Terkena minyak panas dan apa nak buat lepas tu???

Apabila terkena sesuatu yang panas, kulit kita boleh menjadi melecur atau terbakar bergantung pada tahap kepanasan itu sendiri. Sekiranya terkena bahan panas pada suhu sekitar 60 darjah celcius kebiasaanya tidak meninggalkan parut kekal. Tetapi sekiranya suhu melebihi 90 darjah celcius tu berkemungkinan tinggi untuk meninggalkan parut kekal. Ada sesetengah keadaan sekiranya terlalu teruk boleh mengakibatkan kehilangan fungsi.





So apa perkara yang perlu dibuat sebaik sahaja terkena minyak panas ni? pertama sekali adalah kawal diri dan jangan 'panic'. Antara kaedah yang sering dicadangkan adalah alirkan air ke bahagian badan yang terkena tu,  gunakan air paip atau air bersih, kalau dah tak ada dua sumber tersebut, boleh gunakan air botol sebagai alternatif. Kemudian balutkan dengan kain kasa. Selepas itu mintalah bantuan daripada rakan atau ahli keluarga untuk dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.


Sekiranya tiada rakan atau ahli keluarga pada waktu itu, apakah yang korang ingin lakukan? Mesti korang tak terfikir pun hal ni kan. Aku pun macam tu jugak. Aku bukan lah orang yang arif untuk mengulas perkara ini, tetapi aku ingin kongsikan beberapa perkara berdasarkan pengalaman aku sendiri yang mana aku pernah terkena minyak panas dan aku sendirian pada masa kejadian tersebut. 


Kejadian tersebut berlaku di pagi hari sekitar 6.30 a.m. Sebaik sahaja selesai memasak, aku pun terus lah nak kemas dapur, sebab kejap lagi aku dah nak pergi kerja dan aku tak suka nak tinggalkan dapur dalam keadaan bersepah. Sekurang-kuranya bila dapur dan kemas, balik kerja nanti tak ada la terasa penatnya nak mengemas dapur.




Malang sememangnya tak berbau, dan hari ni aku mencipta sejarah baru dalam kamus hidup aku. Sewaktu proses nak mengemas dapur tu, aku menggunakan tangan kiri untuk memegang bekas minyak panas, dan aku bukanlah seorang yang kidal, jadi memegang menggunakan tangan kiri membuatkan aku berasa sedikit kekok.


Kejadian tersebut berlaku apabila aku hendak mengalihkan bekas minyak panas tersebut, dan aku seolah-olah tak dapat nak 'balance' kan tangan aku tu, bekas  minyak panas tu terpusing sedikit dan terus tumpah kat bahahagian tangan. Bayangkanlah minyak baru digunakan untuk memasak tu terus tersiram kat tangan aku. 'Seriously' aku terkejut dan cuba tenangkan diri. 


'First thing' yang aku teringat masa tu adalah pesanan kakak aku. Kakak aku pernah cakap ada orang bagi dia petua, kalau terkena benda panas cepat-cepat ambil garam dan lumurkan pada tempat yang berkenaan. Dan dia sendiri pernah terkena benda panas dan dia cakap cara tu boleh elakkan kulit melecur. Masa tu, aku tak ada la tanya dengan detail berkenaan cara-cara nak sapu atau garam jenis apa yang kena sapu tu kan. So bila dah jadi macam ni di pagi hari, aku memang tak ada terfikir nak ganggu orang lain di waktu-waktu macam  ni. 




So, ikhtiar aku masa kejadian tu, aku memang tak ada simpan banyak jenis garam, aku hanya ada garam bukit je yang aku gunakan untuk masak. Garam bukit ni warna dia macam 'pink' sikit tapi tak de la 'pink' sangat. Kalau korang nak nak beli, boleh 'refer' pada bungkusan plastik tu memang ada tulis perkataan tu, kalau tak aku pun tak tahu la yang yang dalam bungkusan tu sejenis garam. 'Okay, back to the topic', memandangkan itu je garam yang aku ada, aku ambil garam tu dan aku sapukan pada tangan aku yang terkena tu dan sambil aku sapu tu aku baca doa Nabi Ibrahim yang mana Allah turunkan ayat tersebut sebagai mukjizat untuk Nabi Ibrahim untuk menyelamatkan diri baginda daripada api yang panas membakar.





Aku hanyalah manusia biasa yang hanya mampu berikhtiar je. Aku mampu doa je masa itu. Dan waktu tu tangan aku dah 'start' berdenyut dan bengkak kemerahan. Keadaan masa tu menyukarkan aku untuk terus ke klinik. Untuk ke klinik pastinya aku perlu menukar pakaian terlebih dahulu, tetapi memandangkan keadaan tangan yang semakin bengkak pastinya aku akan berasa sakit yang amat untuk aku menukar pakaian.


Selain daripada tu, aku tak mungkin mampu untuk 'drive' ke klinik, aku seorang yang rabun, sewaktu di luar aku lebih selesa menggunakan 'contact lense'. Tapi waktu kejadian tersebut aku memakai cermin mata, dan itu sangat merisiko kan diri aku untuk aku memandu dalam keadaan tangan yang sakit dan penglihatan yang tak berapa selesa. Tambahan pula waktu kejadian sekitar 6.30 a.m., keadaan jalan raya pun masih gelap tika itu. Aku tidak mahu mengambil risiko untuk memandu dan aku fikir lebih baik aku tunggu sehingga hari sedikit cerah untuk aku ke klinik. Cuba bayangkan aku baru pindah ke rumah baru waktu tu, dan aku sendiri  tak pasti di mana klinik yang boleh aku dapatkan rawatan secepat mungkin. 


Waze?? Google Map?? yer sememangnya telefon aku ada 'apps' tersebut, tetapi sebelah tangan aku dah terkena minyak panas dan aku hanya sebelah tangan lagi di gunakan untuk memandu mana mungkin untuk aku nak berwaze. Aku jadi buntu bila melihat tangan semakin bengkak. 'As ussual' aku teringat talian hayat aku, mak aku!!. Aku terus 'call' dan ceritakan kisah tersebut dalam keadaan takut-takut dan sakit. Biasalah kaum ibu akan bertanya, dah letak ini ke? dah buat itu ke? Dan semua perkara yang mak aku sebut tu aku tak ada buat pun. Lepas tu mak aku suruh letak la minyak gamat, itu pun dah tinggal botol je. Mak aku suruh aku pergi ke klinik. Jadinya aku akur je lah sebab risau makin melarat. Dah la yang terkena tu tangan kiri. Aku tak boleh bayangkan betapa "complicated" nya hidup aku nanti.


So bila nak kena nak pergi klinik tu, aku pun tak pasti la kenapa lah kadang-kadang aku terbawa-bawa dengan 'habit' aku sendiri. Kalau orang lain, diorang dah terus segera bersiap pergi klinik, tapi aku dalam keadaan tangan yang sakit tu, aku boleh pilih baju apa nak pakai dan aku gosokkan baju, seluar dan tudung tersebut dengan gunakan sebelah tangan tu. Selesai semua tu, aku bersihkan lah garam yang aku sapu kat tangan tadi tu dengan menggunakan air paip.


Kemudian, aku bersiap-siap la nak ke klinik. Dalam masa yang singkat tu, aku perasan bengkak dah surut, kalau tadi, boleh dikatakan yang jari aku yang terkena tu semuanya bengkak kemerahan, tetapi sekarang hanya bahagian tertentu sahaja yang kemerahan. Tetapi rasa berdenyut masih berbaki lagi. Tetapi aku dah mula boleh tersenyum melihat keadaan tangan ku menjadi lebih baik.


Aku pun bersegeralah mencari klinik. Aku pun tak tahu la nak ke klinik yang mana, dan berpusing-pusing la mencari klinik, 'so last' sekali aku 'decide' untuk pergi ke klinik yang berhampiran dengan tempat kerja aku. Doktor memberikan aku ubat sapu dan ubat tahan sakit. Memandangkan bengkak pun dah surut, tak ada apa sangat yang doktor nak periksa. 


Daripada kejadian hari ni, aku belajar banyak perkara, 'first' kalau kita berpindah ke tempat baru, kita mesti mengambil tahu persekitaran kita, supaya bila berlaku kecemasan kita tahu ke mana yang kita hendak tuju. Berkenaan proses peyembuhan tu semuanya dengan izin Allah, sangat cepat. Aku tidak pasti kaedah yang aku gunakan tu berkesan atau di sebabkan berkatnya doa seorang ibu yang mendoakan anaknya supaya disembuhkan. Dan aku belajar supaya bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. 


Anggota badan kita yang sihat adalah nikmat besar yang Allah pinjamkan kepada kita. Selama ni, waktu sihat tak pernah pun rasa nak bersyukur ada anggota badan yang boleh berfungsi dengan baik. Tetapi hari ni, bila Allah tarik sedikit nikmat tersebut untuk satu jangka masa yang singkat je pun aku dah jadi tak keruan, baru aku sedar betapa besar dan banyaknya yang nikmat yang Allah dah berikan. Tetapi Alhamdulillah, Dia mengizinkan aku untuk disembuhkan dan memberikan semula nikmat tersebut kepada aku. Syukur sangat2.. Semoga kita sentiasa menjadi orang-orang yang beriman dan bersyukur. Semoga kita sentiasa diberikan taufik dan hidayah. Amin.

Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg