Posts

Showing posts with the label doa

Baca doa ini setiap kali ingin melakukan sesuatu perkara

Image
Mulakan sesuatu perkara dengan membaca surah al-Fatihah semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat redha dan kasih sayang daripda-Nya. Semoga kita dikurniakan ilham dan petunjuk dari-Nya. Semoga bacaan ini menjadi perisai dan mencegah diri kita daripada melakukan kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Dalam kita tidak sedar, banyak perkara yang kita lakukan kadang-kadang terpesong daripada tujuan asal. Semoga dengan amalan membaca surah al-Fatihah ini Allah mengangkat amalan kita, dan sentiasa memberikan pertolongan agar kita tetap berada di jalan yang lurus. Semoga amalan ini dapat mengubah diri kita menjadi hamba yang lebih baik dan sentiasa berbaik sangka dengan takdir Allah. Jika kita melakukan sesuatu ikhlas kerananya pastinya kita akan berasa gembira dan tidak mudah putus asa dengan ujian yang diberikan olehnya kerana kita yakin nikmat dan ujian kedua-duanya datang daripadanya. Al Fatihah itu juga adalah penawar. Disaat  anda dilanda kebuntu...

Doa sebelum dan selepas membaca al Quran

Image
Sebelum membaca al-Quran atau hendak menuntut ilmu, disarankan untuk membaca dan mengamalkan doa berikut: Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ….diikuti dengan: yang bermaksud: “Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.”  Doa Setelah selesai membaca al-Quran: بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Ertinya: “Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam.” Doa ini biasa di baca selepas membaca al-Quran me...

Disaat buntu amalkan lah amalan ini semoga Allah memberikan kita jalan.

Image
Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada ujian kehidupan. Setiap daripada akan menerima ujian yang berbeza-beza. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, tidak akan ditimpa ujian kepada hamba-Nya itu malainkan bersesuaian dengan kemampuan hambanya. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah dan kita dianugerahkan akal supaya kita tidak hanya mengikut kemahuan hati semata-mata tetapi berfikir dengan pertimbangan akal yang waras. Walau apa pun yang terjadi, samada baik atau buruk pasti ada sebabnya dan yakinlah dengan kekuasaan Allah. Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi dan diciptakan untuk menjalankan ibadat kepada-Nya. Ingatlah bahawa Allah itu maha melihat akan keadaan hamba-Nya. Sekiranya Dia mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku, Dia juga mampu mengubah apa sahaja keadaan mengikut kehendaknya. Maka berdoalah dan mintalah kepada-Nya jalan untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda. Sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa dan tiada apa yang ada di d...

Berdoalah untuk mohon petunjuk

Image
Dalam banyak keadaan kita memerlukan petunjuk Allah terutamanya dalam membuat keputusan yang penting. Setiap kali ingin membuat sebarang keputusan mohonlah petunjuk daripadanya agar keputusan yang dibuat diberkati dan terhidar daripada kemungkaran-Nya. Allah SWT itu sesungguhnya Tuhan sekalian alam dan sesungguhnya kekuasaan-Nya itu melebihi apa yang ada di langit dan bumi. Tiada 1 kuasa pun di dunia ini yang mampu menandingi kebesaran Allah. Kita sebagai hamba-Nya hanyalah makluk yang lemah dan tiada apa-apa melainkan pinjaman nikmat yang Dia kurniakan. Sesungguhnya kita hanyalah manusia yang hina. Walaubagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu amatlah besar, pohonlah keampunan daripada-Nya semoga Dia memberikan keampunan terhadap dosa yang telah kita lakukan. Antara faktor lain yang mempengaruhi doa kita adalah keikhlasan hati. Berdoalah dengan hati yang ikhlas dan tanpa sebarang dendam. Berdoalah dan mohonlah kebaikan untuk diri kita dan sesama sa...

Takdir & Pilihan

Image
Setiap manusia dikurniakan ruang dan peluang. Kita boleh memilih untuk menulis jalan hidup kita sendiri, kerana kebanyakkan apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil daripada pilihan kita sendiri. Sekiranya kita memilih untuk mendapatkan sesuatu dengan cara berusaha bersungguh-sungguh insya Allah kita akan berjaya memilikinya kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang berusaha untuk mengubahnya sendiri. Pokoknya kita perlu berusaha. Insya Allah sekiranya usaha itu dilakukan dengan ikhlas insya Allah diizinkan-Nya tetapi sekiranya Dia tidak menginzinkannya terjadi maka bersabarlah mungkin itu bukan yang terbaik buat dirimu. Dia lebih mengenali hambanya, dan ingat lah manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah  merancang dengan cinta-Nya. Sekiranya kita malas dan cepat putus asa, kita bukanlah berada di jalan yang betul untuk mencapai cita-cita kita, tetapi sekadar berangan-angan kosong sahaja. Kita sering mendambakan apa yang ora...

Doa Memohon Ampun Dan Rahmat Allah

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ Ertinya: “ Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. ” رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Ertinya: “ Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka. ” رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ Ertinya: “ Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman; “Ber...

Doa Kepada Orang Yang Berbuat Baik Kepada Kita

حَفِظَكَ اللهُ وَجَزَاكَ خَيْرً Ertinya: “Semoga Allah memeliharamu dan memberimu pembalasan yang baik kepadamu.” Doa ini boleh dibaca bila mana ada orang yang memberikan pertolongan kepada kita. Sebagai tanda syukur dan menghargai pertolongan tersebut doakanlah kebaikan kepada mereka.  Mudah-mudahan urusannya dipermudahkan Allah.

Doa Ketika Sakit Mata

شِفَاءُ كُلِّ دَاءٍ بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن Ertinya: "Ubat dari segala penyakit. Dengan rahmat-Mu Wahai dzat Yang Paling Penyayang dari semua yang penyayang." Itulah  bacaan doa ketika sakit mata  yang bisa kita amalkan. Semoga dengan usaha serta doa kita untuk mengubati penyakit yang ada pada diri kita, Allah SWT segera memberikan kesembuhan kepada penyakit-penyakit yang ada. Amin, dan selalu diberi kesihatan oleh-Nya baik kesihatan jasmani dan rohani. 

Doa Mohon Dijauhi Daripada Musibah

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Ertinya: "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan ada berbahaya sesutu yang ada di bimu atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Itulah  Doa Supaya Terhindar dari Musibah yang Datang Secara Tiba-tiba  yang patut kita amalkan setiap hari. Perlu diketahui, Rasulullah SAW menganjurkan agar doa tersebut diatas dibaca sebanyak tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang, maka orang itu akan terhindar daripada terkena musibah yang datang secara tiba-tiba dengan izin-Nya.

Doa Sebelum Tidur dan Bangun Daripada Tidur

Dengan membaca doa tidur ini, Semoga Allah melindungi tidur kita.  بِسْمِكَ اللّهُمَّ اَحْيَا وَاَمُوْتُ Ertinya: " Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan aku mati "

Doa Diberikan Ketetapan Iman

يَـــامُـقَلِّبَ الْـقُلُـــــــــــوْبِ، ثَـبِّتْ قَـلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ Ertinya:   “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agama-Mu.” ( H.R. At-Tirmidzi, Ahmad, dan al-Hakim )

Doa Dimudahkan Urusan

Image
Ertinya:  "Ya Allah ya Tuhanku, tiada kemudahan kecuali yang Engkau menjadikannya mudah. Dan engkau yang menjadikan kesusahan itu mudah apabila Engkau mengkehendakinya."

Doa Agar Diberikan Ilmu Yang Bermanfaat

اَللَّهُمَّ انْفَعْنِي بِـمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي، وَزِدْنِي عِلْمًا Ertinya:  “Ya Allah, berikanlah manfaat kepadaku atas apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah kepadaku apa yang bermanfaat bagiku, serta tambahkanlah ilmu kepadaku.” اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً Ertinya:  “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizki yang baik, dan amal yang diterima.” اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَأَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمًا لاَ يَنْفَعُ Ertinya:  “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, dan aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat.”