Blog, Website dan Google Adsense

Selain daripada You Tube Channel, antara platform lain yang membolehkan kita mencari pendapatan sampingan adalah menerusi laman blog. Sesiapa yang gemar menulis atau mengarang boleh menggunakan blog anda untuk mendapatkan income sampingan.




Sepertimana You Tube Channel, blog juga memerlukan anda menjaga kualiti content supaya dapat menarik orang ramai ke blog anda. Penulisan haruslah bersesuaian dengan target sasaran anda. Cari content yang bersesuaian supaya mereka akan berulang kali ke blog anda untuk membaca penulisan anda.


Pastikan blog anda mempunyai kandungan yang berinformatif dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Seandainya anda mampu menghasilkan content yang menarik, maka peluang untuk menarik trafik ke blog anda akan semakin tinggi.


Jadikan ruangan blog anda sebagai ruangan ilmu untuk pembaca anda, mereka akan berasa tertarik dengan ilmu-ilmu baru yang anda sampaikan. Cara penyampaian bergantung kepada anda sendiri samada secara santai atau apa sahaja yang anda rasa bersesuaian dan paling penting bersesuaian dengan target anda. 





Untuk mempunyai account adsense anda haruslah mempunya google account.  Kedua, anda haruslah mempunyai blog anda sendiri. Yang ketiga sediakan ruangan yang bersesuaian untuk menempatkan iklan setelah akaun adsense diluluskan. Berikut adalah cara untuk anda aktifkan Google Adsense pada blog atau website anda:






Perlu diingatkan, ini bukanlah satu jalan yang mudah, tetapi berbaloi untuk anda sekiranya anda sememangnya seorang yang gemar menulis dan ingin berkongsi sesuatu dengan ramai orang menerusi penulisan anda. Anda perlu untuk berusaha keras dan mngekalkan mutu dan kualiti kandungan penulisan anda. Ramai yang telah mencuba tetapi kecundang di tengah jalan kerana, terlalu fokus dalam usaha mendapatkan pendapatan semata-mata, tetapi gagal dalam memberikan kualiti penulisan yang baik. 



Kandungan blog tersangatlah penting kerana ia adalah faktor utama yang akan menarik trafik ke blog anda, semakin tinggi jumlah trafik semakin tinggi peluang anda untuk mendapat jumlah iklan yang di klik di blog anda. Tanpa trafik yang konsisten mana mungkin anda mampu untuk meraih pendapatan yang diinginkan. 



Dalam hidup ini, banyak perkara memerlukan usaha, dan terpulang pada diri masing-masing untuk melaksanakannya. Tak ada perkara yang mudah, ianya akan menjadi mudah setelah  anda berusaha keras dan tidak pernah berputus asa. Teapi sekiranya anda seorang yang cekal, teruskan berusaha, cari ilmu yang bermanfaat dan sentiasa bersedia untuk berubah kearah yang lebih baik insya Allah anda akan terdorong untuk lebih kuat untuk berusaha. 










Comments