Jom belajar berenang!!!





Berenang adalah salah satu olahraga yang memerlukan teknik dan imbangan yang betul supaya kita dapat berenang dengan baik dan selamat. Ramai orang beranggapan berenang adalah suatu aktiviti yang sangat susah untuk dipelajari. Berdasarkan pengalaman sendiri, berenang ini bukanlah sesuatu aktiviti yang mustahil untuk kita lakukan sekiranya kita tahu teknik yang betul dan selamat.


Pada permulaanya, aku juga sama seperti mereka yang lain langsung tidak tahu berenang. Dan aku juga ada sedikit trauma yang mana aku hampir lemas kerena aku tidak dapat kawal diri sewaktu di dalam air dan menyebabkan seluruh badanku tenggelam dalam air. Paras air pada masa tu cuma di paras peha orang dewasa sahaja, tetapi disebabkan oleh kegagalan untuk aku bangunkan badanku di dalam air menyebabkan diri ku tenggelam ke dasar. Masa tu, aku memang tidak tahu teknik atau cara yang betul, dan aku hanya mengerak-gerak kan tangan sahaja di dalam air sehinggalah aku timbul ke permukaan.


Selepas kejadian tersebut, aku masih mempunyai keninginan untuk turun ke dalam air dan masih berani untuk bermain di kawasan air yang mana parasnya tidak terlalu dalam. Dan aku jugak pernah beberapa kali mengalami insiden yang sama seperti dulu yang mana aku hilang imbangan dan menyebabkan aku tenggelam di dalam air. Cuma bezanya, trauma yang aku rasakan tidak menyebabkan aku takut untuk turun ke dalam kolam dan dalam keadaan badanku stabil aku masih berani untuk tenggelamkan badanku dan bangun semula. 





Setelah beberapa kali kes hampir lemas itu terjadi, aku dah stop untuk belajar berenang dan kalau pergi ke kolam tu hanya sekadar untuk aku seronok-seronok main air je. Sekadar berjalan-jalan di dalam air je.. hehe.. mampu tengok je orang lain berenang ke sana sini.


Dan ditakdirkan, aku berpindah ke tempat baru dan mendapat kawan-kawan baru. Dan aku yakin setiap ketentuan perjalanan hidup ini tiada yang kebetulan, pasti ada hikmah dan pengajaran yang kita akan dapat cumanya kita perlulah bijak meyesesuaikan diri dan berlapang dada untuk mencari ilmu di univesiti kehidupan ini. 


Pada suatu hari, mereka tiba-tiba mengajak aku untuk keluar berenang dan masa tu aku cakap aku tak tahu berenang dan aku sebenarnya risau sekiranya terjadi insiden yang dulu. Masa terjadi kes dulu-dulu tu adalah waktu siang yang mana kalau diikutkan aku senang dilihat oleh kawan-kawanku, dan aku hanya bermain air berdekatan mereka sahaja. Dalam keadaan macam tu pun aku boleh hampir lemas, jadi aku cuba menolak dengan baik ajakan mereka. 


Namun begitu, mereka masih cuba memujukku untuk menyertai mereka dan mereka memberitahuku sekadar suka-suka untuk bermain air je dan mereka juga tidak begitu pandai berenang. Entah macam mana aku pun bersetuju untuk sertai mereka. Kalau diikutkan, aku bukanlah seorang yang mesra alam dan tak mudah untuk keluar bersama kawan-kawan baru lebih-lebih lagi nak 'join' aktiviti sebegini.


Kami pun bergerak pergilah ke sana. Sebaik sahaja sampai di kolam renang, mereka turun bergilir- gilir dan aku pastinya memilih giliran nombor tengah-tengah sebagai langkah paling selamat lah aku kira.. hehe..  Sebaik sahaja kami semua berada di dalam air, mereka masing-masing mula berenang di sekelilingku. Aku masa tu dah risau la jugak, nanti buatnya mereka berenang, tak perasan aku kat sini macam mana. 


Kawan-kawan baruku mula ajakku untuk berenang, dan aku cakap aku tak boleh berenang, serius aku sangat takut masa tu. Air tu rasa makin sejuk dan aku dah mula rasa cemas. 'First' mereka suruh aku 'relax' kan diri dan cakap pada aku jangan takut. Mereka cakap tak mustahil untuk dapat berenang dalam masa yang singkat. Aku masa tu memang tak percaya kata-kata mereka dan bayangkan lah dah beberapa kali aku hampir lemas. Mereka cakap, mereka dulu pun tak pandai berenang tapi mereka belajar dan paling penting kena buang la rasa takut tu. Memandangkan aku ni jenis yang suka belajar benda-benda baru, so mendengar perkataan 'belajar' tu terus mengubah 'mindset' aku masa tu. Aku cakap kat diri aku, aku kena belajar dan tiada yang mustahil sekiranya kita sungguh-sungguh. 


Selepas bersetuju untuk belajar berenang, mereka bertanya la aku  dah pandai belum untuk apungkan badan dipermukaan air. Aku sememangnya tak pandai apungkan badan semua tu. So, pada masa tu aku rasa aku perlu belajar terapung dahulu. dalam fikiran aku, bila aku dah pandai terapung aku tidak akan lemas. Mereka mengajarlah aku teknik untuk terapung. Setelah mencuba untuk kali ke berapa entah aku masih belum berjaya terapungkan diriku sendiri. Badanku mula rasa sejuk dan sakit, mungkin sebab terlalu stress dan masih belum faham dan jauh lagi untuk menguasai teknik untuk terapungkan badan.  Aku hampir 'give up'. 


Kemudian mereka masih cuba yakin aku, mereka cakap aku pasti boleh buat. Dalam keadaan hati berbelah bagi tu aku pun mencubalah untuk kali sterusnya. Dan hanya beberapa kali sahaja aku boleh buat dan itu pun di dalam pemerhatian mereka. Aku agak 'give up' and rasa 'down' masa tu untuk belajar berenang. Tapi selebihnya, aku seronok main air dan layan kan gelagat mereka berenang sana-sini dan mengusik satu sama lain.


2 minggu selepas tu, mereka mengajak ku lagi dan aku bersetuju dengan niat untuk bermain air dan kurang kan stress kerja. Sampai sana, mereka menyuruhku untuk praktiskan balik teknik nak apungkan badan tu. Tapi aku rasa sangat susah untuk aku buat perkara tersebut. Mereka menyuruhku untuk terus belajar berenang terlebih dahulu. Aku rasa itu adalah perkara yang tak logik, macam mana aku nak berenang kalau aku tak pandai nak terapung. Aku risau aku akan menjunam turun ke dasar kolam. So, aku menolak cadangan mereka. Aku cakap pada mereka bahawa aku masih belum bersedia untuk terus belajar berenang. 


Kemudian mereka bertanya padaku apakah aku takut air. Dan aku cakap aku tidak takut air tetapi aku takut aku terjunam ke dasar kolam. Kemudian salah seorang daripada mereka meminta ku untuk pegang tangannya dan sama-sama selamkan seluruh badan didalam air dan sebaik sahaja masuk ke dalam air mereka berikan aku isyarat untuk gerak tangan dan menolak air ke belakang. Ya Allah sungguh tak ku sangka aku dah berjaya mula berenang. Dan kemudian kami naik semula ke pemukaan. Dan aku rasa sangat teruja masa tu. Mereka cakap kat aku, sebenarnya berenang ni ada banyak teknik dan kebolehan setiap daripada kita tidak sama. Ada yang boleh terapung dan belum boleh berenang, ada yang boleh berenang dan belum boleh terapung. 


Dah 'start' pandai sikit tu aku pun mula lah berenang perlahan-lahan, malahan lebih perlahan daripada kura-kura la aku rasakan pada masa itu. Tetapi yang penting aku dah dapat berenang sedikit demi sedikit sambil diawasi oleh mereka. Itulah titik tolak permulaan aku untuk berenang. So, untuk mereka yang masih ada rasa takut-takut untuk belajar berenang tu jangan rasa takut, nak dapatkan sesuatu kita kena yakin diri dan percaya kepada kelebihan yang Allah berikan dan tanamkan kat hati  kita untuk dapat 'skill' baru. Memanglah bukan senang, tetapi kalau orang lain boleh buat, insya Allah pasti ada harapan sekiranya kita juga berusaha. Memang tidak mudah untuk melakukan sesuatu yang baru lebih- lebih lagi kita tiada bakat semulajadi tu. Aku rasakan untuk untuk belajar seni tari tu adalah lebih senang berbanding berenang. 


Dan ada 'a few things' yang aku nak 'highlight' kan kat sini, berdasarkan pengalaman aku sendiri, untuk berenang ni kita perlu 'relax' kan badan supaya otot dan badan akan lebih 'relax'. Sekiranya kita terlalu takut, kita akan menyebabkan badan kita menjadi stress dan cepat berasa penat. Selain daripada itu kita perlu belajar teknik pernafasan yang betul, supaya kita dapat berenang lebih lama. Dan berenang ni ada banyak cara atau kaedah sebenarnya, tak semuanya memerlukan kita menyelamkan wajah kita ke dalam air ada yang tak perlu, dan ada yang hanya berselang seli. Selain itu, kaki jugak perlu dilatihkan secara perlahan-lahan  untuk menyesuaikan dengan teknik tertentu supaya kita dapat berenang dengan lebih cepat dan dalam masa sama tidak berasa penat.


Dan perkara yang paling panting aku rasa untuk elakkan diri daripada lemas, terutama dikalangan yang baru mula hendak belajar berenang adalah jangan panik dan belajar kaedah untuk bangun kan atau  timbulkan diri daripada dalam air sehingga korang berjaya naik ke permukaan air dan bernafas. Kes lemas terjadi adalah kerana mereka gagal mengimbangkan badan dan gagal naik ke permukaan air, akhirnya mereka mungkin kekurangan oksigen dan menyebabkan mereka menjadi semakin lemah dan akhirnya lemas. Sekiranya korang mampu untuk menaikkan diri korang, aku rasa tidak terlalu rumit untuk korang belajar berenang. Sebab, kalau korang tiba-tiba tenggelam korang akan dapat naik semula ke atas. Untuk yang dah mula boleh berenang tetapi masih belum menguasai teknik untuk naikkan diri mereka jugak berisiko untuk lemas, berenang sahaja belum menjanjikan bahawa korang tidak akan lemas. Jangan berenang sendirian tanpa pengawasan daripada mereka yang mahir. 


Selain itu, pakai pakaian untuk berenang yang bersesuaian. Jangan la korang berenang pakai 'jeans' pulak sah-sah lah berat nanti tak pasal korang tergelam. Boleh pakai pakaian renang yang khas atau pakai 'jersey' dengan 'track suit' je. 'Track suit' pun ada banyak jenis, pilih yang jenis biasa tu je, aku tak ingat la nama fabrik tu, tapi yang jenis ringan tu.



Korang jugak boleh menggunakan sokongan alatan bantuan seperti pelampung atau jaket. Pelampung membantu  anda untuk berasa lebih yakin untuk berenang. Terdapat banyak jenis pelampung yang di jual di pasaran. Jadi pilihlah yang bersesuaian.




















Selamat mencuba kepada mereka yang baru hendak menjinakkan diri. Tak salah untuk kita mencuba aktiviti baru yang mana boleh memberikan manfaatkan pada diri kita. Berenang ni sangat bagus untuk menguatkan otot kaki dan tangan. Selain itu, berenang membantu korang untuk mengawal pernafasan yang baik. Selain itu berenang jugak boleh dijadikan terapi sekiranya korang tengah stress. Sekiranya kita stress kita cenderung untuk marah dan berasa panas. Jadi, bila korang berenang sikit sebanyak hati korang yang panas tu akan mula sejuk. Okay ' Good Luck' untuk korang semua.



Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg