Alatan Renang Untuk Pemula
Dalam 'post' kali ini kita hendak bercerita tentang alatan renang. Sekiranya korang masih baru, korang akan berasa lebih yakin dan 'confident' untuk berenang sekiranya menggunakan alatan bantuan renang yang tertentu yang bersesuaian dengan keadaan anda.
Tidak semestinya anda memerlukan kesemua alatan tersebut. Ada juga yang belajar berenang tanpa sebarang alatan bantuan. Hal ini adalah bergantung kepada persediaan masing-masing. Tetapi sekiranya anda mengalami trauma dengan air, dengan bantuan alatan tersebut anda mungkin dapat mengembalikan keyakinan untuk belajar berenang.
Terdapat beberapa alatan renang yang dapat membantu mereka yang ingin mula belajar berenang dan antaranya adalah;
1) 'Swimming Suit' atau Pakaian Renang
Pilihlah pakaian renang yang bersesuaian supaya anda berasa selesa ketika berada di dalam air. Untuk pemula, anda perlulah berasa selesa ketika ingin memulakan sesi pembelanjaran supaya anda boleh belajar dengan selesa. Elakkan mngenakan pakaian yang pelik-pelik atau diperbuat daripada fabrik yang berat dan menyerap air yang banyak kerana ini akan menyebabkan anda akan berasa berat dan menyebabkan anda berasa cepat penat ketika melakukan pergerakan sewaktu di dalam air.
2) "Water Noodle' atau 'Swim Noodle'
Water noodle ni berperanan seperti pelampung, membantu anda untuk terapung sewaktu di dalam air. Anda hanya perlu berpaut padanya supaya anda tidak tenggelam ke dasar air. Selain itu anda jugak boleh melakukan latihan pergerakkan kaki di samping berpaut pada 'water noodle' ni.
3) 'Kickboard'
'Kickboard' diletakkan dibahagian hadapan dada. Membantu anda untuk belajar pelbagai teknik renangan. Ia juga bertindak seperti 'Water Noodle' yang mana akan membantu anda supaya tidak tenggelam ke dasar air.
4) Cap atau 'Topi Renang"
Untuk yang yang mempunya rambut panjang atau muslimah anda boleh memilik 'cap' yang bersesuaian untuk mengelakkan rambut anda daripada mengganggu proses pembelanjaran anda. Selain itu, dengan pemakaian 'cap' yang bersesuaian dapat mengurangkan kerosakkan rambut akibat daripada klorin.
5) 'Nose Clip'
Sesetengah pemula juga boleh menggunakan 'nose clip' untuk mengelakkan air masuk ke dalam hidung. Kebanyakkan mereka yang baru belajar berenang gagal mengawal pernafasan dan menyebabkan air masuk ke dalam hidup yang akan menyebabkan hidung berasa pedih dan menimbulkan rasa yang tidak selesa kepada diri mereka.
6) 'Ear Plug'
'Ear Plug' berperanan sperti 'nose clip' juga yang mana akan membantu mengelakkan air masuk ke dalam lubang telinga. Sesetengah pemula berasa takut untuk masuk kan kepala ke dalam air kerana berasa berdengun dan sering berasa risau air akan memasuki telinga mereka.
7) 'Goggle' atau kaca mata renang
Dengan bantuan 'goggle' anda berasa lebih selesa untuk membuka mata sewaktu di dalam air. Untuk belajar proses renangan yang baik anda perlulah mengamati setiap pergerakkan dengan baik supaya anda faham dan jelas dengan teknik yang di ajar.
Jadi, kepada pemula jangan tunggu lagi, dapatkan barang keperluan anda di kedai yang berhampiran anda. Semoga dengan adanya alat bantuan tersebut anda akan berasa lebih yakin dan dapat belajar dengan selamat.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)