Berdoalah untuk mohon petunjuk

Dalam banyak keadaan kita memerlukan petunjuk Allah terutamanya dalam membuat keputusan yang penting. Setiap kali ingin membuat sebarang keputusan mohonlah petunjuk daripadanya agar keputusan yang dibuat diberkati dan terhidar daripada kemungkaran-Nya.




Allah SWT itu sesungguhnya Tuhan sekalian alam dan sesungguhnya kekuasaan-Nya itu melebihi apa yang ada di langit dan bumi. Tiada 1 kuasa pun di dunia ini yang mampu menandingi kebesaran Allah.


Kita sebagai hamba-Nya hanyalah makluk yang lemah dan tiada apa-apa melainkan pinjaman nikmat yang Dia kurniakan. Sesungguhnya kita hanyalah manusia yang hina. Walaubagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu amatlah besar, pohonlah keampunan daripada-Nya semoga Dia memberikan keampunan terhadap dosa yang telah kita lakukan.




Antara faktor lain yang mempengaruhi doa kita adalah keikhlasan hati. Berdoalah dengan hati yang ikhlas dan tanpa sebarang dendam. Berdoalah dan mohonlah kebaikan untuk diri kita dan sesama saudara Islam, mudah-mudahan doa kita diangkat dan dimakbulkan. 


Kita haruslah yakin bahawa Allah itu akan memakbulkan doa kita. Cepat mahupun lambat itu adalah perancang-Nya. Ingatlah manusia hanya merancang dengan cita-cita. Tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya. Boleh jadi Allah menangguhkan sesuatu itu adalah lebih baik dan menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah dan meletakkan pergantungan kita hanya kepada Allah. 


Boleh jadi jika doa kita di makbul kan dengan mudah kita mungkin menjadi seorang yang angkuh dan sombong. Mungkin kita bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara kerana yakin kita mampu melaksanakan sesuatu perkara kerana kemampuan diri kita sendiri tanpa menyedari bahawa semua itu berlaku dengan izin-Nya. Didiklah hati untuk berbaik sangka dan sentiasa mohon petunjuk daripadanya. 

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg