Baca doa ini setiap kali ingin melakukan sesuatu perkara

Mulakan sesuatu perkara dengan membaca surah al-Fatihah semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat redha dan kasih sayang daripda-Nya. Semoga kita dikurniakan ilham dan petunjuk dari-Nya.




Semoga bacaan ini menjadi perisai dan mencegah diri kita daripada melakukan kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Dalam kita tidak sedar, banyak perkara yang kita lakukan kadang-kadang terpesong daripada tujuan asal. Semoga dengan amalan membaca surah al-Fatihah ini Allah mengangkat amalan kita, dan sentiasa memberikan pertolongan agar kita tetap berada di jalan yang lurus.




Semoga amalan ini dapat mengubah diri kita menjadi hamba yang lebih baik dan sentiasa berbaik sangka dengan takdir Allah. Jika kita melakukan sesuatu ikhlas kerananya pastinya kita akan berasa gembira dan tidak mudah putus asa dengan ujian yang diberikan olehnya kerana kita yakin nikmat dan ujian kedua-duanya datang daripadanya.


Al Fatihah itu juga adalah penawar. Disaat  anda dilanda kebuntuan, andai anda tidak pandai untuk membaca surah lain atau tidak menghafal surah-surah lain, bacalah al-Fatihah berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Semoga ia menjadi penawar kepada diri anda. Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat semakin dibaca, jiwa kita akan cenderung untuk berasa lebih tenang. Semoga Allah meringankan kesulitan yang kita hadapi. 





Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg