Pengeluaran wang RM500 sebulan daripada akaun 2 KWSP

Perdana Menteri telah membuat pengumunan, pemilik akaun KWSP boleh mengeluarkan  wang simpanan menerusi program i-lestari maksimum sebanyak RM500 sebulan menerusi akaun 2.

Pengeluaran dibenarkan dibuat oleh pemilik akaun berusia 55 tahun ke bawah di dalam tempoh 12 bulan. Rakyat boleh membuat pemprosesan melalui kemudahan i-lestari. 

Permohonan ini boleh dibuat bermula 1 April 2020. Ini adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi dan bantuan rakyat semoga bebanan yang ditanggung oleh sebahagian rakyat dapat diringankan.



Comments