Posts

Showing posts with the label TIPS KERJAYA

PERSEDIAAN DALAM MENEMPUH CABARAN DI ALAM PEKERJAAN

Image
Setelah bertahun-tahun kita keluar mencari ilmu, semenjak daripada kecil hinggalah dewasa, kini tibalah masanya untuk kita melangkah ke fasa baru. Sekarang tibalah masanya untuk kita berkecimpung dalam dunia kerjaya. Banyak yang telah kita dengar tentang dunia kerjaya ini, ada yang menarik dan ada yang menyedihkan . Tetapi apa yang paling penting, adalah bagaimana anda melangkah masuk ke dunia kerjaya anda. Apakah sudah berjaya melangkah atau masih mencari pintu-pintu yang masih dibuka atau apakah pintu seakan sudah tertutup buat anda? Semoga ada ruang dan peluang untuk setiap daripada kita memiliki kerjaya idaman. Semoga Allah membuka jalan yang terbaik dan mengaturkan langkah kita ke arah yang terbaik buat diri kita. Jangan berputus asa, berdoalah dan mintalah kepadanya semoga Dia memberikan kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita inginkan. Ingatlah manusia merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta-Nya.  Sebaiknya kita berusaha u...

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENGELUARAN DARIPADA AKAUN 2 KWSP ANDA : E-LESTARI

Image
Kepada yang mempunyai simpanan KWSP anda bolehlah mengeluarkan simpanan daripada akaun 2 anda. Langkah ini adalah sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebagai usaha untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat. Kepada sesiapa yang masih belum membuat permohonan dan masih tak pasti cara-cara untuk buat permohonan boleh rujuk langkah-langkah berikut : Semoga penerangan di bahagian bawah ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam proses anda membuat permohonan.  1) Log masuk laman web rasmi KWSP Pastikan anda sudah berdaftar untuk membolehkan anda menggunakan aplikasi secara online. Kerana aplikasi ini memerlukan anda untuk mendapat kan nombor TAC sepertimana anda ingin melakukan transaksi secara atas talian.  2) Klik pengeluaran atau 'withdrawal' Setelah berjaya log masuk. Terus ke bahagian pengeluaran.  3) Klik permohonan baru Setelah berjaya masuk, anda akan...

Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya majikan tidak adil?

Image
Ramai diantara kita yang kurang bernasib baik mendapat majikan yang gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengadili hak pekerja. Jangan risau, undang-undang tersedia untuk membela nasib mereka yang teraniaya dan jangan risau seandainya undang-undang dunia tidak berpihak kepada anda, mahkamah akhirat menanti anda untuk dibicarakan. Usah terpedaya dengan ugutan atau gertakan pegawai atasan anda yang gagal menjalankan tugas dengan baik dan mebebankan anda dengan tugasan kerja yang tidak berkaitan dan kadang  kala tidak masuk di akal.  Konsep kerja adalah melibatkan kontrak yang dipersetujui dua pihak, iaitu majikan dan pekerja. Seringkali kontrak tersebut akan berpihak kepada majikan sekitanya kontrak itu diciptakan untuk tujuan mengaut keuntungan dunia semata-mata yang mana akhirnya, tidaklah menguntungkan tetapi menganiaya pekerja yang tidak bersalah. Seringkali kontrak diubah suai berdasarkan keperluan syarikat semata-mata, tanpa mengira apakah waja...