Mencari Redha Allah



Hidup kita akan menjadi sangat indah sekiranya kita mendapat redha daripada Allah. Tiada apa yang paling membahagiakan di dunia ini melainkan mendapat kasih sayang dan limpahan rahmat daripada Allah.


Kadang kala kita terlalu membesar-besarkan makluk daripada Sang Pencipta dan akhirnya kerana makluk jua kita akan merintih kekecewaan. Makluk hanyalah perantara di antara kita dengan Pencipta. Yakinlah semua yang kita miliki adalah milik Allah dan kita hanya diberikan pinjaman sementara sahaja, dan bila-bila masa sahaja Dia boleh mengambil pinjaman tersebut tanpa mengira keadaan dan waktu.




Usahlah terlalu meletakkan rasa kebergantungan dengan manusia, sesungguhnya Allah itu ada. Allah itu boleh menukarkan duka kepada suka, sengsara kepada bahagia, susah kepada senang dan apa sahaja yang diinginkanNya. Mohonlah kepadaNya segala hajat dan keinginan. Dan redhalah dengan pemberiNya kerana dia hanya memberikan yang terbaik untuk hambaNya.


Carilah redha Allah dan patuhlah pada syariaat agama. Itu adalah pintu menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat. Peliharalah akhlak dan tingkah laku. Jagalah amanah sebaik-baiknya, semoga Allah menjaga dirimu. Jangan sesekali menyalahgunakan kelebihan yang ada sehingga mengabaikan hak orang lain. Jangan sesekali menzalimi orang lain, kerana Allah adalah sebaik-baik Penolong dan dia Maha Mendengar akan doa hamba-Nya dan sentiasa ada bersama hamba-Nya yang teraniaya.




Tidak ada apa yang kita miliki melainkan diizinkan oleh pemilik yang hakiki. Jika Allah berkehendakkan sesuatu hal maka dengan kekuasaan-Nya pasti hal itu akan terjadi. Dia boleh mengambil segala apa yang milik-Nya dan dia jugalah yang Maha Kaya dan Maha Memberikan apa sahaja mengikut kehendaknya. Akhlak yang terpuji dan patuh syariaat Allah pasti menjadikan kehidupan lebih bersyukur dan berasa cukup dan bahagia dengan takdir Allah.





Tiada duka yang abadi didunia

Tiada sepi merantaimu selamanya

Malam kan berakhir hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring

Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu

Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari

Bunga yang mekar akan layu akan mati

Malam kan berakhir hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg