, yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit tetapi hanya boleh dimiliki dengan iman dan taqwa.





Manusia ini dibaratkan seperti anggur, buah yang manis dan disukai oleh ramai orang. Begitulah kita semasa bayi, kelihatan suci dan bersih dan disayangi  semua orang. Tetapi masa berganti masa dan hari berganti hari, kita kian meningkat dewasa dan corak kehidupan kita mula berubah. Seperti mana buah anggur, banyak khasiat yang kita perolehi sekiranya kita memakannya dalam keadaan fresh. Tetapi tidak semua buah anggur berakhir dengan cara dimakan secara fresh. Daripada anggur ia mungkin akan menjadi kismis yang mana mampu meransang kecerdasan minda atau mungkin menjadi arak yang mampu mebunuh kewarasan akal dan melemahkan fikiran. Sejenis buah yang sama, tetapi tetapi memberikan impak yang ketara berbeza setelah melalui proses yang berbeza.. 


Begitu jugaklah dengan manusia, kita mungkin akan menjadi seorang manusia yang mampu  berjasa dan memberikan manfaat kepada agama dan masyarakat sekiranya kita sedar akan peranan kita sendiri sebagai khalifah di muka bumi ini. Sekiranya kita lalai dan leka, hati kita akan menjadi lemah dan senang ditusuk dengan dengan tipu daya dunia maka jadilah kita seorang yang tidak berpendirian, tidak dapat membezakan yang mana halal dan yang mana haram. Ingat yer sebagai manusia, mencari yang halal itu adalah fardu.



" matlamat tidak akan sesekali menghalalkan cara "



Hati manusia memang sering diuji dengan pelbagai ujian, dan menjadikan iman kita ada turun naiknya. Ingatlah, hati kita ini milik Allah, pohonlah pada-Nya agar sentiasa diberikan ketetapan iman agar kita cenderung untuk melakukan perkara-perkara kebaikan. Sentiasa jadikan al-quran sebagai sumber rujukan utama. Al-Quran itu adalah mukjizat yang mana bila kita membacanya walaupun kita masih jahil akan maksudnya tetapi hati kita akan rasa sedikit lapang setelah membacanya dan orang yang mempelajari dan memahami tafsirnya itu sudah pasti akan memeperolehi ketenangan yang berganda apabila membacanya, ianya tidak sama dengan bahan bacaan yang lain. Al Quran adalah Qalam Agung yang tiada tolok bandingnya. Kandungannnya meliputi segalanya yang ada di langit dan bumi.



Sama-sama lah kita menjaga hati kita, dan sentiasa saling menasihati ke arah kebaikan. Semoga kita berjaya mendidik hati kita dan jangan sesekali kita menyalahkan takdir dengan apa yang terjadi dengan hidup kita. Setiap orang diberikan ujian yang berbeza-beza. Tetapi selagi ada iman di hati kita akan berjaya mengharungi ujian tersebut. Insya Allah selagi nafas mampu dihela selagi itu kita masih berpeluang untuk memperbaiki diri kita dan memilih jalan hidup yang kita mahukan. Yang penting istiqamah; tetap dan berterusan. Mudah-mudahan usaha kita dipermudahkan oleh-Nya.



"Seperti sebiji botol, 
isinya air mineral harganya RM1, 
isinya jus oren harganya RM8, 
isinya madu lebah, harganya RM70, 
isinya minyak wangi harganya RM1000, 
isinya air longkang, langsung tiada harga dan hanya dibuang ke dalam tong sampah."



Begitulah jugak manusia  yang mana di hatinya ada iman dan taqwa insya Allah dipertingkatkan darjatnya di sisi Allah dan disediakan syurga buatnya, dan semoga tidak  dicampak ke neraka-Nya kerana tiada harga pada pandangan-Nya.


Semuanya bermula dengan pilihan yang kita buat pada hari ini. So pastikan kita membuat pilihan yang tepat untuk hidup kita. Mudah-mudahan takdir yang terlakar kelak adalah indah dan harmoni.




Comments

  1. wow macam baca takzirah pepagi ni, botol yang sama tapi isinya yang menjadikan botol tu mahal

    ReplyDelete
  2. i love your writing. orang selalu tanya sha kenapa pilih kerja instead of belajar. sha ada sebab sendiri yang takpayah orang lain pertikaikan pun. alhamdulillah everything goes well skrang, kerja semua ok. itulah jalan yang sha pilih. follow you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe sha.. rezeki masing2... insya allah rezeki xpernah tersalah alamat, y penting usaha tu ada :-)

      i nak follow sha... tapi i blom ada google profile...

      minta advise jugak yer :-)

      Delete
  3. Semuanya bermula dengan pilihan. Apa yang kita pilih itulah yang kita dapat

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan kata2 yg sesuatu ketetapan yang boleh diubah dengan ikhtiar. Ramai yg masih kata yg rezeki dah ditetapkan jd samada usaha atau tak sama je. Sebenarnya semua kena ada usaha. Kita apa yg kita usahakan. Hasil di hujung berbeza ikut apa yg kita ikhtiar kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana.. insya Allah apa yang diusahakan tu akn dpt hasil y setimpal :-)

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian bermanfaat begini. Sangat terinspirasi. Benarlah... Tak ada yang mampu mengubah hidup kita selain kita sendiri mengubahnya. Apa yang penting usaha dan tawakal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah kalau dah usaha itu adalah hasilnya nnti...

      Delete
  6. Terima kasih kerana mengingatkan diri sy sendiri..hidup di dunia adlah sementara dan di sanalah yg akan kekal abadi namun kita tak boleh sia² kan kehidupan yg sedang dilalui kerana setiap dr itu diadili

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... kat dunia ni lah tempat kita mencari bekal utk ke akhirat... mudah mudahan kita smua berada di landasan y betul... minta di jauhi dgn perkara yang x baik...sama2 kita slowly hijrah dan saling mendoakan.. :-)

      Delete
  7. Thanks sharing dan ingat mengingati sesama kita....betul saya setuju semua tu

    ReplyDelete
  8. wahhh banyak info petang2 mcm nie dan menark untuk baca. Tq share tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik... mne y baik tu silakan utk kongsikan dgn org lain..

      mne y salah tu tinggalkan lah mungkin atas kelemahan dr segi penulisan sy sendiri..

      Delete
  9. Bila kita membuat pilihan, kalau tak pasti, kita boleh meminta nasihat daripada orang tua kita. Mereka makan garam dulu daripada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. org yang lebih tua kebanykkan lebih berilmu..

      Delete
  10. Kelebihan seseorang dan kekurangan seseorang adalah keentuan dalam setiap perjalanan kehidupan..macam tu jugak SA..kenapa memilih untuk menyendiri dan besarkan anak selepas gagal dalam perkahwinan..13 tahun SA sabar dengan caci maki orang..semua tu jadikan SA kuat untuk berjaya dan buktikan yang SA boleh..bukan ego malah SA masih memrlukan nasihat orang2 yang berpengalaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat kagum dengan SA.. smoga terus tabah dan success ya :-)

      Delete
  11. Apa yang kita mahu kita kena berusaha sendiri..sentiasa berdoa kepada Allah dimurahkan rezeki.mudah-mudahan kita di landasan yang betul

    ReplyDelete
  12. Lihat kejayaan orang lain sebagai inspirasi buat diri kita. Mesti sentiasa bersangka baik juga. Semoga sukses sentiasa.

    ReplyDelete
  13. Huhuhu.... takdir dan pilihan... this is good read.. make me sedarkan diri sikit.... hahaha.. happy new year

    ReplyDelete
  14. terima kasih di atas perkongsian.... kita berhak membuat pilihan semua ada didepan mata! jadi jgn salah pilih....

    ayat yang berkaitan botol tu saya suka....

    ReplyDelete
  15. wah.. bagusnya penulisan awak.. TB suka sangat entri yang penuh maksud dan motivasi serta kiasan macam ni.. terima kasih atas perkongsian awak yea.. hemm.. setuju satu ayat ni.. " matlamat tidak akan sesekali menghalalkan cara "

    ReplyDelete
  16. Begitu menyentuh jiwa..masa sy jatuh bila ditakdirkan sakit kena operation, rasa mcm dunia gelap seketika. Kerjaya hilang,tapi berkat kesabaran dan positif lalui dugaan tu, Allah gantikan dgn lain, hilang kerjaya tapi kasih syg keluarga kekuatan sy.Alhamdulillah semakin sihat. Gembira dapat tgk anak juga membesar depan mata. Allah tarik rezeki lama tapi gantikan rezeki yg baru. Perkara yg sy belajar jgn cepat mengeluh bila di uji. Dia nk beri yg lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... semoga tabah selalu yer... :-)

      Delete
  17. Allahu, kita kadnag ada rasa give up dan rasa hidup ni macam takde matlamat hidup. Tapi saya hapuskan rasa tersebut dan jadi orang yang lebih positif. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  18. Yer...kita kena sentiasa berfikir yg positif, walaupun hidup kita ini mcm roda yg sentiasa berpusing..paling utama sentiasa bertawakal kepada Allah swt berdoa semoga hidup kita sentiasa dilindungi

    ReplyDelete
  19. Thanks for the sharing, well we have to make the best choice for ourselves and work hard the rest is up to God.

    ReplyDelete
  20. entry yang bagus
    apa2pun sentiasa positif, berusaha, bersyukur dan tawakal :)

    ReplyDelete
  21. assalamua'alaikum.

    betul betul betul. buat je ape kite nak buat selagi iya nya bukan yang Allah larang. lagipun, kalau kita betul jaga hubungan kita dengan Dia, inshaa-Allah semua urusan kita memang akan Dia mudahkan. yang penting sentiase yakin dengan Dia :')

    btw, jemput bace new entry saya jom, boleh tinggal komen juga. thanks <3

    http://iamfieonafieridz.blogspot.my/2018/03/detik-kelahiran-bebii-nawrah-part-i.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg