REVIEW : KEYBOARD FROM MR DIY

Alhamdulillah sis dah dapat beli keyboard baru. Sis beli yang biasa-biasa jer, insyaa Allah harga mampu milik. Alhamdullillah boleh lah cuba yang biasa-biasa ni dulu. Sis beli ni dekat MR DIY jer. So sis karang content blog hari ni dengan menggunakkan keyboard ni.

 



Sis nak share serba sedikit pasal keyboard ni. Untuk korang yang masih mencari-cari atau tengah survey tu, sis nak share ni dengan korang tau.  Jika compare dengan original keyboard dekat lap top sis tu, yang ni jauuuuh lagi bes dan selesa untuk digunakan untuk tujuan menaip. Sangat sangat ketara perbezaannya.

 

 

Antara faktor lain yang perlu diambil kira adalah bunyi sewaktu menaip. Jika sis bandingkan dengan original keyboard pada laptop sis, daripada segi bunyi, original keyboard tu memang tak ada bunyi yang bising. Kadang-kadang orang tak tahu pun kita tengah menaip. Tapi  keyboard yang sis beli kat MR DIY ni bunyinya agak sedikit kuat.

 

 

Untuk mereka yang mempunyai ruang kerja khas untuk membuat kerja atau mempunyai pejabat sendiri kat rumah atau kat tempat kerja mungkin tiada masalah dengan bunyi ni. Tapi kalau, yang ada roomate, atau mungkin pasangan yang dah bekahwin, atau anak kecil yang tak boleh tidur apabila mendengar bunyi bising, mungkin tak berapa sesuai untuk korang gunakan keyboard ni kot. Melainkan korang tak kisah sangat nak usung laptop atau komputer ke ruangan lain mungkin tiada masalah rasanya.

 


Keyboard ni syok digunakan untuk menaip . Nak-nak bila kita nak taip laju-laju tu memang ada bunyi. Paling kuat bunyi bila tekan space bar. Rasa macam menaip pakai typewriter yang zaman dulu-dulu tu. Teringat zaman tu, sempat jugak tengok pak cik guna mesin taip yang lama tu untuk buat surat. Masa tu aku sekolah rendah atau tadika masa tu. Seronok tengok pakcik aku tekan-tekan butang mesin taip tu.

 

 

Sis recommend untuk korang gunakan keyboard ni tau. Especially for those yang terlibat dalam penulisan atau perlu menaip panjang. Ini agak sesuai. Tapi kalu korang ada bajet lebih boleh beli yang lagi baik. Bergantung kepada kemampuan masing-masing.

 

 

Sis macam biasa akan survey dulu harga kat beberapa kedai online. Sis tak cakap keyboard MR DIY ni paling murah, kalau korang rajin cari korang akan jumpa lagi murah dekat Shopee. Tapi kebanyakkan yang sis jumpa adalah lebih mahal harganya berbanding dengan yang lebih murah. Range harga kat shopee korang boleh dapatkan daripada harga serendah RM18.00 hingga RM150.00 ++. Yang sis beli dekat MR DIY ni harganya cuma RM35.00 sahaja. Sis beli keyboard sahaja tidak termasuk mouse. So tak payah nak membazirkan duit memandangkan mouse sis sekarang keadaannya alhamdulillah masih elok lagi, so sis gunakan jer apa yang ada.

 

 

Kalau korang nak yang ada sekali dengan mouse harga nya sekitar RM45.00 kalau tak silap sis. Sis perasan jugak tadi semasa membelek-belek keyboard ni , selain daripada warmna hitam ada jugak pilihan untuk warna putih. So, untuk matching kan dengan lap top sis yang hitam tu, sis pun belilah  warna hitam. Warna putih tu actually lawa jugak. Rasa nak pilih warna putih jugak tadi, tapi sis kuatkan tekad untuk memilih warna hitam sebab tak nak bila dah balik akan timbul pulak rasa menyesal sebab pilih warna yang tak matching.

 

Keyboard yang ni sis beli ni menggunakan wire. Sebab kegunaan sis lebih kepada untuk kegunaan menaip di rumah. Kalau kat luar sis kurang menggunakan utnuk tujuan menaip so memadai untuk sis gunakan original keyboard yang kat laptop tu je. Kalau korang mencari yang wireless korang boleh beli secara online. Sis tak pasti untuk jenis wireless memang tidak dijual di MR DIY atau dah sold out sebenarnya.

 

Selain itu, sis dapat memberikan fokus lebih pada penulisan sis, memandangkan keyboard ni sangat bes. Sis dapat menyiapkan content dengan lebih cepat dan idea tu lagi senang nak mengalir, memandangjkan tangan pun boleh bergerak laju seiring dengan idea dalam kepala sis ni.

 

 

Sebelum ni sis, agak terganggu dengan keyboard sis. Sis taip dengan lambat, dan idea pun pun macam tersangku-sangkut, macam payah nak keluar. Tak tahu lah apa kaitannya, tetapi itulah perasaan sis apabila membandingkan keyboard ni.

 

 

Jujur sis cakap this is a must have item. Unless your keyboard memang dah superbb laju untuk di gunakan untuk menaip. Nanti kalau sis jumpa keyboard yang bunyi  lebih perlahan, sis share kan dengan kat sini yer.

 

 

Yang ni kalau beli dekat MR DIY diorang bagi warranty selama seminggu. Okaylah 1 minggu pun, daripada tak ada warranty langsung kan. So kita try dulu seminggu ni macam mana. Harap- harap okay la. Pulun jer guna dulu. Kalau rasa ada problem macam butang tak berfungsi ke nanti korang pergi lah hantar semula. Jangan lupa untuk simpan resit dan kotak asal tu tau. Lepas 1 minggu korang boleh buanglah kalau korang tak nak simpan.

 

 

Sis sangat suggest kan student untuk beli keyboard macam ni, senang sikit nak taip assignment. Dulu zaman student sis tak terdedah sangat dengan perkara macam ni. Mungkin sesetengah orang beranggapan ini adalah suatu pembaziran, tetapi tidak sama sekali bagi sis. Kalau korang ada lebihan duit, untuk beli baju, skin care , beg tangan atau tudung yang korang dah banyak tu  korang rasa itu bukan pembaziran dan mengganggap itu suatu keperluan, so begitulah dengan keyboard ni. Keperluan penting tau untuk mempercepatkan proses menyiapkan assignment korang tu.

 

 

Selain bantu mempercepatkan progress assignment korang. Keyboard ni  sangat membantu untuk anda mengguruskan masa dengan lebih baik. Kalau korang try korang akan dapat rasa perbezaan dan akan rasa benda ni perlu tau. Kalau ada, kawan korang yang dah beli korang boleh minta izin kawan korang untuk pinjam kejap untuk rasakan perbezaannya dengan keyboard yang korang dah ada sekarang ni.

 

Kalau korang jenis yang tak perlukan laptop tu mungkin keyboard ni bukanlah keutamaan untuk korang. Tapi kalau korang selalu nak kena type report, nak kena buat kertas kerja dan sebagainya. Keyboard ni sangat membantu korang. Keyboard ni memang tak boleh mendatangkan idea pada korang, cuma bila korang dapat menaip dengan pantas cerita atau karangan yang sedang bermain-main dalam kepala anda itu, idea anda akan bersilih ganti dan selancar air yang mengalir.

 

Tak tahu macam mana lagi sis nak gambarkan kan kat korang betapa besnya guna keyboard ni. Korang sendiri kena try baru korang tahu dan dapat bezakannya sendiri.

 

Kalau korang minat nak beli keyboard macam ni dengan warna-warna tertentu korang boleh beli dekat seller online di shopee. Kalau dekat shopee sis tengok macam-macam warna ada, awalnya sis pun nak beli dekat shopee jugak, kononnya nak beli warna pink la kan. Tetapi tadi dah tak sabar sangat, so sis pergi la ke MR DIY untuk cari yang biasa kita guna kat office tu yang petak-petak tu. Tapi waktu tengah cari-cari tu sis jumpa yang ni jer.

 



Keyboard ni jugak korang boleh pilih nak pasang cahaya atau tidak. Untuk on kan, korang tekan jer butang scroll lock tu, kalau nak off kan pulak, korang tekan jer lagi sekali butang scroll lock tu. Butang ni berada pada kedudukan paling atas, butang kedua daripada penjuru kanan. 


MR DIY pun sekarang dan makin banyak dan cepat dalam memasarkan produk-produk yang mempunyai permintaan yang tinggi. Termasuklah menjual keyboard viral ni. Boleh la untuk merasa yang macam ni. Nak beli yang mahal-mahal lagi nantikan lari pulak budget sis.


Selain itu, perbezaan yang lain ,kedudukan butang pada keyboard ni sedikit jarak, macam typewiter tu. Last word from me tonight, Just wanna say this is a worth product for you to buy it. Go and get it !!!

 

 

 

Comments

  1. Mr. DIY offers it's customers a range of things. That's why I like shopping at Mr. DIY. Macam2 ada.

    ReplyDelete
  2. Barangan Mr DIY makin menggugat jiwa sekarang nie. Rawlins pun banyak membeli barangan rumah kat situ - untuk deko dan macam-macam lagi

    ReplyDelete
  3. Comelnya warna-warni! Akak suka mekanikal typewriter ni. Akak teracun juga ni nanti nak g diy cari.

    ReplyDelete
  4. Alolo comelnya keyboard bulat bulat macam mesin taip tu. Akak nak cari juga lah. Hahahaha. Suka masuk Mr DiY. Seronok tengok banyak barang berguna.

    ReplyDelete
  5. Waaa DIY pun ada? Sis lama tak ke mana-mana so banyak benda dah tak tau ni, nanti laaa kalau keluar boleh singgah nengok.. best juga ni ada lampu-lampu hehehe

    ReplyDelete
  6. wahh.. kalau tahu beli kat sini jer.. harga lebih berpatutan... cantik .. sebab kalerful hehe

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Wahh, baru kita tahu DIY ada keyboard juga ye... mungkin kita akan beli kot in future sebab memang banyak menaip kerja-kerja penulisan ni hehe...

    ReplyDelete
  9. Dekat DIY yer , menarik jugak walaupun murah. Lagi ada lampu kaler2 tu menarik sangat. Memang kalau keyboard rosak saya beli jer mana-mana janji ada. Nanti nak cari satu jugaklah.

    ReplyDelete
  10. tak tahu plak mr diy ada benda benda macam ni. nice jugak. boleh buat backup kalau keyboard laptop ni rosak

    ReplyDelete
  11. wow macam macam ada ya MR DIY ni. Boleh lah suruh adik cari keyboard kat sini. Dianya laptop problem keyboard nya

    ReplyDelete

Post a Comment

Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)