CINTA KEPADA RASULULLAH

Cinta itu adalah rasa kasih dah sayang terhadap sesuatu. Bila adanya rasa cinta itu, maka terbitlah rasa rindu. Cinta membuatkan yang lemah menjadi kuat, yang lara menjadi gembira, yang berat menjadi ringan.


Betapa rasa cinta itu mampu mengubah hati seseorang menjadikan seseorang itu taat dan patuh. Apabila lahirnya rasa cinta pasti kita akan mengulang dan membenarkan kata-kata yang dicintai.


Begitulah jua cinta diantara ummat dan Rasulullah. Andai kita mencintai Rasulullah, pasti kita ingin bertemu dengannya. Walaupun tidak pernah melihatnya, tetapi kerana cinta kepada ajarannya kita berasa sangat rindu untuk bertemu dengannya. 


Untuk bertemu dengannya kita haruslah berusaha mengamalkan sunnahnya dan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Semoga selawat kita menjadi bukti cinta kepadanya dan semoga memperolehi syafaat daripadanya. 





Pintu kematian adalah salah satu pintu yang perlu kita tempuhi di dalam usaha kita untuk bertemu Rasulullah. Tetapi apakah persedian kita menuju ke arahnya itu, apakah kita bersedia dengan mengamalkan sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah? Apakah kita benar-benar menghayati al Quran dan maksudnya?



Ya Allah, andai dihitung segala amalan, tidak termampu rasanya untuk kita mengejar cinta Rasulullah. Rasa tidak layak untuk dibandingkan dengan orang lain yang berlumba-lumba untuk bertemu dengan Nabi Allah itu. Semoga kita terus kuat untuk istiqamah dan diberikan taufik dan hidayat dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga rasa cinta terhadap Allah dan Rasulullah semakin besar dan usaha kita untuk menjadi ummat dan hamba yang terbaik diberikan jalan dan dipermudahkan.



Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg