Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya majikan tidak adil?

Ramai diantara kita yang kurang bernasib baik mendapat majikan yang gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengadili hak pekerja. Jangan risau, undang-undang tersedia untuk membela nasib mereka yang teraniaya dan jangan risau seandainya undang-undang dunia tidak berpihak kepada anda, mahkamah akhirat menanti anda untuk dibicarakan.





Usah terpedaya dengan ugutan atau gertakan pegawai atasan anda yang gagal menjalankan tugas dengan baik dan mebebankan anda dengan tugasan kerja yang tidak berkaitan dan kadang  kala tidak masuk di akal. 


Konsep kerja adalah melibatkan kontrak yang dipersetujui dua pihak, iaitu majikan dan pekerja. Seringkali kontrak tersebut akan berpihak kepada majikan sekitanya kontrak itu diciptakan untuk tujuan mengaut keuntungan dunia semata-mata yang mana akhirnya, tidaklah menguntungkan tetapi menganiaya pekerja yang tidak bersalah.




Seringkali kontrak diubah suai berdasarkan keperluan syarikat semata-mata, tanpa mengira apakah wajar upah yang diberikan dengan kehendak kerja yang  tertulis pada kontrak dengan hakikat kerja yang dilakukan oleh pekerja. Majikan yang tidak bertimbang rasa pastinya akan membebankan pekerja dengan menyuruh mereka melakukan kerja yang tidak sepatutnya.




Apakah yang perlu kita lakukan sekiranya berhadapan dengan majikan sebegini? Langkah pertama suarakan hak anda menerusi cabang-cabang yang anda contohnya merujuk kepada pihak sumber manusia. Kadang kala pihak di bahagian sumber manusia juga gagal menjalankan tugas mereka, merekalah yang di amanahkan menjaga hak pekerja dan mengawasi prestasi pekerja. Tetapi, Kadang-kadang merekalah orang pertama yang akan menyalahgunakan kuasa yang ada, dengan tidak melaksanakan tugas, gagal memahami skop kerja pekerja, tidak mempunyai ilmu yang luas terhadap bidang kerja yang lain dan mereka jugalah yang sering curi tulang dan sering mengambil kesempatan disaat ketiadaan majikan. 


Sekiranya, masih gagal mendapatkan hak anda, teruskan berjumpa dengan lapisan berikutnya dan sekiranya hak anda masih tidak diadili dengan sebaiknya, anda berhak untuk membuat laporan ke pejabat buruh. Mereka akan membuat siasatan dan mereka adalah golongan profesional yang akan mengadili kes anda. 


Siasatan akan di jalankan, anda dan pihak majikan akan dipanggil. Mereka akan mengadili kes anda. Tetapi anda perlulah bersedia dengan bukti dan hujah anda, sekiranya anda tidak ada persediaan dalam membuktikan salah laku atau ketidak adilan majikan anda, anda akan merumitkan keadaan dan akan memanjangkan proses pengadilan dan siasatan.





Banyak kes yang boleh dirujuk kepada pejabat buruh seperti majikan lambat membayar gaji, majikan membayar kos upah yang tidak sepatutnya, atau melakukan pemotongan gaji secara tidak berasas,  skop kerja yang tidak bersesuaian dengan upah dan jawatan, diberhentikan tanpa alasan yang munasabah dan lain-lain lagi.





Ketahuilah hak anda dan jangan biarkan diri anda ditindas oleh majikan atau pihak pengurusan yang tidak adil. Apabila kita melakukan pekerjaan dengan baik kita berhak mendapat upah atau ganjaran yang setimpal. 





Usahlah berlengah, dan bersegeralah menegakkan hak anda. Usah tertipu dengan sandiwara pihak pengurusan anda yang jelas tidak adil dan tidak mahu menjalankan tugas dengan baik. Usah memandang usaha anda untuk mengadili hak anda sebagai hal yang remeh, usaha anda ini mungkin akan membuka mata banyak pihak dan mungkin memberikan perubahan besar kepada hidup orang lain yang berhadapan dengan masalah yang sama. Semoga kita semua dapat berkerja dengan baik dan memberikan servis dan mutu kerja yang baik daripada pihak kita kepada majikan dan majikan turut melunaskan hak - hak yang sepatutnya  diberikan kepada setiap pekerja mereka. 

Comments

  1. Betul, jika majikan enggan bayar gaji dalam tempoh PKP ni, boleh buat aduan...moga terbela nasib semua pekerja..

    ReplyDelete
  2. Kebiasaanya mengadu di pejabat Buruh sahajalah. Atau minta pandangan dari yang lebih pakar.

    ReplyDelete
  3. Memang ada Jabatan Buruh utk pekerja mengadu cuma mahu tidak mahu je ambil tindakan. Terpulang pd hati masing2.

    ReplyDelete
  4. Memang banyak majikan yg x nak byr masa tempoh pkp nie...ada yg bagi.alasan mcm2..eloklah buat report di pejabat buruh aje

    ReplyDelete
  5. Majikan pun terkesan dengan keadaan #MCO. Nak tolak ansur, kita pun sesak nak pakai duit. Kena cekal hati untuk lakukan aduan. Harap tiada pergaduhan. Selesai dengan cara baik. Professional.

    ReplyDelete
  6. Oh nice info.. I tak bekerja jadi 0 pengalaman pasal bos tidak adil ni.. dulu pernah bekerja tapi tak lama husband suruh berhenti sebab kontrak dia sangat bias hahahah

    ReplyDelete
  7. Nasib sebagai pekerja adalah sangat terbela. Cuma kekadang pekerja yang tidak mengetahui hak memasing. Thanks sebab share info penting ini

    ReplyDelete
  8. Macam2 kesan drod covid19 ni. Moga semua urusan kita dipermudahkan

    ReplyDelete
  9. Kalau ade majikan yg xnk bayar gaji, bettr pergi terus ke pjbat buruh dan buat aduan. Kesian nasib pkrja klu xdibayar gji mcm mna mereka nk truskan khidupan seharian??

    ReplyDelete
  10. Ada jugak dengar kes ang majikan tak berlaku adil dan sebagainya. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  11. adat bekerja dengan orang kan, ada rezeki kita dapat majikan yang baik, begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  12. banyak jugak isu isu penting dapat kita belajar sepanjang tempoh PKP ni ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg