EKZEMA SUKAR DIKAWAL DAN TERSEKSA KERANA EKZEMA
Ekzema adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gejala kekeringan dan keradangan kulit. Ia tidak hanya terjadi kepada golongan kanak-kanak sahaja, ia juga boleh terjadi kepada gologan remaja dan dewasa. Ekzema bukanlah penyakit kulit yang akan berjangkit tetapi ekzema boleh menyebabkan rasa yang tidak selesa kepada individu yang mengalaminya. Sekiranya ekzema dibiarkan tanpa rawatan yang betul, ia boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk. Ekzema sukar dirawat dan ada yang mengatakan bahawa ekzema tidak boleh dirawat sama sekali, namun begitu langkah pengawalan boleh diambil untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih serius yang mana mungkin boleh mengganggu aktiviti harian. Ekzema boleh menyebkan rasa gatal yang teramat sangat dan kepada sesetengah individu yang mempunyai masalah ekzema yang serius akan merasa kulit mereka teramat gatal dan cenderung untuk menggaru tanpa mereka sedar terutamanya sewaktu mereka tidur. Untuk mereka yang mengalami masalah ek...