You Tube dan Google Adsense

Kita selalu dengar, ada diantara kita mencari pendapatan sampingan menerusi 'platform' You Tube.


You Tube memberikan ruang kepada mereka yang kreatif dalam menghasilkan video-video yang menarik untuk memperkembangkan bakat mereka dan menjadikan penghasilan video tersebut satu cabang untuk mendapatkan 'site income'.


Selain perlu menyediakan video yang berkualiti, para you tuber jugak harus menitik beratkan  perihal 'content'. 'Content' haruslah berrmanfaat dan berinformatif supaya video tersebut mendapat sambutan daripada golongan yang disasarkan.


Untuk mendapatkan 'site income' menerusi 'platform you tube' ini mempunyai terma dan syaratnya yang tersendiri. Anda perlulah mumuat naik video-video yang telah anda edit ke platform 'you tube' anda dan jangan lupa untuk mendaftar 'Google Adsense'.





Untuk Google Adsense ni selain mendaftar anda haruslah aktif dan mempunyai sekurang- kurangnya 1000 'subscribers' dan 4000 jam jumlah masa tontonan dalam tempoh 12 bulan barulah anda layak untuk aktifkan Akaun Google Adsense atau dengan kata lain akaun anda akan mula aktif untuk 'generate site income' tersebut.


Untuk mendapatkan 'site income' menerusi 'platfotm youtube' ini bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil. Ia memerlukan anda mempunyai kesabaran dan usaha keras dalam menghasilkan video menarik berinformatif dan bersesuaian dengan 'target' anda.


Sebagai permulaan janganlah anda terlalu taksub untuk mengejar 'income' tersebut kerana anda mungkin akan berasa putus asa, kerana hal ini memerlukan anda untuk berusaha secara konsisten dalam suatu tempoh masa. Usahakan untuk menghasilkan 'content' yang bersesuaian dengan diri anda supaya mudah untuk anda hasilkan video-video yang menarik. 





Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg