Baca doa ini setiap kali ingin melakukan sesuatu perkara

Mulakan sesuatu perkara dengan membaca surah al-Fatihah semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat redha dan kasih sayang daripda-Nya. Semoga kita dikurniakan ilham dan petunjuk dari-Nya. Semoga bacaan ini menjadi perisai dan mencegah diri kita daripada melakukan kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Dalam kita tidak sedar, banyak perkara yang kita lakukan kadang-kadang terpesong daripada tujuan asal. Semoga dengan amalan membaca surah al-Fatihah ini Allah mengangkat amalan kita, dan sentiasa memberikan pertolongan agar kita tetap berada di jalan yang lurus. Semoga amalan ini dapat mengubah diri kita menjadi hamba yang lebih baik dan sentiasa berbaik sangka dengan takdir Allah. Jika kita melakukan sesuatu ikhlas kerananya pastinya kita akan berasa gembira dan tidak mudah putus asa dengan ujian yang diberikan olehnya kerana kita yakin nikmat dan ujian kedua-duanya datang daripadanya. Al Fatihah itu juga adalah penawar. Disaat anda dilanda kebuntu...