TIP KERJAYA : 7 CIRI PEKERJA YANG DIINGINKAN OLEH PIHAK MAJIKAN
Untuk mereka yang masih tercari-cari kerjaya idaman tu sis harapkan korang jangan putus asa dan teruskan berusaha semoga ada sinar buat korang. Dalam post kali ni sis nak kongsikan ciri-ciri pekerja yang dinginkan oleh para majikan. Ciri inu adalah ciri yang sangat penting untuk korang miliki, tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan yang korang ingin ceburi.
Sebenarnya masih banyak ciri-ciri lain, tetapi untuk 7 ciri-ciri ini pastikan korang miliki terlebih dahulu. Atau kalau masih belum cukup, korang berusahalah untuk lengkapkan diri korang dulu dengan ciri tersebut.
Yang pertama korang kena pastikan korang selalu datang tepat pada waktunya dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja. Orang yang selalu datang tepat pada masanya menunjukkan dia seorang yang pandai menguruskan masa. Jangan jadikan alasan jalan sesak atau pelbagai alasan lain sebagai penyebab kepada kelewatan korang. Di dalam syarikat tersebut, pasti bukan korang seorang sahaja pekerja pasti ada pekerja lain juga. Sekiranya pekerja lain boleh datang awal ke tempat kerja, kenapa tidak diri korang?? Kalau sesekali lewat tanpa disengajakan, seperti pokok tumbang, atau ada kemalangan jalan raya atau ada hal kecemasan lain, segeralah maklumkan kepada majikan atau pihak majikan. Jangan lupa isi borang, dan sertakan bukti sokongan. Datang tepat pada waktunya adalah penting untuk memastikan urusan pekerjaan dapat berjalan dengan lancar. Sekiranya korang selalu terlibat dengan mesyuarat atau temu janji pastikan buat persediaan awal supaya tiada dokumen penting yang tertinggal.
Yang kedua, korang kena pastikan korang sentiasa menyiapkan kerja sebelum tarikh akhir. Susunkan kerja mengikut priority. Biasa dalam bidang kerja ini, kita akan berurusan dengan ramai orang, jadi korang kena belejar uruskan masa dengan baik. Buat jadual dan susunkan kerja mengikut priority. Bila korang dah susun dengan baik korang dapat rasa beban kerja itu semakin berkurang dan mudah untuk korang fokus. Dengan ini, kerja korang dapat disiapkan dengan baik di dalam tempoh masa yang telah diberikan. Korang kena belajar ilmu untuk menguruskan kerja, kerana tidak semua mampu lakukan. Ada sesetengah orang, apabila mereka diberikan tugasan serentak mereka seolah-olah jadi tak keruan dan berasa tertekan dengan bebanan tugasan yang datang serentak. Tidak semua tugas yang diberikan serentak itu perlu disiapkan di dalam masa serentak. Korang boleh susun jadual terlebih dahulu. Sekiranya tugasan tersebut terlalu berat dan mungkin mengambil masa dan dalam masa yang sama masih ada lagi tugasan lain yang penting untuk dilaksanakan, anda boleh berbincang semula dengan pihak majikan untuk meminta pertimbangan daripada mereka.
Yang ketiga, ciri ini boleh dikatakan agak penting dan kritikal jugak untuk dimiliki. Korang perlu memastikan setiap kerja yang dilakukan adalah berkualiti tinggi. Jangan sesekali mengamalkan konsep asal boleh. Pastikan kerja yang dibuat di semak terlebih dahulu sebelum di hantar kepada majikan atau orang lain. Contohnya, korang perlu menyiapkan surat rasmi, pastikan ejaan nama penerima tu betul, isi kandungan surat tersebut adalah jelas dan senang untuk difahami. Selain itu korang boleh follow up balik penerima surat tersebut adakan mereka sudah menerima surat yang di poskan kepada mereka. Kadang-kadang di dalam pekerjaan ni korang perlu sesuaikan diri dengan keadaan. Tidak semua step tu akan di detailkan oleh majikan. So, dekat sini korang kena pandai-pandailah meletakkan pengalaman korang tu. Kita bekerja bukan sebagai robot untuk mengikut satu persatu arahan. Kalau perlu diarahkan satu persatu, lebih baik untuk majikan itu mengambil budak lepasan SPM sahaja dan ajar mereka satu persatu. Bagaimana cara kamu menyiapkan kerja itu akan memberi impak yang besar kepada majikan. Ingat, di dalam bidang pekerjaan ini result adalah penting.
Yang keempat, korang kenalah bertanggungjawab untuk kesalahan yang telah korang lakukan dan cuba betulkan kesalahan tersebut. Di dalam bidang pekerjaan learning process itu masih berjalan. So, tidak mustahil akan berlaku kesilapan sewaktu korang menyiapkan tugasan korang. Apa yang penting korang sedari kesilapan korang dan berusaha untuk betulkan semula. Hal ini sangat penting, kerana ini menunjukkan korang ada rasa tanggungjawab terhadap tugasan korang. Dengan berusaha memperbetulkan balik kesilapan tersebut, korang tidak menyebabkan orang lain pula perlu mengambil alih untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sebagai contoh, korang perlu menghantar tempahan pelanggan. Tetapi malangnya, korang tersilap alamat dan sebagainya. Pastinya pihak pelanggan akan bertanya berkenaan tempahan mereka. So korang perlulah mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya dan membantu untuk uruskan semula secara baik penghantaran barang ke alamat yang sepatutnya.
Yang kelima, korang perlu belajar untuk berkumunikasi dengan baik. Komunikasi adalah satu elemen yang penting dalam sesebuah syarikat. Melalui komunikasi yang baik, maklumat dapat disampaikan dengan jelas dan dapat mengelakkan salah faham. Komunikasi yang baik boleh membantu untuk membangunkan hubungan yang kuat dan saling percaya. Ini penting untuk mencipta lingkungan yang harmonis dan produktif. Sekiranya syarikat mengalami masalah atau tentangan, komunikasi yang efektif memudahkan untuk mengenalpasti masalah yang ada. Komunikasi yang baik turut membantu untuk dapatkan jalan penyelesaian yang baik dan untuk pelaksanaan tindakan perbaikan juga menjadi mudah.
Yang keenam, korang perlu mempunyai motivasi yang tinggi. Pekerja yang bermotivasi tinggi berkecenderungan menjadi pekerja yang lebih produktif kerana mereka secara semulajadi akan berusaha untuk menyiapkan tugasan dan akan sentiasa berusaha mengejar KPI mereka. Selain itu, pekerja yang bermotivasi tinggi juga cenderung untuk menghasilkan kerja yang lebih berkualiti berbanding pekerja yang biasa. Mereka akan peka dengan hal-hal yang detail dan sentiasa mencuba untuk berikan yang terbaik. Selain itu, orang yang bermotivasi tinggi turut mempunyai personal goal dan organization goal yang baik. Mereka kebiasaannya akan cuba sedaya upaya untuk capai goal tersebut.
Yang ketujuh, korang perlu mempunyai integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas. Walau apapun tugasan yang diberikan, korang perlu laksanakan tugas tersebut dengan jujur, beretika, setiasa menghormati rakan sekerja dan mematuhi polisi syarikat. Dengan integriti yang cemerlang, korang tidak sahaja disenangi oleh majikan dan rakan sekerja tetapi korang akan disenangi oleh sesiapa sahaja yang berurusan dengan korang. Intergriti yang tinggi akan menyebabkan pihak lain mudah untuk meletakkan kepercayaan ke dalam diri korang. Dan ini juga membuka banyak peluang untuk korang diberikan kepercayaan dalam menguruskan projek-projek penting di dalam syarikat yang korang bekerja.
Kesemua karakteristik ini jika digabungkan, akan membentuk satu etika kerja yang sangat kuat dan akan membuatkan seseorang itu menjadi suatu aset yang bernilai tinggi kepada syarikat tersebut, Majikan juga selalunya mencari pekerja yang tidak hanya mempunyai skill tertentu sahaja tetapi mencari mereka yang mempunyai kesemua ciri yang dinyatakan di atas kerana pekerja sebegini kebiasaan bersikap sangat professional dan bertanggungjawab.
Comments
Post a Comment
Pandangan dan cadangan yang bermanfaat sangat dihargai :-)