Simptom COVID19

Seluruh rakyat Malaysia perlu berkerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk membendung peyebaran Virus Corona. Masing-masing haruslah mengambil langkah untuk berada di rumah masing-masing dan mengawasi pergerakan seisi rumah bagi mengurangkan risiko dijangkiti dan menjangkiti.



Sekiranya bekalan hampir terputus, wakil atau ketua keluarga bolehlah keluar membeli bekalan makanan untuk ahli keluarga. Hanya satu orang sahaja dibenarkan untuk keluar membeli bekalan makanan. Anggota polis akan menahan dan mengeluarkan saman kepada rakyat yang ingkar. 






Selain itu, sewaktu keluar anda dikehendaki memakai 'mask', dan menjaga jarak anda dengan satu sama lain untuk mengelakkan risiko dijangkiti virus tersebut. Belilah barang secepat mungkin dan segera keluar daripada pasar raya dan terus pulang semula setelah selesai melakukan pembelian barang bekalan.


Setelah tiba di rumah, disarankan untuk anda terus membersihkan diri. Pakaian terus direndam di dalam air yang mengandungi sabun dan anda juga dikendaki terus mandi dan membersihkan diri. Janganlah anda pulang dan terus bermain dengan anak kecil atau bersalaman dengan seisi rumah. 



Pastikan seisi keluarga sentiasa berada di dalam rumah. Sekiranya dalam masa 1- 14 hari terdapat gejala seperti demam, batuk, sesak nafas boleh lah segera ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Sekiranya hanya lah simptom yang sedikit sahaja dan tidak memerlukan rawatan di hospital elakkan ke sana kerana risiko untuk anda yang negative untuk dijangkiti adalah tinggi.




Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg