Sis dah cuba menggunakan Rosken Skin Repair High Potency Vitamin E Cream selama 6 bulan. Ada pro and cons sepanjang penggunaan. Pada permulaannya, produk ini diperkenalkan oleh kawan sis. Dia cadangkan menggunakan jenama ini kerana dia dan kawannya telah mencubanya dan sangat bersesuaian dengan kulit mereka. Sis pun apa lagi, agak teruja jugak masa tu. Kebetulan pada masa tu sis memang tercari-cari produk yang boleh kurangkan sunburn. Kawan sis ni dia cadangkan untuk sis pakai yang ni. Yang warna oren ni, kerana kawan dia dulu pernah sunburn teruk dan warna kulit dia dah jadi oke balik setelah menggunakan produk ni secara rutin. Sis pun apa lagi, bila ada masa free tu pergilah mencari produk ni. So, macam biasa la sis akan baca depan belakang dulu. So agak puas hati la dengan penerangan tu, lebih kurang la dengan apa yang kawan sis explainkan. Lepastu sis beli lah memandangkan harganya pun harga mampu milik. Sis pun mula memakainya sebelum tidur. Krimnya s...
Sis sudah mencuba Aiken Tea Tree Oil Skin Care ni semenjak daripada zaman student lagi. Lepas tu, sis ada mencuba beberapa produk lain. Pada awalnya semuanya memberi kesan positif, kulit kelihatan lebih baik. Tetapi, lama kelamaan akibat daripada amalan yang suka bertukar produk ni menyebab kan sis berhadapan dengan masalah kulit. Jerawat muncul sedikit demi sedikit dan beterusan. Apabila jerawat muncul, macam biasa la kita orang perempuan ni memang tak dapat nak menahan perasan membuak-buak ini, memang rasa nak picit-picit dan nak hilangkan jerawat daripada bermastautin kat muka kita ni. Kalau boleh nak hilangkan dalam sekelip mata semua cela-cela tu. Samalah dengan sis, sis pun macam tu lah, konon-konon nak picit sikit-sikit jer.. Tapi lepas tu, sedar-sedar satu muka dah merah-merah dan bengkak. Lepastu menyesal berparut-parut pulak muka, asalnya jerawat tu tak de la obvious sangat kat muka, tapi lepas dah picit-picit muka dah bengkak-bengkak, sebatu pun boleh nampa...
Antara fungsi vitamin C adalah untuk mengelakkan penyakit skurvi. Selain itu Vitamin C bertindak untuk merangsang penghasilan kolagen di dalam badan kita dan bersifat anti oksidan. Kesannya kulit lambat kedut dan awet muda selalu. Antara fungsi lain adalah meningkatkan imuniti kita terhadap serangan virus seperti selesama. So kalau musim ramai yang selsema tu insya Allah susah nak jangkit kat kita. Berdasarkan pengalaman sendiri, aku memang pernah amalkan pengambilan vitamin C dan alhamdulillah jarang dijangkiti selesema. Kalau ada yang tanya betul ke Vitamin C ni boleh cerahkan kulit, itu aku tak pasti sebab sebelum amalkan Vitamin C color kulit macam sama jer & muka still ada belang-belang lagi bahagian muka yang terdedah dengan cahaya matahari tu gelap sikit berbading tepi muka yang tertutup dengan tudung. Atau pun mungkin bergantung pada diri masing-masing jugak kot. Antara sebab aku amalkan Vitamin C ialah sebab kulit aku mudah sangat luka, seja...
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)