Kiub Ais Tomato Mampu Hilangkan Jerawat Di Wajah
Tomato adalah sayuran jenis buah yang sangat berkhasiat dan sangat bagus untuk kesihatan kulit. Di dalam tomato tergantung pelbagai jenis vitamin. Tomato warnya oren kemerahan adalah disebabkan oleh lycopene likopena. Tomato sangat kaya dengan sifat antioksida. So sesiapa yang terasa nak melambatkan proses penuaan tu jangan lupa makan tomato yer.. Proses penuaan kulit memang tidak dapat dielakkan tapi boleh dilambat kan dengan pemakanan dan gaya hidup kita.
Topik hari adalah kita nak bercerita berkenaan petua yang boleh diamalkan secara selamat. Tak perlu berbelanja lebih. Guna barang-barang dapur jer. Yang pasti cara ni mudah dan ringkas.
Pertama sekali. Sediakan buah tomato. Bilas dengan air dengan keringkan. Kemudian potong kan kepada beberapa bahagian dan masukkan dalam mesin pengisar. Tak perlu campurkan air kerana tomato sendiri sudah mempunyai kandungan air yang tinggi. Tekan je butang pengisar tu dan kisarkan sehingga semuanya menjadi cairan yang sebati. Tekstur akan jadi pekat sebab kita tak de tambahkan air.
kemudian masukkan tomato yang telah di kisar tadi ke dalam bekas kecil yang korang gunakan untuk buat kiub ais tu atau apa2 bekas yang bersesuaian. lagi elok kalau bekas tu bertututup. Masukkan ke dalam peti ais dibahagian sejuk beku.
Cara nak gunakan ais kiub yang dah siap tu mudah jer. Pastikan segala makup telah dibersihkan. kemudian ambil ais kiub tadi dan korang sapukan perlahan-lahan ala2 urutang manja2 je kat wajah anda. boleh jer nak sapu kat bahagiak leher atau anggota badan lain bergantung pada tahap kerajinan korang.
Amal kan 2-3 kali seminggu. Kalau dilakukan secara rutin pasti anda akan mendapati kulit sedikit bersih dan nampak cerah, jerawat pun segan je nak muncul tau. Nak beli mask selalu pun perlukan bajet betul tak? sokorang amal je petua ni. harga sekeping mask tu dah boleh buat berketul-ketul ais kiub siap korang bole kongsikan 1 family tau. sangat menjimatkan. Selamat mencuba tau :)
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)