EKZEMA SUKAR DIKAWAL DAN TERSEKSA KERANA EKZEMA
Ekzema adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gejala kekeringan dan keradangan kulit. Ia tidak hanya terjadi kepada golongan kanak-kanak sahaja, ia juga boleh terjadi kepada gologan remaja dan dewasa. Ekzema bukanlah penyakit kulit yang akan berjangkit tetapi ekzema boleh menyebabkan rasa yang tidak selesa kepada individu yang mengalaminya. Sekiranya ekzema dibiarkan tanpa rawatan yang betul, ia boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk. Ekzema sukar dirawat dan ada yang mengatakan bahawa ekzema tidak boleh dirawat sama sekali, namun begitu langkah pengawalan boleh diambil untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih serius yang mana mungkin boleh mengganggu aktiviti harian.
Ekzema boleh menyebkan rasa gatal yang teramat sangat dan kepada sesetengah individu yang mempunyai masalah ekzema yang serius akan merasa kulit mereka teramat gatal dan cenderung untuk menggaru tanpa mereka sedar terutamanya sewaktu mereka tidur. Untuk mereka yang mengalami masalah ekzema yang serius mereka mungkin menggaru secara berterusan dan menyebabkan kulit tercedera dan berdarah. Dan tidak hairan juga sekiranya mereka bangun daripada tidur terdapat tompokan darah pada cadar atau baju mereka.
Simptom dan kondisi ekzema mungkin berbeza untuk setiap pesakit. Ada yang terkena di bahgian badan yang tertentu sahaja. Kebiasaan kulit akan kekeringan dan berasa gatal, bengkak kemerahan dan kulit jugak kelihatan bersisik dan kasar. Sesetengah pengidap ekzema tersangat sensitif dengan penggunaan bahan kimia tertentu yang terdapat di dalam sabun pencuci pinggan. Mereka perlulah bijak memilih sabun yang tidak terlalu kuat. Ada sesetengah klinik ada menyediakan mandian yang mempunyai pH yang bersesuaian yang boleh digunakan oleh pesakit ekzema. Tetapi tindak balas sabun ini mungkin berbeza mengikut keadaan pesakit itu sendiri, ada yang sesuai dan ada yang tidak sesuai. Terdapat beberapa jenis ekzema;
- “Atopic dermatitis”: Keadaan kulit ini sering kali diwarisi secara genetik dan merupakan jenis ekzema yang paling lazim. Ruam kulit tersebut berlaku pada pipi, leher, siku, lipatan lutut, dan pergelangan kaki.
- “Irritant dermatitis”: Keadaan ini berlaku apabila kulit berulang kali terdedah kepada bahan pencuci yang berlebihan atau bahan toksik.
- “Allergic contact dermatitis”: Selepas pendedahan berulang kepada bahan yang sama, sistem imun badan menjadi aktif di tempat yang terdedah kepada bahan tersebut dan menghasilkan dermatitis. Contohnya alahan racun ivy.
- “Stasis dermatitis”: Ia biasanya berlaku kepada individu dengan kaki yang bengkak akibat peraliran darah yang lemah di urat kaki.
- Jangkitan kulat: Jangkitan ini menghasilkan corak yang serupa dengan jenis ekzema lain, tetapi terdapat jangkitan kulat apabila sampel kulit digambarkan di bawah mikroskop atau ditumbuhkan dalam bahan “culture”.
- “Scabies”: Scabies berpunca daripada jangkitan microorganisma yang dipanggil Sarcoptes scabiei. Simptom termasuk kegatalan kulit dan ruam yang kelihatan serupa dengan ekzema.
- “Pompholyx (dyshidrotic eczema)”: Penyakit kulit yang biasa dijumpai tetapi kurang difahami. Keadaan kulit ini menjejaskan tangan serta kaki dan menghasilkan ruam gatal berbentuk lepuh kecil (“vesicles”) pada jari tangan atau kaki dan telapak tangan atau tapak kaki.
- “Lichen simplex chronicus”: Ia menghasilkan plak kulit yang tebal yang biasa dijumpai pada bahagian hadapan kaki dan leher.
- “Nummular ekzema”: Ini adalah istilah untuk plak berbentuk duit syiling yang paling kerap dijumpai kaki bahagian bawah kaki dalam golongan warga berusia.
- “Seborrheic dermatitis”: Ia merupakan ruam pada kulit kepala, muka, telinga, dan kadang-kadang di tengah dada orang dewasa. Ruam pada golongan bayi pula boleh terbentuk di belakang telinga atau seluruh badan.
- “Dyshidrotic dermatitis”: Tekanan, alahan, tangan/kaki yang lembap, garam kronium ini menghasilkan lepuhan kecil, kegatalan di tepi-tepi jari dan kaki. Gejalanya dapat dilihat seperti lepuhan kecil berisi air, kegatalan, merah, kupas, bersisik dan juga berasa sakit. Dan biasanya kaum wanita lebih mendapat daripada kaum lelaki.
Penyebab sebenar ekzema tidak diketahui dan tidak difahami sepenuhnya tetapi ia dipercayai berkaitan dengan tindak balas sistem imun badan yang terlalu sensitif terhadap kerengsaan. Ekzema juga dikatakan terjadi oleh tindak balas yang abnormal terhadap protein yang merupakan sebahagian daripada sel tubuh badan. Antara penyebab yang meningkatkan risiko untuk mengidap ekzema adalah;
- Sejarah alahan lain atau asma dalam keluarga.
- Kecacatan pada sistem perlindungan kulit boleh menyebabkan lapisan kulit kehilangan kelembapan dan terdedah kepada jangkitan kuman.
- Bersentuhan dengan bahan kasar.
- Pendedahan kepada cuaca atau keadaan yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
- Pendedahan kepada produk rumah tertentu seperti sabun atau detergen.
- Bersentuhan dengan dander haiwan.
- Tekanan atau stres.
- Kain yang diperbuat daripada material sintetik.
- Peluh badan.
- Penurunan mendadak dalam tahap kelembapan sekeliling.
- Alahan makanan
Ekzema menyebabkan simptom kulit gatal, kering, kasar dan meradang. Gejala ekzema mampu menyerang dan pulih secara sendiri. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian badan terutamanya di kawasan lengan, siku, belakang lutut, atau kepala (terutama pipi dan kulit kepala). Ia bukan penyakit mudah merebak dan menjadi kurang teruk mengikut usia. Antara gejala penyakit kulit ekzema adalah seperti yang berikut:
- Tompok merah atau coklat-kelabu.
- Lepuh kecil yang mengandungi cecair jernih dan akan mengalir keluar.
- Kulit boleh menjadi berkerak apabila digaru dan terdedah kepada jangkitan bakteria sekunder.
- Kulit tebal dan bersisik.
- Kegatalan kulit.
- Ruam kulit.
Hampir semua pesakit dengan ekzema mengadu kegatalan. Oleh kerana gejala antara penyakit kulit jenis ekzema adalah sama, ciri-ciri plak atau ruam kulit boleh membantu dalam membezakan antara jenis ekzema. Sebagai contoh, ”stasis dermatitis” paling kerap berlaku di bahagian bawah kaki manakala “atopic dermatitis” berlaku di bahagian hadapan siku dan di belakang lutut.
Kepada mereka yang mengalami masalah ekzema sangat disarankan untuk merujuk kepada doktor yang bertauliah untuk memperjelaskan lagi keadaan anda secara lebih terperinci. Ubat-ubatan atau krim yang bersesuaian akan diberikan berdasarkan kepada tahap dan kondisi pesakit ekzema tersebut. Mencegahlah sebelum keadaan menjadi semakin parah.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)