PERSEDIAAN MENUJU DEWASA

Lately banyak kisah yang menjadi kontroversi di dalam masyarakat kita. Antaranya adalah isu pekerjaan, kos hidup dan ekonomi rakyat. Boleh dikatakan kita dapat lihat banyak perbahasan dan pendebatan berkenaan isu ini. Dan perkara ini sedikit sebanyak mencuri perhatian sis. Sis faham dalam kehidupan hari ini banyak perkara yang korang perlu hadapi. Korang perlu bersaing dengan ramai orang kat luar sana. 


Mungkin korang pun tertanya-tanya apa nasib korang selepas ni kan?? sedangkan yang sudah tamatkan pengajian pun masih gagal mendapatkan pekerjaan dan masih lagi menggagur. Ada juga yang mempunyai cable dan seolah-olah tamat sahaja pelajaran sudah ada tempat untuk dia memulakan pekerjaan. Mesti korang rasa hidup ini tidak adil kan untuk korang?? Orang lain seolah-olah lahir dalam dulang emas.. tapi diri sendiri ni ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sungguh terasa strugglenya tu kan??






Kadang-kadang nak sedih pun x bole nak sedih sangat kan.. sebab kita kena kuat. Hidup ini keras !!. and Yes!! sis tak nafikan perkara tu. Sis sendiri pun bukanlah orang yang lahir di dalam dulang emas. Banyak perkara perlu di usahakan untuk sis dapatkan. Walaupun untuk perkara kecil tetap memerlukan usaha kan. Kalau nak sesuatu yang lebih besar maka kenalah lebihkan usaha tu. Tak ada yang datang bergolek.


Tapi sis selalu percaya one thing. Sis selalu pegang kata-kata ni di saat sis rasa sis dah tak ada tempat yang sis boleh mengadu dan bergantung lagi. Satu perkara ni la yang akan buatkan sis rasa sis mampu untuk kuat kembali dan bersemangat kembali. Sis selalu pesan dan pujuk hati sis bahawa Allah itu sentiasa ada, Dia Maha Melihat dan Mendengar dan akan berlaku adil pada sis sesuai dengan janji-Nya bahawa setiap manusia ini akan diberikan ujian mengikut kadar kemampuan masing-masing. 


Setiap kali sis berasa lemah dan lelah dengan apa yang berlaku, sis selalu pesan pada diri sis yang ini ujian sis dan pasti sis boleh teruskan. Tetapi betul, bukan semudah itu untuk memujuk hati ni. Tetapi itulah yang sis lakukan walaupun masa tu kita menangis sendirian sebab dah tak mampu nak tahan. Sis selalu doa minta Allah hadirkan pertolongan sebab sis tahu hanya Dia yang memberikan pertolongan sesuai mengikut kehendaknya. Sis akan ulang-ulang doa tu sampai sis lega dan kering air mata. Ada masanya kita tidak mampu nak kongsi masalah kita dengan orang lain kerana bimbang di salah ertikan. Tetapi dalam masa yang sama kita rasa lelah untuk hadap perkara yang telah terjadi. Dan Allah jualah sebaik baik tempat untuk mengadu.






Ingat lah di saat kita rasa down dan sedih pasti ada insan yang lain jugak mengalami perkara tersebut. Tetapi macam sis cakap la ujian dia tak sama dengan kita dan ujian kita tak sama dengan dia. jadi tetaplah harungi hidup dengan meletakkan kebergantungan sepenuh hati kepada Allah. Korang doalah berulang-berulang dan dalam masa yang sama minta Allah permudahkan sekiranya itu adalah baik, dan sekiranya itu bukanlah yang terbaik minta Allah tunjukkanlah jalan atau penyelesaian yang lebih baik. 


First, buat yang masih ada rasa ragu-ragu macam mana dengan masa depan korang tu korang jangan lah terlalu over thinking sangat. Korang jalani sahaja kehidupan harian korang sebaiknya. Lakukan yang sebaik mungkin apa sahaja yang korang buat. Jangan sesekali aniaya orang dan kalau korang rasa mampu untuk berikan pertolangan kepada orang lakukanlah seikhlas hati. Mungkin kita tidak sedar ada diantara mereka yang kita bantu itu diam-diam mendoakan kebaikkan untuk diri kita. 


Sebenarnya, bila korang rajin mecuba dan berusaha ni, korang tak akan pernah rugi. Banyak perkara yang korang boleh belajar sebenarnya. First, korang kena belajar percaya pada diri sendiri. Percaya yang korang juga ada bakat dan kebolehan yang korang boleh gilapkan lagi. Lagi sekali sis ulang!! Korang kena belajar percaya diri!! Korang ada kelebihan tersendiri!! Allah telah jadikan setiap manusia itu masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Sepertimana matahari dan bulan masing-masing tidak perlu bersaing kerana mereka akan bersinar bila tiba waktunya. Begitu juga diri korang. Akan tiba masanya untuk korang bersinar. Jangan pernah berhenti berusaha.






Tidak perlu berasa iri hati dengan kelebihan orang, tetapi jadikan itu sebagai satu inspirasi untuk korang majukan diri korang sendiri. Carilah guru yang tepat supaya korang mendapat ilmu yang tepat. Berhati-hatilah dalam menuntut ilmu dan carilah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat pasti menguntungkan dunia akhirat. Korang jangan sesekali rasakan apa yang korang belajar di universiti itu adalah segalanya. Lepas korang habis belajar nanti, korang akan dapati banyak lagi perkara yang korang perlu belajar. Apa yang perlu buat adalah lapangkan dada dan carilah ilmu yang bersesuaian dan manfaatkanlah ia.


Setiap orang diajar untuk bercita-cita semenjak daripada kecil. Kalau masa sekolah dulu, setiap tahun kena perkenalkan diri dan kena bagitahu cita-cita kita kan .. korang ingat tak tu?? Korang perasan tak, cita-cita tu boleh berubah mengikut keadaan, ada yang berubah disebabkan kawan-kawan, ada yang berubah disebabkan pengaruh televisyen dan ada yang berubah disebabkan kehendak ibu-bapa. Dalam proses menjadi dewasa pasti korang dapat rasa cita-cita korang berubah-ubah daripada masa ke masa. Perkara tu agak common sebenarnya dalam proses kita membesar dan menuju dewasa. Orang lain pun merasakan perkara yang sama jugak. Jangankan sewaktu masa sekolah, masa di universiti pun masih lagi berubah cita-cita tu.


Sebenarnya proses kehidupan di universiti adalah sebahagian kecil sahaja yang akan korang bawa dan terapkan ke alam pekerjaan melainkan tugas korang mengajar, so korang mungkin akan mengulang perkara yang sama. Kebanyakkan kerja lain korang perlu lalui dahulu dan  adapt supaya boleh dapatkan pengalaman yang berharga. Dengan adanya pengalaman anda akan lebih berkencederungan untuk dapatkan ilmu yang baru. 


kebanyakkan daripada kita semua perlu adapt dengan suasana semasa. Ada orang cita-cita dah mula berubah semasa menjadi pelajar universiti, ada orang dah tamat belajar timbul pula minat dan kecenderungan terhadap bidang yang berbeza. Setiap daripada kita memang ada haluan dan ketentuan masing-masing.


Korang tak perlu tertekan sekiranya korang rasa bidang yang korang belajar sekarang ni sangat tipis peluangnya di bidang pekerjaan. Jangan risau, korang habiskan dulu pelajaran korang sebaiknya. Atau kalau korang baru sahaja sambung belajar mungkin korang perlu menukar ke bidang pengajian yang lain. Mungkin ada sedikit prosedur yang perlu anda lakukan untuk menukar bidang ni. 


Dalam dunia kerjaya ni tak sama dengan suasana di universiti. Melakukan kerja grouping di universiti dengan melakukan kerja grouping di alam pekerjaan sangat tidak sama. Belum tentu orang yang terlihat hebat semasa di universiti menjadi orang hebat di bidang pekerjaan. Di bidang pekerjaan tidak memerlukan hafalan teori semata-mata. Dan hebat bukan terletak pada kelantangan bersuara sahaja. Di alam pekerjaan kita tidak memandang pada lantangnya kamu bersuara, tetapi kemampuan kamu untuk merealisasikan suara tersebut. 


Mungkin kalau di universiti orang yang cantik, di tambah pulak kemahiran bertutur yang baik mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam masa yang sama mempunyai hafalan yang baik tentu sahaja akan terlihat lebih menonjol. Dan pastinya mereka akan diberikan carry mark yang tinggi oleh para lecturer. Tetapi tidak di alam pekerjaan. Di alam pekerja kita melihat kemampuan kamu untuk membangunkan diri anda dan orang sekeliling anda. Tidak dinafikan rupa paras itu suatu bonus tetapi one thing korang kena ingat, rupa paras bukanlah segalanya. Di dunia pekerjaan adalah suatu yang perlukan kan pada pengembangan prestasi daripada masa ke masa. Selain itu, perkara utama yang di pandang adalah akhlak atau attitude bukan CGPA korang semata-mata. Selepas 5 tahun, CGPA itu bukanlah menjadi perkara yang paling penting untuk menentukan hala tuju kerjaya korang. Tidak dinafikan masih ada kepentingan, kerana ia adalah suatu sumber rujukan untuk membuktikan taraf pendidikan korang tetapi bukanlah menjadi perkara yang paling utama untuk korang menyandang jawatan yang memerlukan komitmen yang tinggi.


Setelah 5 tahun korang akan mula dinilai dengan pengalaman. Majikan akan mencari orang yang mempunyai pengalaman yang bersesuaian untuk membantunya melancarkan urusan organisasi. Untuk mendapatkan pengalaman yang baik kamu perlu berusaha untuk meletakkan diri kamu di tempat yang terbaik. It is okay kalau kamu mulakan kerjaya dengan jawatan rendah. Sekiranya kamu berkelayakkan dan bertanggung jawab pasti ada ruang dan peluang untuk dinaikkan pangkat. Yang paling penting betulkan niat untuk bekerja dan jaga attitude.


Orang yang mempunyai attitude yang baik pasti sahaja akan mencari cara yang lebih baik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Tetapi kalau kamu berasa bangga dengan CGPA dan tiada attitude yang baik, pastinya kamu tidak mampu untuk bersaing untuk mendapat tempat yang terbaik.


Orang yang bagus attitude nya akan disegani oleh ramai orang. Dan sekiranya hasil yang dilakukan turut menampakkan kemajuan tidak mustahil dia akan terpilih untuk dapatkan kenaikkan pangkat. Kenaikkan pangkat diberikan kepada mereka yang boleh memimpin dan membangunkan diri mereka. Leadership akan lahir secara automatik bagi mereka yang mempunya rasa tanggung jawab yang tinggi di dalam diri. Alam kerjaya bukanlah suatu alam yang korang perlu pentingkan diri sendiri. Alam pekerjaan itu adalah suatu alam yang anda perlu bantu satu sama lain untuk bangunkan suatu organisasi yang kukuh dan faham erti tanggung jawab.





Meski pun kamu berpeluang naik pangkat, sekiranya tiada attitude yang baik, lama kelamaan staff bawahan akan bersilih ganti pergi begitu sahaja. Syarikat tidak akan berkembang dan korang sendiri jugak tidak akan berkembang. Kebanyakkan orang sebegini, apabila syarikat itu mengalami permasalahan atau muflis, kemungkinan sukar untuk dia mendapat pekerjaan kerana mereka tidak mempunyai attitude yang bersesuaian. Untuk korang yang rasa rendah diri sewaktu dalam kelas tu, korang tak perlu nak rasa macam tu yer. Korang buat yang terbaik, ingat yang suatu hari nanti korang ingin membalas jasa orang tua korang dan membantu keluarga korang. 


Sekiranya perlu melakukan presentation atau sebagainya lakukanlah sahaja semampu mungkin. Pakai pakaian yang kemas dan tidak semestinya perlu mahal cukuplah sekadar bersesuaian dengan kemampuan kamu. Bukan pakaian itu yang menunjukkan wibawa kamu tetapi ikhlasnya penyampaian dan kualiti kerja kamu itu lagi menonjolkan diri kamu yang sebenar. 


Tidak perlu menunggu untuk kamu mempunyai perfect grammar untuk kamu speaking. As long as kamu cuba untuk improve hari demi hari itu lebih penting. Apa yang paling penting adalah kamu sentiasa ingin improve. Latih diri sendiri daripada sekarang semoga suatu hari nanti latihan ini akan menjadikan korang seorang yang bermanfaat buat masyarakat dan keluarga korang. Ingat bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah, dan apa jua yang kita dapat itulah takdir kita.


Comments

POPULAR POST FOR THIS MONTH

TIP KERJAYA : SKOP KERJA BIDANG SUMBER MANUSIA (GAJI PEKERJA)

REVIEW : ROSKEN SKIN REPAIR - HIGH POTENCY VITAMIN E CREAM ENRICHED WITH SHEA & COCOA BUTTER

Review: Pahang Pharma Vitamin C 1000mg